Selasa, 16 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Lahir atlet pelapis berwibawa

Posted:

Lahir atlet pelapis berwibawa

Lahir atlet pelapis berwibawa

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my


Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Taman Jati di Ipoh yang menyertai Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan.


IPOH 15 Ogos – Judo seperti juga sukan lain yang berjaya melahirkan atlet hebat di peringkat negara dan di peringkat antarabangsa kini semakin popular di kalangan pelajar di negeri ini.

Ini terbukti dengan wujudnya pusat latihan sukan tersebut di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Taman Jati dan Pusat Judo Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut.

Pusat itu menjadi pemangkin dalam melahirkan atlet judo yang boleh membawa cabaran negara terutama generasi muda dalam sukan yang semakin mendapat perhatian ramai.

Kemajuan sukan judo di negeri ini terbukti apabila berjaya melahirkan beberapa atlet kebanggaan negeri seperti Mohd. Helmi Abdul Ghani, Mohd. Firdaus Asraf Darus, Nur Umairah Zainal Abidin, Nur Haratul Aini Zainal Abidin, Nur Aishah Redzuan dan Mohd. Fareez Roslan.

Antara pencapaian terbaik mereka adalah memenangi pingat perak dan gangsa pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka dan Kuala Lumpur tahun ini.

Justeru, jurulatih judo negeri, Koperal Sazali Ahmad berkata, dalam menyemarakkan lagi sukan judo di negeri ini ke arah melahirkan pelapis baru, pihaknya sedang melatih pelapis sukan tersebut di bawah program pembangunan Majlis Sukan Negeri (MSN) dan Sukma Perak.

Menurutnya, ia membabitkan 40 pelajar di SMJK Taman Jati dan lima pelajar di SMK Pangkalan TLDM.

Katanya, program latihan itu bermula sejak tiga tahun lalu dikendalikan oleh beliau dan Koperal Mohamad Karim Awang.

"Latihan tiga kali seminggu diadakan di sekolah terbabit dan latihan lebih kerap antara empat hingga lima kali diadakan jika kejohanan judo diadakan," katanya.

Bagi memantapkan pelapis sukan judo, Sazali menjelaskan, Persatuan Judo Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Persekutuan Judo Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-16/2011 di Kompleks Sukan TLDM Lumut, baru-baru ini.

Beliau berkata, kejohanan itu melibatkan pelajar negeri ini, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.

"Mereka yang berusia bawah 15 tahun yang menyertai kejohanan ini mendapat pengalaman sebelum didedahkan kepada kejohanan yang lebih besar," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Minat dengan ilmu pertahanan diri

Posted:

Minat dengan ilmu pertahanan diri

Minat dengan ilmu pertahanan diri

IPOH 15 Ogos - Keunikan teknik mempertahankan diri yang terdapat dalam judo menjadikan sukan tersebut mudah diminati golongan muda.

Kebanyakan pelatih yang ditemui yakin sukan tersebut boleh membantu meningkatkan potensi dalam diri seseorang jika mendapat latihan betul dan pendedahan dari semasa ke semasa.

Seorang pelajar, Najwa Yasmin Rahimi Ahmad Nadzami, 14, berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk jatuh cinta kepada sukan berkenaan.

Menurutnya, selain mendapat sokongan keluarga, keunikan seni mempertahankan diri itu menjadikan ia mudah untuk diterima.

"Saya nampak sukan judo ini menarik dan boleh menjadi benteng dalam mempertahankan diri," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Lumut, baru-baru ini.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Taman Jati itu berharap dapat mewakili negara dalam sukan judo pada masa akan datang.

Muhammad Akid Mohd. Shahrom, 13, pula berkata, dia menyertai sukan itu untuk membuktikan kebolehannya dalam seni mempertahankan diri.

"Saya suka dengan sukan judo setelah mendapat galakan daripada keluarga," kata pelajar tingkatan satu sekolah sama.

Bagi pelajar tingkatan dua, Mohd. Nizar Mohd. Nasir, 14, dia menyertai sukan itu kerana mahu mengetengahkan bakat dan minatnya.

"Pada mulanya saya hanya melihat rakan-rakan yang berlatih dan terus berminat menyertai sukan ini kerana latihannya tidak terlalu keras," katanya.

Bagi Muhammad Syahmi Ani, 14, dia menyertai sukan judo sejak awal tahun ini setelah melihat bentuk latihannya yang mampu diikutinya.

"Saya hendak pelajari sukan ini bersama rakan-rakan sekolah di samping mengetengahkan kebolehan saya," kata pelajar tingkatan dua itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

100 penduduk lancar bantahan

Posted:

100 penduduk lancar bantahan

100 penduduk lancar bantahan

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

PULAU PINANG 15 Ogos – Kira-kira 100 penduduk Mount Pleasure di Batu Feringghi di sini membantah cadangan pembinaan kondominium 22 tingkat yang terletak berhampiran kediaman mereka.

Mereka yang tinggal di beberapa pangsapuri serta rumah teres berhampiran kawasan itu tidak mahu tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur berlaku di situ kerana kawasan terbabit merupakan lereng bukit.

Menurut wakil penduduk, Profesor Dr. P. Sundramoorty, pada mulanya pemaju mahu membina kondominium setinggi 37 tingkat namun, setelah mendapat bantahan penduduk sebanyak dua kali serta beberapa perjumpaan diadakan, cadangan itu hilang begitu sahaja.

''Namun pada 4 Ogos lalu, dua penghuni di kawasan terdekat terkejut apabila menerima surat daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memaklumkan kawasan itu akan dibangunkan dengan projek pembinaan kondominium 22 tingkat oleh pemaju yang sama," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Jelasnya, projek tersebut yang menempatkan 14 unit kondominium akan memadatkan lagi persekitaran kawasan itu selain mengundang bahaya bukan sahaja kepada bakal penghuninya malahan penduduk sekitar.

''Bayangkan projek setinggi 22 tingkat itu dibina di cerun bukit melebihi 35 darjah, ia boleh membahayakan semua pihak termasuk pengguna lalu lintas untuk ke Batu Feringghi terutama musim hujan lebat.

''Kebanyakan penduduk di kawasan ini juga bimbang projek pembangunan atas bukit yang diluluskan MPPP akan mengundang padah jika berlaku tanah runtuh," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihaknya akan menghantar satu lagi bantahan kepada MPPP Selasa depan.

Bagaimanapun, tegas beliau, pihaknya tidak teragak-agak untuk menggunakan saluran undang-undang terhadap pihak yang telah meluluskan projek itu jika bantahan mereka tidak dipedulikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved