Isnin, 13 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


i-Kad: Pekerja asing tidak dikenakan caj

Posted: 13 Jan 2014 02:46 AM PST

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Kementerian Dalam Negeri menjelaskan, caj RM110 bagi setiap i-Kad untuk pekerja asing sebenarnya telah termasuk dalam caj bayaran proses Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sedia ada.

Dalam kenyataannya, Bahagian Komunikasi Korporat kementerian itu memberitahu, kenyataan sebelum ini yang menyebut caj RM110 dikenakan kepada pekerja asing bagi permohonan i-Kad adalah tidak terpakai.

"Kerajaan tidak mengenakan caj terhadap pekerja asing untuk setiap i-Kad yang dikeluarkan kerana kos pelaksanaan i-Kad telah termasuk dalam caj bayaran PLKS sedia ada," jelas kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE

Agong hadir sambutan Maulidur Rasul esok

Posted: 13 Jan 2014 02:28 AM PST

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah akan berangkat ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435 Hijrah yang akan diadakan esok di Masjid Putra, Putrajaya.

Sambutan yang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" itu akan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain menteri-menteri Kabinet.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, penganjuran majlis tersebut sebagai usaha berterusan kerajaan bagi meninggikan syiar Islam.

Menurutnya, 157 kontinjen akan menyertai perarakan pada tahun ini dengan jumlah 13,598 peserta iaitu terdiri daripada 73 kontinjen kerajaan; 28 kontinjen badan berkanun; 10 badan beruniform; 20 kontinjen swasta; empat kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO); enam kontinjen institut pengajian tinggi (IPT) dan 10 kontinjen sekolah yang akan berarak sambil berselawat sejauh 1.7 kilometer. - UTUSAN ONLINE

Mangsa banjir dibekal kemahiran menyelamat

Posted: 13 Jan 2014 02:10 AM PST

PASIR MAS 13 Jan. - Penduduk yang sering terlibat dengan banjir akan dibekalkan kemahiran menyelamat sebagai persediaan menghadapi bencana alam itu di masa hadapan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah berkenaan bagi memastikan penduduk yang tinggal di kawasan rendah lebih bersedia apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

"Kerajaan mahu rakyat sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini kerana perubahan cuaca yang tidak menentu sehingga menyebabkan kawasan tinggi turut berdepan dengan banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat banjir oleh Ketua Jajahan Pasir Mas, Adnan Hussian Pejabat Tanah dan Jajahan, Lubok Jong, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved