Selasa, 16 Ogos 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Manjeet selalu burukkan kerajaan

Posted:

Manjeet selalu burukkan kerajaan

Manjeet selalu burukkan kerajaan

Oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Peguam bela suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, iaitu Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan didakwa sentiasa cuba memburukkan imej institusi kerajaan demi kepentingan politik pembangkang.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, ini kerana Manjeet yang juga peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat pemimpin pembangkang itu kini semakin terikut-ikut dengan rentak pembangkang dalam membuat fitnah terhadap institusi seperti polis dan mahkamah.

"Manjeet ini merupakan senjata Anwar dalam melancarkan serangan maksimum ke atas institusi awam seperti mahkamah dan polis supaya kedua-dua entiti ini dibenci rakyat.

"Selain itu, taktik kotor Anwar yang digerakkan melalui Manjeet juga bertujuan menunjukkan institusi-institusi awam itu kononnya kini berada di bawah telunjuk Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Manjeet Singh yang beberapa kali meminta mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas pihak pendakwaan kes pembunuhan tersebut.

Selain itu Manjeet yang juga berada dalam barisan pembelaan Anwar dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), turut melakukan permintaan-permintaan yang cuba menunjukkan kelemahan institusi tertentu di dalam negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kes liwat Anwar: Rahim sambut baik keputusan hakim

Posted:

Kes liwat Anwar: Rahim sambut baik keputusan hakim

Kes liwat Anwar: Rahim sambut baik keputusan hakim

MELAKA 16 Ogos - Keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi keterangan bela diri atas perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin depan, disifatkan sebagai langkah tepat.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (gambar) berkata, rakyat mahu tahu keputusan perbicaraan itu dengan segera selepas ia tertangguh beberapa kali.

Menurutnya, penangguhan yang kerap selepas dipohon oleh peguam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh menyebabkan rakyat mempertikaikan sistem kehakiman negara yang tidak tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

''Apa yang dilakukan oleh Anwar dan panel peguamnya untuk menemu bual saksi-saksi terlebih dahulu, sebenarnya cuba menangguhkan perbicaraan.

''Ini tidak sepatutnya berlaku kerana Anwar bukan warganegara istimewa sehingga beliau mendapat perbicaraan yang berbeza berbanding rakyat lain di bawah sistem perundangan negara," ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meraikan 50 saudara baru pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, hakim tidak lagi perlu melayan sebarang permintaan yang tidak relevan dan perbicaraan kes liwat Anwar perlu dipercepatkan seperti tarikh yang ditetapkan pada 22 Ogos ini.

''Saya harap hakim mengambil kira kemarahan rakyat ekoran tindak-tanduk oleh Anwar dan panel peguamnya," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved