Utusan Online - Hiburan |
Rosyam seru polis tonton Balistik Posted: 15 Jan 2014 12:21 AM PST KUALA LUMPUR 15 Jan. - Pelakon Datuk Rosyam Nor menyeru anggota polis menonton filem lakonannya berjudul Balistik yang telah ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara sejak Khamis lalu. Menurut Rosyam yang merupakan pelakon utama Balistik, filem terbitan syarikatnya RK Screen Sdn. Bhd. dan Asia Tropical Films itu memaparkan kisah komitmen anggota polis dalam memerangi penjenayah kejam. Saya belum berpuas hati walaupun kutipan tiket Balistik mencecah RM1.8 juta selepas enam hari ditayangkan di 91 pawagam di seluruh negara dan juga satu pawagam di Brunei serta satu lagi pawagam di Singapura. Kalau boleh saya mahu menyasarkan kutipan tiket filem arahan Silver Chung ini sebanyak RM2.5 juta atau RM3 juta bagi membolehkan saya menerbitkan sekuel Balistik II selepas ini nanti," katanya. - UTUSAN ONLINE |
Ibu Shila Amzah nafi kenyataan Aman Nassim Posted: 15 Jan 2014 12:19 AM PST KUALA LUMPUR 15 Januari.- Ibu kepada penyanyi Shila Amzah menafikan pernah membuat permintaan kepada pelakon, Aman Nassim untuk mendekati anaknya. Menurut Fauziah Sarman, secara jujurnya dia mengenali Aman, bagaimanapun tidak pernah menyatakan permintaan seperti itu. Kali terakhir kami bertemu pun beberapa hari lalu ketika terserempak di pusat beli-belah. Jadi tidak mungkin saya mengatakan sesuatu seperti itu memandangkan kami hanya terserempak," katanya ketika ditemui selepas sesi ramah mesra bersama Shila Amzah di sini hari ini. Akhbar tempatan hari ini melaporkan, Aman atau nama sebenarnya Abdul Rahman Nassim memberitahu, dia telah diminta oleh ibu Shila untuk mengenali Shila. Dalam kenyataan itu, Aman menjelaskan hubungannya dengan Shila setakat ini kekal sebagai rakan biasa dan tidak mahu soal itu mengeruhkan hubungan mereka. Sementara itu, Fauziah menolak dakwaan Aman mahu menggunakan populariti Shila dan memberitahu itu semua hanya salah faham. Saya tidak rasa dia berbuat begitu hanya kerana mahu meraih populariti. Mengenali Aman, saya rasa dia seorang yang baik. Lagipun dia masih muda, jauh lagi perjalanannya dalam industri ini," katanya. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan