Ahad, 21 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Kg. Jelapang ditanam padi

Posted:

Kg. Jelapang ditanam padi

Kg. Jelapang ditanam padi

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com.my

SETIU 20 Ogos – Usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Kampung Jelapang di sini sebagai satu lagi 'jelapang padi negeri' sedang giat dijalankan melalui penyediaan sistem pengairan di samping prasarana lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia bagi membolehkan lebih 700 hektar kawasan itu diusahakan.

Menurutnya, projek yang dibangunkan pada 2009 membabitkan kos RM48 juta itu sehingga kini meliputi keluasan 173.2 hektar yang diusahakan dua kali setahun melibatkan 119 petani.

Kata Ahmad, antara komponen utama projek itu termasuklah empangan konkrit utama, tali air konkrit, rumah pam, parit tadahan dan jalan raya.

Ahmad ketika meninjau projek itu, berkata, beliau mahu agensi pelaksanaan memastikan hasil pengeluaran padi di kawasan itu dipertingkatkan.

"Saya juga meminta Jabatan Pertanian agar menukar benih padi sedia ada kepada jenis MR253 kerana ia dijangka dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran selain mampu bertahan jika diserang penyakit.

"Ketika ini petani yang mengusahakan tanaman berkenaan berhadapan dengan masalah serangan penyakit yang menyebabkan hasil tidak memuaskan," katanya ketika ditemui pada upacara penuaian di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Asha'ari Idrisp dan Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Md. Yusof Maidin.

Ahmad berkata, kerajaan negeri mensasarkan hasil pengeluaran padi negeri akan mencapai tahap 100 peratus dalam tempoh sepuluh tahun lagi.

"Ini apabila semua projek tanaman padi utama seperti di kawasan Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara) di Besut, Jelapang di Setiu dan Pengkalan Berangan di Marang, beroperasi sepenuhnya mengikut jadual," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Air punca Kelantan gagal tarik pelabur asing

Posted:

Air punca Kelantan gagal tarik pelabur asing

Air punca Kelantan gagal tarik pelabur asing

PASIR PUTEH 20 Ogos – Kegagalan kerajaan negeri menyediakan kemudahan asas terutama bekalan air merupakan antara faktor Kelantan ketinggalan dalam menarik pelaburan asing berbanding negeri jiran, Terengganu dan Pahang.

"Pelabur tidak mahu masuk melabur kerana mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk membina sendiri kemudahan asas, terutama bekalan air," kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan wang zakat kepada lebih 1,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Perupuk hari ini.

Beliau mengulas kenyataan kerajaan Terengganu yang yakin pelaburan industri berasaskan bioteknologi bernilai RM2 bilion di Zon Ekonomi Khas (SEZ), Taman Polimer Kertih, Kemaman akan memainkan peranan penting bagi memperbaiki kedudukan sosioekonomi rakyat dan pembangunan keseluruhan negeri berkenaan.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan kesal kepimpinan Kelantan tidak bersungguh-sungguh mempromosi peluang pelaburan dan perniagaan di negeri itu.

"Mereka juga mungkin tidak faham kaedah menarik pelancong, selain tidak mempunyai pengalaman mengenainya," katanya.

Beliau berkata, rakyat Kelantan harus menyedari hakikat itu dan sedia berubah dengan memilih sebuah kerajaan yang mampu menyelesaikan masalah mereka.

Katanya, agenda pertama yang dilakukan Barisan Nasional jika diberi peluang memerintah negeri itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 ialah menyelesaikan masalah kemudahan asas kerana ia merupakan tonggak kemajuan sesebuah negeri. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved