Selasa, 16 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tiada pihak dipinggir – Hasni

Posted:

Tiada pihak dipinggir – Hasni

Tiada pihak dipinggir – Hasni

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my


HASNI Mohammad (kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada salah seorang penerima bantuan di Masjid Jamek Parit Haji Siraj, Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 15 Ogos – Sejak negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu, tiada pihak yang dipinggirkan dalam arus pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kemajuan yang dikecapi telah membolehkan rakyat memperoleh taraf hidup yang lebih baik sama ada di bandar mahupun desa manakala generasi muda menerima peluang pendidikan yang sempurna.

Menurutnya, golongan yang masih sangsi dan ragu dengan kebolehan kerajaan mentadbir negara ini perlu melihat negara-negara luar yang berdepan pelbagai krisis ketika ini dalam menguruskan negara sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakannya dengan baik.

"Pelik dan hairan kerana masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini dengan membuat pelbagai tuntutan yang mempunyai tujuan tertentu," katanya pada Program Kembara Merdeka Ramadan peringkat daerah Pontian anjuran Jabatan Penerangan negeri di pekarangan Masjid Jamek Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Penerangan negeri, Hamdan Hasnan dan penolongnya, Badaruddin Hamzah serta Pegawai Penerangan Daerah Pontian, Awang Muil Awang Raya.

Seramai 20 ahli konvoi kembara itu yang bermula di Kluang pada 4 Ogos lalu tiba di daerah ini dengan mengadakan aktiviti mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai di beberapa lokasi tertentu.

Hasni berharap sempena Ramadan ini serta semangat bulan kemerdekaan, semua pihak tanpa mengenal fahaman politik dan kaum bersatu padu memastikan keamanan terus berkekalan pada masa akan datang.

Beliau menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan bagi mengingatkan semua pihak supaya tidak lupa mengenai tarikh keramat pada 31 Ogos yang perlu disambut dan diraikan oleh setiap lapisan masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hampir 300 terima bantuan Aidilfitri

Posted:

Hampir 300 terima bantuan Aidilfitri

Hampir 300 terima bantuan Aidilfitri


AZIZ Sapian menyampaikan bantuan kepada Markinah Manap pada majlis sumbangan Aidilfitri kepada fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim UMNO Bahagian Gelang Patah di Nusajaya, semalam.


NUSAJAYA 15 Ogos - Hampir 300 anak yatim, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri daripada UMNO Bahagian Gelang Patah di sini, baru-baru ini.

Selain itu, penerima turut mendapat bantuan daripada syarikat pemaju UEMLand Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Datuk Aziz Sapian berkata, majlis penyampaian sumbangan itu merupakan acara tahunan anjuran pihaknya untuk membantu golongan berkenaan sempena Aidilfitri.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya syarikat dan agensi yang bersama-sama memberi sumbangan untuk meringankan beban mereka ini," katanya selepas majlis berkenaan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng dan Ketua Pegawai Eksekutif UEMLand, Datuk Wan Abdullah Wan Ibrahim.

Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya berkata, sejak menjadi wakil rakyat kawasan tersebut pada 2004, pihaknya sentiasa memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan apabila Aidilfitri menjelang.

Pada majlis itu, Ah Eng turut menyampaikan bantuan kepada lebih 50 masjid dan surau di kawasan Parlimen berkenaan sempena Ramadan ini dengan setiap masjid mendapat RM1,000 manakala surau RM500 untuk menjalankan aktiviti sepanjang bulan puasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved