Ahad, 21 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


RISDA bayar RM179.6j

Posted:

RISDA bayar RM179.6j

RISDA bayar RM179.6j

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my

PEKAN 20 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada 42,206 peserta sebanyak RM179.6 juta bagi 2010.

Perdana Menteri berkata, pembayaran itu diberikan kepada peserta yang terlibat dalam Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK).

Beliau berharap, bayaran itu sedikit sebanyak membantu mereka untuk perbelanjaan sambutan hari raya nanti.

"Semoga dividen yang diterima itu dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil pada masa akan datang," katanya pada majlis Penyampaian Dividen RTBB dan TSK Peringkat Kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad.

Dalam pada itu, Najib meminta agensi kerajaan itu menyediakan pelan perancangan tindakan Model Baru Ekonomi (MBE) bagi meningkatkan taraf hidup pekebun kecil di negara ini.

Menurutnya, segala cadangan dan inisiatif baru oleh RISDA melibatkan ekonomi golongan itu, boleh dikemukakan kepada kerajaan.

"Bagi memastikan pekebun kecil tidak ketinggalan dalam kerangka MBE, RISDA diminta menyediakan perancangan tersebut.

"Penyediaan itu perlu supaya sektor pekebun kecil boleh meningkatkan pendapatan dan tidak hanya berpuas hati dengan pendapatan antara RM1,000 dan RM2,000 sebulan sahaja," katanya.

Najib berkata, perancangan itu membolehkan pekebun kecil kekal dalam bidang mereka dan menggunakan segala teknologi yang ada bagi meningkatkan pendapatan masing-masing.

Selain itu, beliau juga meminta agensi tersebut melancarkan 'Gerakan Membaja' di seluruh negara supaya setiap pokok getah dibaja mengikut jadual yang betul.

Beliau berkata, kaedah itu dapat meningkatkan hasil dan seterusnya meningkatkan pendapatan pekebun kecil selari dengan MBE.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Biometrik terbaik tingkat keselamatan negara

Posted:

Biometrik terbaik tingkat keselamatan negara

Biometrik terbaik tingkat keselamatan negara

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Pelaksanaan proses biometrik ke atas semua warga asing yang tiba di negara ini dilihat langkah terbaik bagi meningkatkan kawalan keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi sistem simpanan rekod itu, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen akan mempunyai peluang lebih luas untuk menyiasat sesuatu kes yang berkait dengan soal kegiatan militan atau pemerdagangan manusia.

Menurutnya, satu kaedah kerja yang terancang juga perlu diwujudkan antara kedua-dua pihak bagi memastikan segala maklumat dan soal risikan dapat dikendalikan dengan lancar serta berintegriti.

"Saya tidak mengizinkan negara ini dijadikan negara transit atau negara bagi pengganas dan sindiket pemerdagangan manusia.

"Oleh itu, KDN telah mengisytiharkan perang terhadap jenayah pemerdagangan dan penyeludupan manusia serta kes-kes yang berkaitan.

"Kegiatan oleh kumpulan-kumpulan ini ternyata tidak berperikemanusiaan dan kita perlu mengambil apa sahaja tindakan tegas bagi menanganinya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Pada masa yang sama, Hishammuddin turut mempelawa semua pihak yang mempunyai peranan dalam menangani isu pemerdagangan manusia untuk tampil bekerjasama dengan kementerian beliau.

Beliau turut yakin, sesetengah pihak mempunyai maklumat untuk disalurkan dan kerjasama ini dilihat mampu menangani kegiatan pemerdagangan manusia dan jenayah keganasan.

Sementara itu, kata Hishammuddin, pengumuman PDRM mengenai penyerahan tiga ahli kumpulan Babbar Khalsa International (BKI) ke India dan penangkapan 16 warganegara China di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 menunjukkan pihak berkuasa berusaha menangani kegiatan militan dan penyeludupan secara bersungguh-sungguh.

Menurut beliau, masyarakat tidak boleh lagi melihat isu-isu berkaitan militan dan jenayah pemerdagangan atau penyeludupan manusia sebagai isu yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan negara ini.

"Kita perlu faham bahawa trend semasa kegiatan penyeludupan manusia dan segala helah yang digunakan oleh kumpulan ini boleh mengancam keselamatan negara dan orang ramai," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Program 6P dilanjutkan sehingga 31 Ogos

Posted:

Program 6P dilanjutkan sehingga 31 Ogos

Program 6P dilanjutkan sehingga 31 Ogos

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Tempoh proses pendaftaran biometrik bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau dikenali Program 6P yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan selama seminggu lagi iaitu sehingga 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, keputusan itu dibuat berikutan sambutan berterusan yang diterima daripada majikan serta pekerja dan PATI di kaunter pendaftaran.

Menurut beliau, lanjutan tarikh itu juga dibuat selepas mengambil kira inisiatif beberapa syarikat pengurus yang turun ke ladang-ladang di kawasan pedalaman bagi mendaftarkan PATI yang enggan keluar ke lokasi pendaftaran.

"Proses memujuk dilaporkan mengambil sedikit waktu dan hanya beberapa hari kebelakangan ini sahaja mereka bersetuju memberikan kerjasama.

"Justeru, jika lanjutan tarikh tidak dibuat, sebahagian besar daripada mereka ini tidak akan sempat didaftarkan, sekali gus menjejaskan pencapaian maklumat yang ingin kita perolehi menerusi program ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Program 6P yang sepatutnya bermula pada 11 Julai lalu terpaksa dimulakan 1 Ogos lalu bagi memberi peluang pendaftaran pekerja warga asing yang sah dilakukan mulai 13 Julai sehingga 31 Julai lalu.

Sejak dimulakan 1 Ogos lalu, ia sepatutnya berakhir pada 21 Ogos, namun terpaksa dilanjutkan sehari lagi sehingga 22 Ogos ketika hampir sejuta pekerja asing yang sah dan PATI telah berdaftar dengan program ini.

Menurut Mahmood, semua majikan dan PATI digesa mengambil kesempatan untuk keluar mendaftar kerana tempoh tersebut tidak akan dilanjutkan lagi selepas tarikh akhir 31 Ogos depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved