Ahad, 21 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


30 kes pecah rumah selesai

Posted:

30 kes pecah rumah selesai

30 kes pecah rumah selesai

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 20 Ogos - Polis percaya dapat menyelesaikan kira-kira 30 kes pecah rumah sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sejak beberapa bulan lalu dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan sekitar sini, Selasa lalu.

Ketiga-tiga suspek dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah tersebut secara berkumpulan sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah SPS, Supritendan Shafien Mamat berkata, suspek pertama ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Balai Polis Nibong Tebal pada 16 Ogos lalu.

Menurut beliau, hasil siasatan polis kemudiannya menahan dua lagi rakan suspek pada keesokan harinya di sekitar sini dan menemui semula beberapa barang kes yang dipercayai hasil daripada kegiatan tersebut.

"Antara ditemui semula adalah sebuah komputer riba, jam tangan dan 31 keping resit jualan barang kemas yang dipercayai dijual di kedai pajak gadai serta sebuah kereta Proton Satria yang digunakan ketika melakukan kegiatan itu.

"Keseluruhan barangan itu dianggarkan RM100,000 dan sebahagian barang kemas yang dicuri dileburkan sebelum dijual," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambah Shafien, modus operandi kumpulan terbabit adalah memanjat bumbung rumah yang dikenal pasti sebelum memecah masuk melalui siling.

Jelasnya, dua daripada suspek terbabit positif dadah serta memiliki rekod jenayah lampau manakala suspek pertama pula dikehendaki polis bersabit kes curi dan pecah rumah di Bayan Lepas dekat sini dan Banting, Selangor.

"Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 31 tahun ditahan reman sehingga 21 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rayu bantuan JKM anak derita sakit saraf sejak 11 tahun lalu

Posted:

Rayu bantuan JKM anak derita sakit saraf sejak 11 tahun lalu

Rayu bantuan JKM anak derita sakit saraf sejak 11 tahun lalu


Sazni Shafie ditemani ibunya, Siti Wan Abdullah, ketika menerima sumbangan Aidilfitri di Sik, kelmarin.


SIK 20 Ogos – Sepasang suami isteri merayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar menimbangkan pemberian bantuan kewangan untuk anak mereka, Sazni Shafie, 17, yang menderita penyakit saraf sejak 11 tahun lalu.

Shafie Osman, 58, berkata, dia dan isterinya, Siti Wan Abdullah, 48, kecewa kerana anaknya masih belum menerima bantuan orang kelainan upaya (OKU) JKM, yang sudah lama dipohon.

"Apabila perkara ini dirujuk kepada pegawai jabatan itu di daerah Kuala Muda, mereka memberi alasan anak saya tidak layak untuk menerima bantuan itu," katanya.

Beliau ditemui Mingguan Malaysia selepas majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada 100 OKU anjuran Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) di Dewan Serbaguna Daerah Sik Kampung Gajah Mati Jeneri, di sini semalam.

Shafie berkata, pergerakan badan anaknya amat terhad dan kebanyakan masa hanya terlantar di rumah di Kampung Baru, Jalan Kalai di sini akibat penyakit tersebut.

Menurutnya, segala keperluan harian seperti makan minum, mandi terpaksa diuruskan oleh isterinya,

Dia berkata, Sazni berhak dan sepatutnya layak menerima bantuan berkenaan bagi menampung keperluan hariannya.

Katanya, setakat ini, anaknya hanya mendapat bantuan RM50 sebulan daripada Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bukit Selambau.

"Wang sebanyak itu memang tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidupannya dalam masa sebulan," katanya lagi.

Menurut Shafie, dulu dia hanya bekerja sebagai pemandu lori tetapi sudah berhenti kerana tidak berdaya lagi melakukan kerja itu.

"Sekarang saya menoreh getah pula," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKDK, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, pihaknya akan berusaha membantu OKU yang masih gagal menerima bantuan dari pihak berkenaan.

"Kita bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri itu dan bersedia membantu mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Campak anak berusia lima hari

Posted:

Campak anak berusia lima hari

Campak anak berusia lima hari

IPOH 20 Ogos - Seorang ibu yang masih dalam pantang bertindak nekad mencampakkan bayinya berumur lima hari ke luar rumah dalam kebakaran memusnahkan kediaman mereka, Kampung Sungai Rokam, di sini kelmarin.

Alifah Md.Som, 45 terpaksa bertindak demikian dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang bagi menyelamatkan Dewa Armadan Ismail.

Menurut Alifah, pada mulanya dia menyangka jiran sedang membakar sampah dan hanya menyedari rumah terbakar apabila mula terasa bahang panas dan melihat api marak di bahagian hadapan rumah.

"Saya tidak fikirkan keselamatan diri lagi dan terus menjerit memanggil adik dan anak untuk menyelamatkan diri. Saya reda jika terkorban tetapi saya tidak mahu anak-anak cedera. Apabila melihat api semakin marak, saya nekad campak Dewa Armadan kepada adik yang sudah berada di luar rumah," katanya

Dia berkata demikian ketika ditemui di penempatan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Rokam selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya Perak Darul Ridzuan (YBUDR), Datuk Zainal Abidin Omar semalam.

Dalam kunjungan tersebut, YBUDR menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada dua keluarga itu.

Alifah berkata, kebakaran yang meranapkan kediamannya sekelip mata menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan dokumen penting termasuk barangan persiapan hari raya.

"Semua persiapan hari raya telah dilakukan termasuk beberapa jenis biskut raya, namun semuanya musnah dalam kebakaran itu.

"Saya terima semua ini sebagai ketentuan Allah. Buat masa ini kami akan menumpang di dewan ini sementara menunggu bantuan daripada mana-mana pihak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved