Utusan Online - Feminin |
Posted: Kurung benang tenunOleh MERAN ABU BAKAR
WALAU tahun berganti tahun dan perubahan fesyen silih berganti namun kain tenun bercorak kekotak tetap bertahan sehingga hari ini. Sungguhpun pelbagai corak fabrik boleh dilihat pada masa kini namun corak kekotak tetap ada keunikannya. Tidak mustahil tenun bercorak kekotak tetap masih ada dalam beberapa tahun yang mendatang ini. Untuk itu, tidak hairanlah pemilik An-Nuur Collection, Juhara Ibrahim mahu mempertahankan koleksi baju kurungnya yang menggunakan kain tenun bercorak kekotak. Ini kerana beliau sudah pun mempunyai peminat tersendiri baju kurung daripada tenun bercorak kekotak. Malah pada tahun pertama beliau memperkenalkan baju kurung tenun corak kekotak ini, sambutan yang diterima memang di luar jangkaan. Pendapat pelanggannya, mereka sudah jemu dengan corak bunga dan sebagainya kerana pada musim raya, boleh dikatakan kebanyakan kedai menjual baju bercorak sama. Jadi apabila mereka terlihat baju kurung tenun corak kekotak ini, mudah sahaja ia memikat hati pelanggan. Kini sudah tiga tahun Juhara menjual baju kurung ini dan sambutannya semakin bertambah. Memilih kurung Riau yang mempunyai potongan yang sesuai bagi semua bentuk badan, Juhara berkata, kualiti kain ini dipertingkatkan lagi supaya pemakai lebih selesa, kain yang lebih tahan dan warna tidak lusuh. ''Selain potongan kurung Riau, saya turut menghasilkan kebaya bagi pelanggan yang lebih selesa berkebaya. Kain tenun corak kekotak ini memang sesuai dengan potongan kurung Riau dan kebaya kerana lebih menampakkan ciri tradisional,'' kata Juhara semasa ditemui S2 baru-baru ini. Menurut beliau, kain tenun corak kekotak ini menjadi trademark An-Nuur Collection kerana tidak terdapat di kedai-kedai lain. Selain pakaian wanita, Juhara turut membuat kemeja lengan pendek untuk lelaki dan baju kurung kanak-kanak berumur sehingga 10 tahun. Bagi keluarga yang ingin berpakaian sedondon pada hari raya ini maka ia amat bertepatan sekali. Menurut Juhara lagi, bagi mereka yang sukar mencari saiz pakaian, boleh menempah daripada An-Nuur. Selain menempah baju, pelanggan turut boleh menempah tudung. ''Untuk kemudahan pelanggan di luar kawasan Shah Alam, An-Nuur mempunyai pengedar di Johor Bahru, Muar, Taiping, Kota Bharu dan Gombak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan