Selasa, 16 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ambulans terbalik, tiga cedera parah

Posted:

Ambulans terbalik, tiga cedera parah

Ambulans terbalik, tiga cedera parah

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
pengarang@utusan.com.my


Seorang pegawai perubatan terbaring menunggu bantuan setelah ambulans yang membawa seorang pesakit terbalik dalam kemalangan di persimpangan Seri Negeri - MITC, Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.


MELAKA 16 Ogos – Seorang doktor, jururawat dan pesakit wanita parah apabila ambulans yang mereka naiki dirempuh sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-MITC, Ayer Keroh di sini semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, pemandu ambulans dan seorang pembantu perubatan yang menaiki ambulans itu serta pemandu teksi, hanya cedera ringan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Melaka Tengah, Asisten Supritendan V. Gunasegaran berkata, kemalangan berlaku ketika ambulans itu dalam perjalanan menghantar pesakit ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari Hospital Melaka.

Menurut beliau, sebaik sahaja tiba di simpang empat lampu isyarat itu, sebuah teksi yang datang dari arah MITC menghala ke Seri Negeri gagal dikawal lalu merempuh ambulans tersebut.

"Akibat rempuhan itu, doktor dan jururawat yang mengiringi pesakit wanita di dalam ambulans mengalami cedera parah. Kesemua mereka dibawa ke HKL untuk mendapat rawatan lanjut," katanya.

Difahamkan, pesakit yang menaiki ambulans itu ialah mangsa samun yang ditetak dan perlu dirujuk ke HKL untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang saksi, Tan Bun Han, 40 berkata, ketika kejadian dia berada di belakang ambulans tersebut namun terpaksa berhenti di persimpangan apabila lampu isyarat bertukar merah.

"Tiba-tiba, saya nampak sebuah teksi muncul dari arah MITC lalu merempuh bahagian belakang kiri ambulans yang menghala ke arah plaza tol Ayer Keroh.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan ambulans tersebut hilang kawalan lalu terbalik ke sebelah kanan jalan," katanya.

Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kejadian simbahan cecair tiada kaitan siri serangan sebelum ini

Posted:

Kejadian simbahan cecair tiada kaitan siri serangan sebelum ini

Kejadian simbahan cecair tiada kaitan siri serangan sebelum ini


Lakaran wajah suspek


KUALA LUMPUR 16 Ogos - Siasatan polis terhadap dua kejadian menyimbah cecair termasuk yang terbaharu melibatkan anak saudara kepada penyanyi 80-an, Datin Ramziela Radzillah, mendapati tidak mempunyai kaitan dengan siri serangan menyimbah asid sebelum ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, penemuan itu berdasarkan ciri-ciri suspek dan cecair yang digunakan dalam kedua-dua kes tersebut adalah berbeza.

"Pada masa ini, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dua lokasi kejadian bagi mengesan suspek terlibat.

"Polis berusaha menyelesaikan kes itu secepat mungkin, mengesan saksi-saksi dan menemu duga mangsa untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai rupa bentuk fizikal suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kedua-dua kejadian itu berlaku di Stesen Minyak Shell, Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi pada 26 Julai lalu dan berhampiran tandas awam bersebelahan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, pada 8 Ogos.

Kejadian pertama melibatkan seorang mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat di Wisma Mutiara, Sungai Besi.

Semasa kejadian, mangsa baru menunaikan cek syarikat bernilai RM18,000 namun ketika berhenti di stesen minyak itu untuk ke bilik air, dia telah dihampiri suspek yang memakai topi besbol.

Suspek tiba-tiba menyimbah sejenis cecair dan cuba merampas beg berisi wang tunai itu yang diletakkan di dalam raga motosikal tetapi gagal lalu melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira Sedan.

Kejadian kedua pula melibatkan mangsa yang berusia 27 tahun disimbah cecair disyaki asid oleh salah seorang daripada tiga lelaki dipercayai berbangsa Melayu, mengakibatkan kulit muka mangsa melecur.

Tambah Khairi, setakat ini, polis telah berjaya membuat lakaran ke atas wajah suspek yang terlibat dalam cubaan menyamun mangsa di Jalan Sungai Besi.

Polis sebelum ini mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di ibu negara yang dikenal pasti menjadi tumpuan dua lelaki bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved