Khamis, 17 Oktober 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Presiden Ukraine benar Yulia Tymoshenko jalani rawatan di luar negara

Posted: 17 Oct 2013 11:35 AM PDT

DONETSK 18 Okt. - Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych buat pertama kalinya hari ini mengumumkan bahawa beliau bersedia membenarkan penentangnya yang kini berada dalam tahanan di penjara yang juga merupakan bekas Presiden negara ini, Yulia Tymoshenko untuk ke luar negara bagi mendapatkan rawatan, pada ketika Kiew bersedia menjalin hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU).

Pemimpin EU ketika sidang kemuncak di Vilnius pada akhir November lalu telah membuat pendirian jelas, bahawa Ukraine boleh menandatangani Perjanjian Persatuan, sebagai langkah pertama untuk menyertai EU sekiranya membebaskan Tymoshenko.

``Hari ini Ukraine tidak mempunyai undang-undang yang membenarkan Tymoshenko ke luar negara untuk mendapatkan rawatan.

``Kuasa politik yang terdapat di Parlimen (Ukraine) akan membentangkan rang undang-undang yang bakal membenarkan penyelesaian bagi perkara ini., kata Yanukovych kepada pemberita. - AFP

Setiausaha Negara AS bertemu pembangkang Syria di London

Posted: 17 Oct 2013 11:34 AM PDT

WASHINGTON, 18 Okt - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry berkata, beliau akan berlepas ke London minggu depan untuk mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kumpulan pembangkang Syria.

Kerry, yang mengetuai usaha bersama Rusia untuk mencari satu penyelesaian politik terhadap konflik di Syria, juga berkata, beliau yakin bahawa "tidak terdapat penyelesaian ketenteraan, sama sekali tidak" kepada konflik itu.

"Hanya akan berlaku kemusnahan berterusan dan bencana kemanusiaan untuk semua orang di rantau itu jika pertempuran berterusan," katanya kepada National Public Radio dalam satu temubual.

"Maka, kami ingin mengerakkan proses itu ke hadapan. Saya ada pertemuan pada Selasa ini di London dengan kumpulan penyokong pembangkang (Syria)," katanya.

"Kami berkerja ke arah mengadakan persidangan Geneva," katanya.

Terdapat khabar-khabar angin menyatakan kumpulan utama Sahabat-sahabat Syria, yang dibentuk untuk menyokong pembangkang Syria, akan mengadakan pertemuan di Britain minggu depan.

Sementara itu, seorang pegawai Syria berkata, pelan untuk membawa rejim Presiden Bashar al-Assad dan pembangkang bertemu pada perundingan damai pada bulan depan di Geneva sedang diusahakan.

Ketika ditanya pada sidang media di Moscow, sekiranya perundingan itu telah ditunda pada akhir November atau awal Disember, Timbalan Perdana Menteri Syria, Qadri Jamil berkata, ia akan diadakan pada 23 dan 24 November.

Beliau berkata, bagaimanapun, ia bergantung kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengumumkan tarikhnya.

Rundingan damai itu bertujuan merangka langkah ke hadapan ke arah peralihan politik di Syria, dan menubuhkan kerajaan peralihan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved