Rabu, 15 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan PKR Selangor pertahan kalimah Allah

Posted: 15 Jan 2014 03:11 AM PST

SHAH ALAM 15 Jan. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempertahankan Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 yang antara lainnya melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negeri itu.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selagi enakmen itu tidak dipinda, kerajaan negeri akan terus menguatkuasakan enakmen tersebut dan meminta semua pihak mematuhinya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak bercadang meminda enakmen tersebut tetapi jika ada usaha untuk memindanya, mereka akan melakukannya dengan berhati-hati.

"Saya juga ingatkan semua pihak yang mahu meminda enakmen itu supaya berhati-hati kerana ini adalah isu agama," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Ekonomi Malaysia di landasan betul - Pakar

Posted: 15 Jan 2014 02:24 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Polisi-polisi ekonomi yang telah dijalankan oleh kerajaan sehingga kini sebenarnya amat tepat untuk meletakkan Malaysia di landasan ekonomi yang betul.

Menurut pakar ekonomi Universiti Harvard, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Diego A. Cormin, antara lain, petanda ekonomi utama yang menyokong rumusan itu ialah pemulihan pantas daripada kesan kemelesetan ekonomi dunia pada 2009.

Tambahnya, selain pemulihan tersebut, purata peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.5 peratus antara 2009 hingga 2012 dan purata peningkatan pelaburan (2009-2012) sebanyak 10.7 peratus turut menunjukkan bahawa polisi-polisi ekonomi yang telah dilaksanakan adalah langkah yang tepat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Jelas beliau, apa yang diperlukan Malaysia ketika ini ialah mencari jalan bagaimana perkembangan ekonomi yang positif itu dapat diteruskan untuk jangka masa panjang selain mengenalpasti serta memahami cabaran-cabaran ekonomi masa hadapan.

"Antara perkara utama yang perlu Malaysia beri fokus ialah mewujudkan lebih ramai tenaga kerja berpengetahuan tinggi dan bagaimana untuk mewujudkan iklim penyebaran pengetahuan gunaan yang efektif antara institusi akademik dan industri.

"Jika ini berjaya dilakukan, negara akan dapat menarik lebih banyak pelaburan besar kerana apa yang diperlukan oleh pelabur besar di peringkat global ialah pekerja berpengetahuan tinggi yang dapat memberikan mereka penyelesaian murah kepada sebarang permasalahan yang dihadapi," jelas beliau.

A. Cormin yang ditemui Utusan Online selepas sesi ceramah khas bertajuk Transformasi Ekonomi Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini turut menegaskan, polisi-polisi ekonomi tidak popular yang dilaksanakan kerajaan tidak harus dipandang negatif.

Jelas beliau, polisi seperti pengurangan subsidi barangan yang dilakukan sebenarnya membolehkan kerajaan menggunakan lebihan pendapatan yang diperoleh daripada keputusan-keputusan ekonomi tersebut kepada usaha-usaha bagi mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih menarik bagi para pelabur mewah. - UTUSAN ONLINE

Polis nasihat hati-hati terima hamper

Posted: 15 Jan 2014 01:38 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Polis mengingatkan orang ramai berwaspada ketika menerima penghantaran bungkusan atau hamper bagi mengelak daripada menjadi mangsa rompakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, peringatan itu dikeluarkan lebih-lebih lagi penghantaran bungkusan dijangka meningkat menjelang sambutan Tahun Baharu Cina akhir bulan ini.

Katanya, polis setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian rompakan seumpama itu, bagaimanapun orang ramai harus berwaspada dengan taktik sedemikian yang mungkin digunakan penjenayah

.

"Orang awam diminta sentiasa berhati-hati, jangan buka pintu pagar serta-merta. Tanya bungkusan itu dari mana dan untuk siapa sebelum menerimanya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mereka juga boleh meminta penghantar bungkusan atau hamper meletakkannya di luar pagar rumah dan mengambilnya kemudian.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved