Isnin, 13 Januari 2014

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Menjana kemahiran berfikir aras tinggi

Posted: 12 Jan 2014 10:49 AM PST

Dr. Ismail Zain memberi suntikan motivasi dan inspirasi kepada peserta Seminar Motivasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Ibu Pejabat Utusan Melayu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Wawasan Unit Pendidikan Utusan Malaysia untuk menerajui bidang pembelajaran dengan menganjurkan Seminar Motivasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT atau Higher Order Thingkin Skills, HOTS) ternyata memberi impak positif kepada murid sekolah rendah dan menengah yang menyertainya.

Fasilitator utama seminar itu, Dr. Ismail Zain berkata, pengisiannya lebih mantap kerana kemahiran berfikir aras tinggi diterapkan melalui aktiviti berkonsepkan motivasi diri.

"Seminar ini merupakan satu kajian rintis bagi modul yang direkacipta untuk murid-murid sekolah bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha membudayakan penjanaan pemikiran murid ke aras tinggi.

"Kemahiran belajar Abad ke-21 diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid berfikir, merancang, berbincang, menilai, mereka cipta dan membuat keputusan berlatarkan Taksonomi Bloom yang dimurnikan serta aliran pemikiran Edward De Bono berkonsepkan Power of Perception," jelasnya selepas tamat seminar itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seminar eksklusif selama tiga hari itu turut membimbing murid untuk memahami soalan berbentuk HOTS bagi subjek Sains, Matematik dan Sejarah.

Menurut Pensyarah Cemerlang Gred Khas B daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh ini, kaji selidik Skala Likert yang diberikan kepada peserta seminar mengikut enam kategori telah menerima maklum balas yang amat menggalakkan.

Kaji selidik menunjukkan lebih 80 peratus memberi respons Amat Bersetuju bagi semua kategori.

Secara spesifik, statistik kaji selidik adalah 85 peratus mengatakan seminar ini berjaya disampaikan dengan jelas, murid memahami konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (81.87 peratus), aktiviti yang dilaksanakan adalah menarik (90.16 peratus), membantu proses pembelajaran murid (93.44 peratus) dan memenuhi kehendak sistem pembelajaran masa kini (81.97 peratus).

Malah, majoriti murid (95.08 peratus) amat bersetuju agar semua murid sekolah perlu mengikuti seminar ini.

Dalam seminar itu peserta mengikuti aktiviti yang padat antaranya termasuklah bengkel, simulasi, tayangan video dan persembahan.

Semua aktiviti itu berjaya memberi impak positif kepada peserta dari awal pagi hingga petang tanpa membosankan mereka.

Berdasarkan kejayaannya yang dibuktikan melalui statistik kajian rintis yang dilaksanakan, seminar seumpama ini akan dilaksanakan lagi dari semasa ke semasa.

Pihak penganjur yang ingin menganjur seminar ini di tempat masing-masing boleh mendapatkan maklumat melalui talian 019- 5713745 atau rujuk di www.tutor. com.my.

Buku motivasi tokoh terbilang cetus inspirasi

Posted: 12 Jan 2014 10:49 AM PST

Md Kasim Md Noah melancarkan buku motivasi terbitan Cerdik Publications di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

SYARIKAT penerbitan, Cerdik Publications Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menerbitkan buku motivasi selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kemenjadian murid pada abad ke-21.

Pengerusi Eksekutifnya, Ahmad Redza Ahmad Khairuddin berkata, buku motivasi ini menyediakan tip daripada tokoh terbilang bagi membantu murid untuk cemerlang dalam kehidupan mereka.

''Buku motivasi ini menjadi pakej lengkap yang disediakan oleh Cerdik Publication dalam usaha membentuk kemenjadian murid secara menyeluruh.

"Sebelum ini, kita menumpukan kepada penerbitan buku-buku ulang kaji dan soalan-soalan peperiksaan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Pelancaran Buku Personaliti Terbilang: Mudahnya Untuk Berjaya dan Terapi Jiwa Murid Muslim yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Datuk Sufa'at Tumin.

Sufa'at diwakili oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Md Kasim Md Noah.

Buku Personaliti Terbilang: Mudahnya Untuk Berjaya adalah khusus untuk murid bukan Islam manakala Terapi Jiwa Murid Muslim pula untuk murid beragama Islam yang lengkap dengan bacaan doa, pemahaman hadis dan surah serta panduan solat.

Selain itu, Ahmad Redza berkata, melalui kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Kebangsaan, buku tersebut akan diedarkan di semua sekolah berasrama manakala di sekolah harian melalui penglibatan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia.

''Kita bercadang untuk menerbitkan lebih banyak buku-buku motivasi selepas ini selaras dengan matlamat kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam memenuhi era pendidikan baharu negara pada masa depan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved