Selasa, 16 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Rakyat miskin perlu pembelaan

Posted:

Rakyat miskin perlu pembelaan

Rakyat miskin perlu pembelaan

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.my

MUAR 15 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memberi fokus pada usaha membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah di negara ini bagi menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat.

Jelas beliau, kerajaan komited untuk membantu golongan terbabit agar tiada pihak yang tercicir daripada arus pembangunan negara yang kian rancak dengan program transformasi yang dilaksanakan.

Katanya, golongan miskin dan mudah miskin di negara ini memerlukan pembelaan dan usaha akan dilakukan untuk mengelakkan masalah inflasi dan kenaikan harga barang menjuruskan golongan tersebut ke dalam kelompok miskin tegar.

"Golongan miskin ini mungkin pendapatan mereka sekitar RM1,500 tetapi selepas membayar sewa rumah, kena bayar kenderaan dan pengangkutan, bayar sekolah anak-anak, ia tidak cukup untuk tanggungan keluarga dan mereka balik tiada simpanan.

"Mereka perlu bantuan dan kita hendak fokus kepada golongan ini sebab golongan ini lebih besar daripada golongan miskin tegar yang kita sudah pun hampir selesai membantu," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jorak di Masjid Bukit Treh di sini hari ini.

Dalam program yang mendapat kerjasama AmIslamic Bank Bhd. (AmIslamic) itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan kepada golongan anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal di DUN Jorak.

Menurut Muhyiddin, agenda kerajaan untuk membasmi kemiskinan telah dilakukan dengan serius dan perangkaan turut dibuat bagi mengenal pasti golongan miskin, mudah miskin dan miskin tegar di negara ini.

Jelasnya, kelompok miskin tegar seramai 43,000 keluarga yang dicatatkan sebelum tahun 2010 telah pun mendapat pembelaan sewajarnya dan mereka perlu dibantu dalam pelbagai bentuk termasuk bantuan makanan keperluan, bantuan kewangan dan latihan keusahawanan serta kemahiran untuk meningkatkan pendapatan.

"Usaha sebegini adalah untuk menentukan proses pembangunan negara dapat berjalan pesat sejak kita merdeka, jangan ada rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang tertinggal daripada arus pembangunan dan hidup melarat.

"Zaman papa kedana sepatutnya telah berlalu pada zaman penjajah yang mana kita merempat walaupun di negara kita sendiri," katanya.

Katanya, kerajaan sedar mengenai masalah kos kehidupan yang semakin meningkat namun isu tersebut bukan isu tempatan kerana di peringkat global, masalah kenaikan harga barang dan harga minyak turut berlaku di negara lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

TPM kagum semangat Muhammad Asyraf

Posted:

TPM kagum semangat Muhammad Asyraf

TPM kagum semangat Muhammad Asyraf

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji semangat yang ditunjukkan oleh Muhammad Asyraf Haziq Rossli, pelajar Malaysia yang cedera akibat diserang oleh kumpulan perusuh di London baru-baru ini.

Muhyiddin yang menyampaikan mesej khas kepada Muhammad Asyraf berkata, beliau dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berdukacita apabila mendapat berita kemalangan yang menimpa pelajar tajaan Mara itu.

"Kami bersedih kerana beliau baru sahaja sebulan berada di perantauan dan berhadapan dengan ujian itu.

"Bagaimanapun, kami memuji semangat beliau yang tidak menyimpan dendam terhadap penyerang malah berhasrat untuk meneruskan pengajian di sana," katanya dalam satu mesej kepada pelajar berkenaan hari ini.

Menurut Muhyiddin, beliau dan isteri mendoakan Muhammad Asyraf tabah dan menjadikan pengalaman itu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya.

Muhammad Asyraf, 20, yang merupakan penuntut jurusan perakaunan di Kolej Antarabangsa Kaplan cedera dibelasah dan disamun sekumpulan remaja dalam kejadian rusuhan yang berlaku di London dan dimasukkan ke Hospital Royal London setelah patah tulang rahang dan gigi.

Kejadian yang menimpanya itu kemudian disiarkan ke laman perkongsian video, YouTube dan mengundang simpati masyarakat antarabangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Muhyiddin kunjungi bazar Ramadan

Posted:

Muhyiddin kunjungi bazar Ramadan

Muhyiddin kunjungi bazar Ramadan



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa untuk bertemu orang ramai dengan melawat Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Muar (MPM) di pekarangan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar semalam.

Hampir semua gerai di bazar tersebut dikunjunginya di samping beramah mesra dengan para peniaga dan orang ramai yang hadir membeli juadah berbuka puasa.

Dalam kunjungan kira-kira 20 minit itu, beliau turut mengagihkan sumbangan beg barangan daripada AmBank Berhad kepada para peniaga dan orang ramai di Bazar Ramadan tersebut.

Turut sama mengiringi beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat; ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh; Pengarah Urusan Perbankan Runcit Ambank Berhad, Datuk Mohamed Azmi Mahmood serta pengurusan kanan daripada AmBank Berhad dan AmIslamic Bank Berhad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved