Selasa, 16 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Jawatankuasa Pemilihan Parlimen

Posted:

Jawatankuasa Pemilihan Parlimen

Jawatankuasa Pemilihan Parlimen

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak dihadiahkan cenderamata berupa gambar ayahandanya ketika menjadi Perdana Menteri yang dirakamkan jurufoto Bernama. Najib berada di Ibu Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama media. Hadir sama isterinya, Rosmah Mansor (kanan) dan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Kerajaan akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dalam masa terdekat bagi menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul sebarang syak wasangka pada masa hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai oleh wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang adalah bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Katanya, jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum diimplimentasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Saya dan anggota Kabinet tidak rela menjadi Perdana Menteri dan menteri tanpa sokongan daripada rakyat. Kami hanya akan menubuhkan kerajaan sekiranya terbukti rakyat benar-benar memilih kerajaan BN.

"Jangan ada sesiapa yang salah anggap kononnya kita tidak inginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Kerajaan cukup komited untuk meneruskan sistem demokrasi berparlimen yang kuasanya terletak pada tangan rakyat.

"Ini adalah pendirian kerajaan dan inilah juga respons kerajaan terhadap pertikaian yang tercetus baru-baru ini," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di bangunan Bernama di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G. Palanivel serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengulas lanjut mengenai keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut, Najib berkata, persetujuan itu bukan perkara baru sebaliknya ia merupakan proses bagi meneruskan tradisi demokrasi berparlimen.

Jelasnya, dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa bakal kerajaan dan dengan segala dasar yang dilaksanakan, BN tidak takut untuk menyerahkan nasib parti itu kepada rakyat.

"Kalau nasib sabut kita timbullah, kalau batu sebaliknya. Tetapi apa yang penting sekali komitmen kita di sini adalah untuk mengabdikan diri kepada rakyat. Kita merupakan kerajaan yang memperjuang dan membela nasib rakyat.

"Kita merupakan kerajaan yang membela kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan mendahulukan rakyat itu adalah sesuatu yang dihayati oleh kita," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerajaan tidak sekat laporan media

Posted:

Kerajaan tidak sekat laporan media

Kerajaan tidak sekat laporan media

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan melakukan tapisan atau sekatan terhadap mana- mana media tetapi jika laporan yang disiarkan berunsur fitnah, media berkenaan bakal berdepan tindakan undang-undang seperti saman.

Perdana Menteri berkata, tindakan menapis dan melakukan sekatan terhadap media meskipun laporan yang disiar bertujuan memburukkan kerajaan, bukan lagi tindakan yang efektif dan relevan dengan landskap politik serta kecanggihan teknologi pada hari ini.

Menurut beliau, jika kerajaan bertindak menyekat dan menapis laporan sesebuah media dalam persekitaran rakyat hari ini yang merupakan golongan terpelajar, yang hidup pada era ledakan teknologi maklumat, ia lebih banyak mendatangkan kerugian berbanding keuntungan.

"Sebagai sebuah kerajaan dan juga pengamal media, kita perlu mengubah suai dasar dan cara kita bertindak supaya kerajaan tidak dilihat sebagai tidak memahami landskap baru atau lebih berat dari itu, tidak lagi relevan dengan persekitaran politik dan sosial hari ini.

"Dalam landskap baru ini, kita harus tanya diri sendiri sama ada tapisan itu berkesan, relevan serta efektif atau tidak? Sebab itu saya telah memutuskan bahawa cara lama yang kita amalkan perlu dikaji semula," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di Wisma Bernama di sini hari ini.

Tambah Najib, dasar untuk tidak menyekat dan menapis berita itu juga merangkumi media-media antarabangsa walaupun mereka sentiasa melaporkan berita yang negatif mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Malaysia.

Katanya, setiap laporan tidak tepat dan bersifat negatif yang dilaporkan media antarabangsa perlu ditangani dengan cara mendedahkan cerita sebenar dengan disokong oleh fakta, bukannya dengan cara menyekat mahu pun menapis berita tersebut.

Jelas beliau, contoh terbaik bagaimana kesan buruk menimpa kerajaan apabila tapisan dibuat ialah apabila artikel dalam majalah The Economist ditapis baru-baru ini dan akibatnya, kisah mengenai sekatan itu yang lebih menjadi isu hangat berbanding nilai sesebuah berita.

Pada majlis itu, Najib turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat Tarawih serta menikmati moreh selain menyampaikan sumbangan kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MRT & EPP rangsang permintaan domestik

Posted:

MRT & EPP rangsang permintaan domestik

MRT & EPP rangsang permintaan domestik

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Projek MY Rapid Transit (MRT) dan projek-projek lain di bawah projek permulaan (EPP) boleh merangsang permintaan domestik dan menjadi sandaran kepada pertumbuhan yang ingin dicapai Malaysia memandangkan ekonomi luaran semakin lemah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Projek MRT ini merupakan salah satu projek yang memberi impak besar kepada ekonomi, sebagai satu projek yang mencetuskan pertumbuhan dalam bentuk permintaan domestik yang perlu kita tingkatkan memandangkan ekonomi luaran dijangka kian lemah pada setengah tahun ini dan pada tahun yang akan datang," kata Perdana Menteri.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian kepada Bernama apabila diminta mengulas jika projek berimpak besar seperti MRT boleh menjadi sandaran ekonomi jikalau krisis yang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah merudum.

Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) telah menyenarai pendek 28 syarikat individu dan usaha sama yang layak membida bagi pelbagai pakej kerja sivil bahagian atas, pembinaan stesen dan depot di bawah projek prasarana MRT yang bernilai berbilion ringgit.

Menurut Prasarana dalam satu kenyataan Khamis lepas, tender-tender itu terdiri daripada pakej kerja sivil bahagian atas (lapan pakej), stesen (lapan pakej) dan depot (dua pakej) akan ditawarkan secara berperingkat bermula bulan depan sehingga Disember 2012.

Sehingga hari ini, sejumlah 82 peratus daripada 65 inisiatif projek permulaan (EPP) dengan pelaburan RM170 bilion telah mula beroperasi dengan baki 18 peratus berada pada pelbagai peringkat kemajuan kerja.

Beliau yang melawat Bernama hari ini sempena program berbuka puasa Perdana Menteri bersama media yang dihoskan oleh agensi berita nasional itu di Wisma Bernama di sini berkata, jikalau ekonomi luaran jatuh sebanyak satu peratus, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan menguncup 0.4 peratus.

Kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, di mana 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan pada 2010.

Pada suku pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved