Ahad, 21 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


MPPD bayar bonus tunai

Posted:

MPPD bayar bonus tunai

MPPD bayar bonus tunai

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


ABDUL Wahab Shamsuddin (tengah) bersama warga MPPD menunjukkan lambang 1Malaysia dan sampul duit bonus di Port Dickson, Telok Kemang, kelmarin.


TELOK KEMANG 20 Julai – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melaksanakan kaedah yang tersendiri dalam pemberian bonus setengah bulan seperti yang diumumkan oleh kerajaan, baru-baru ini.

Ia diberikan secara tunai oleh Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin kepada 425 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada satu majlis khas di Port Dickson dekat sini, semalam.

Abdul Wahab berkata, pemberian secara tunai itu membolehkan semua kakitangan menzahirkan terima kasih terhadap keputusan kerajaan memberikan bonus tersebut.

"Pemberian dengan kaedah ini juga diharap meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan supaya menghargai sumbangan kerajaan terhadap mereka.

"Jika duit ini dimasukkan ke dalam akaun, kita mungkin tidak nampak sangat. Oleh itu, kita beri secara tunai kepada kakitangan," katanya kepada para pemberita selepas majlis tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved