Utusan Online - Luar Negara |
Kesan polonium ditemukan pada baju Arafat Posted: 14 Oct 2013 11:05 AM PDT PARIS 15 Okt. - Pasukan pakar radiasi mengesahkan bahawa mereka menemukan kesan polonium pada baju yang pernah digunakan oleh bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat, sekali gus menguatkan dakwaan bahawa beliau memang diracun. Menerusi laporan yang disediakan oleh The Lancet, pasukan radiasi itu menyediakan maklumat saintifik mengenai penemuan polonium pada barangan milik Yasser. Bekas pemimpin itu meninggal dunia di Perancis pada 11 November 2004 di usia 75, namun pasukan perubatan tidak dapat mengenal pasti punca kematiannya dan didakwa beliau mati akibat diracun. Sehubungan itu, kubur Yasser digali semula pada November lalu untuk mengambil sampel bagi mengesahkan sama ada bekas pemimpin itu diracun atau sebaliknya. - AFP |
Banjir di Thailand semakin pulih Posted: 14 Oct 2013 11:01 AM PDT BANGKOK 15 Okt. - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra semalam berkata, situasi banjir di kebanyakan kawasan di seluruh negara ini semakin pulih dan kerajaan mengarahkan pihak berkuasa untuk memantau keadaan semua penduduk yang terjejas. Yingluck dijangka melawat kawasan banjir di wilayah timur hari ini, selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet. Antara daerah yang bakal dilawat pemimpin itu termasuklah daerah Bansang di wilayah Prachinburi, daerah Bangkla dan Bangnampraew di wilayah Chacherngsao. Situasi banjir tersebut setakat ini telah meragut 42 nyawa dan menjejaskan 42 daripada 77 wilayah di seluruh Thailand. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan