Utusan Online - Johor |
Posted: PJJ UUM dekati Orang AsliOleh HANIZA HASSAN Penuntut Program Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia yang mengikuti bakti siswa di Kampung Kuala Masai, Johor Bahru, baru-baru ini. JOHOR BAHRU 16 Ogos – Kebiasaannya pihak universiti cenderung memilih kampung yang mempunyai bilangan penduduk berpendapatan sederhana bagi program bakti siswa namun, berlainan dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila mengadakan program mendekati masyarakat Orang Asli. Program empat hari yang diadakan di Kampung Kuala Masai, dekat sini, baru-baru ini disertai oleh 40 penuntut Pengajian Jarak Jauh (PJJ) UUM, Sintok, Kedah. Pengarah program, Mohd. Rizal Abd. Ghani berkata, program itu bertujuan memupuk semangat cintakan kebersihan dalam kehidupan masyarakat berkenaan. Pihaknya yakin program yang dijalankan itu mampu menepati sasaran kerana setiap peserta memperoleh pelbagai pengetahuan berguna yang boleh diaplikasikan pada masa akan datang. "Saya yakin melalui penganjuran program seperti ini, ia mampu merangsang tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa selain menjadikan aktiviti khidmat masyarakat tapak untuk mengeratkan hubungan antara warga universiti serta penduduk luar bandar. "Terima kasih atas kerjasama penuh yang diberikan penduduk kampung sepanjang program ini berlangsung," katanya di sini. Mohd. Rizal berkata, menerusi program tersebut, ia membantu pihaknya lebih memahami corak kehidupan masyarakat Orang Asli. "Interaksi membabitkan mahasiswa dengan masyarakat luar bandar itu dapat dimanfaatkan secara dua hala sekali gus melahirkan masyarakat yang prihatin dan berwawasan tinggi," katanya. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program juga membantu mahasiswa membentuk jati diri, prihatin terhadap masyarakat sekeliling dan berdaya saing, sekali gus membentuk modal insan yang diperlukan oleh negara. "Mahasiswa boleh menimba ilmu dan pengalaman baru bagi memantapkan jati diri serta mampu berdaya saing sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan yang menuntut cabaran lebih hebat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Masjid UTHM agih bubur lambukAhli jawatankuasa masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada kakitangan dan pelajar universiti di Batu Pahat, baru-baru ini. JOHOR BAHRU 16 Ogos – Bagi mengambil keberkatan Ramadan, masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan dan pelajarnya secara percuma. Pegawai Hal Ehwal Islam UTHM, Ustaz Baharuddin Yaman berkata, pemberian bubur lambuk percuma sepanjang Ramadan diadakan pada setiap Rabu di masjid UTHM bermula pada pukul 3.30 petang. Menurutnya, pihak pengurusan masjid yang juga bertindak sebagai ahli jawatankuasa program itu akan memasak kira-kira seribu bungkus bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada warga universiti. "Program memasak bubur lambuk ini mendapat kerjasama baik daripada setiap kakitangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) UTHM bagi memastikan ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah. "Aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan universiti dan juga pelajar terutama semasa bergotong-royong menyiapkan dan mengagihkan bubur kepada orang ramai," katanya. Beliau berkata, amalan memasak dan mengagih bubur lambuk percuma itu telah dimulakan sejak lima tahun lalu dan ia diteruskan sehingga kini berikutan sambutan yang menggalakkan diterima. Katanya, bukan hanya penuntut tempatan menggemari juadah berbuka itu, malah, pelajar dari luar negara turut beratur untuk mengambil bubur itu ekoran rasanya yang enak dan lazat. "Permintaan untuk bubur lambuk semakin meningkat dan pengagihan juga bertambah setiap tahun. Jika semasa diperkenalkan dahulu kita hanya memasak tiga kawah, kini bertambah menjadi lima kawah," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan