Jumaat, 3 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Banjir: 12 sekolah masih tutup di Sarawak

Posted: 03 Jan 2014 02:36 AM PST

KUCHING 3 Jan. - Seramai 1,347 murid di negeri ini masih belum memulakan sesi persekolahan kerana kawasan sekolah mereka masih ditenggelami banjir.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Mohamed Faizal Shah Ali berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Sarawak bahawa masih terdapat 12 sekolah yang mempunyai 1,347 murid belum dapat dibuka setakat ini disebabkan banjir.

Beliau berkata, 12 sekolah yang masih ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tegageng di Subis, Miri; SK Kampung Klid/Plajau di Dalat, Mukah; SK St. Mark (M), SK Nanga Selangau, SK Kuala Lemai dan SK Nanga Tajam di Selangau, Sibu.

Turut ditutup ialah SK Nanga Nirok di Kanowit, SK Nanga Serau di Julau, SK Pangtray di Daro, SK Jalan Deshon dan SK Nanga Bon di Sibu serta SK Metalun di Belaga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

Belia perlu amalkan politik intelektual

Posted: 03 Jan 2014 02:32 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Golongan belia tanah air perlu menjadikan politik intelektual sebagai satu budaya jika mereka benar-benar mahu membawa perubahan kepada negara.

Menurut Presiden Generasi Pelapis Malaysia (GPM), Muhammad Shazwan Sazali, politik intelektual bermaksud budaya berpolitik yang berasaskan fakta, saksama dan mengambil perspektif yang lebih meluas dalam menerima dan membincangkan satu-satu isu.

Jelas beliau, dewasa ini, dengan kewujudan dan kebebasan media-media sosial, masyarakat terutamanya golongan belia, kebiasaannya hanya menerima bulat-bulat apa sahaja 'maklumat' yang disebarkan.

"Amat jarang sekali para belia khususnya golongan siswazah bersikap kritikal dan analitikal terhadap maklumat yang diterima.

"Akibatnya mereka mudah diperdayakan oleh golongan-golongan berkepentingan dan menyebabkan penyebaran luas maklumat-maklumat yang kurang tepat mengenai isu-isu semasa," jelas beliau ketika ditemui selepas sidang akhbar Persidangan Isu-isu Kebangsaan Untuk Generasi Y 2014 (NICGY2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini. - UTUSAN

Syor Tun Mahathir elak banjir

Posted: 03 Jan 2014 12:59 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan agar tingkat satu bangunan dan rumah ditinggikan untuk mencegah dilanda banjir.

Beliau berkata, tingkat satu - lobi atau dewan masuk - sesebuah bangunan perlu ditinggikan sekurang-kurangnya 12 kaki (3.6 meter) dari paras jalan raya, manakala dinding konkrit dibina di sekeliling bahagian bawah tingkat satu hingga ke tempat parkir di bahagian bawah bangunan.

Dalam tulisan terbaru beliau melalui blog www.chedet.cc, Dr. Mahathir juga mencadangkan agar tanjakan dibina dari jalan raya ke pintu masuk bangunan di tingkat satu dan satu tanjakan lagi dibina untuk membolehkan kenderaan turun ke parkir bertingkat.

"Jalan raya akan bertukar menjadi seperti longkang apabila berlaku banjir akibat hujan atau air pasang. Ini akan membolehkan air banjir mengalir cepat ke dalam terusan atau sungai, sebaik sahaja air laut surut atau hujan berhenti," katanya.

Beliau berkata, di kawasan pantai timur yang sering dilanda banjir pada musim monsun, penyelesaian paling mudah ialah membina bangunan bertiang seperti rumah Melayu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved