Khamis, 19 September 2013

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pelancong belanja RM6.5 billion

Posted: 19 Sep 2013 11:40 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

MOHD. Sharkar Shamsuddin (tengah) melihat sijil penghargaan kepada operator pelancongan pada majlis Pelancaran Seminar dan Bengkel Pelan Tindakan Pelancongan negeri Pahang di Bukit Gambang Resort, Kuantan, semalam.

KUANTAN 19 Sept. - Sebanyak RM6.5 bilion dibelanjakan oleh 9.7 juta pelawat yang melancong ke negeri ini sepanjang tahun lalu dengan 2.9 juta daripadanya merupakan pelancong antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, berdasarkan statistik tersebut jelas menunjukkan industri pelancongan memberi sumbangan amat besar kepada ekonomi negeri dan penduduk tempatan.

"Destinasi-destinasi utama seperti Cherating, Taman Negara, Pulau Tioman dan Cameron Highlands antara yang paling ketara memberi kesan ekonomi kepada penduduk di sekitarnya.

"Penduduk Pulau Tioman yang dahulu kebanyakannya adalah nelayan kini ramai yang berubah menjadi usahawan atau berkecimpung dalam industri pelancongan.

"Justeru, kerajaan negeri akan terus memberi pelbagai input berguna dalam usaha menyemarakkan lagi industri pelancongan terutama untuk menyambut kedatangan pelancong yang dijangka bertambah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar dan Bengkel Pelan Tindakan Pelancongan Pahang di sini malam tadi.

Seramai 100 peserta termasuk 16 delegasi dari Singapura hadir menyertai bengkel dua hari bermula semalam bagi mendapatkan idea pelbagai pihak berkaitan untuk merangka pelan induk pembangunan pelancongan sebagai usaha meningkatkan jumlah pelawat ke negeri itu.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Taman-Taman Sabah, Datuk Seri Tengku Dr. Zainal Adlin Tengku Mahmood.

Sementara itu, menurut Mohd. Sharkar, Pahang kini mempunyai sebanyak 467 buah hotel dengan 26,095 buah bilik penginapan pelbagai jenis.

"Seperti yang sedia maklum, prestasi kadar penginapan adalah berbeza di setiap destinasi dan cabaran untuk memenuhi bilik-bilik ini akan ditangani bersama melalui seminar ini.

"Selain itu, penganjuran seminar ini juga bertujuan mengenal pasti produk-produk baharu dalam bentuk acara-acara menarik, tarikan baharu dan aktiviti bagi menghidangkan pakej yang lebih menarik," jelasnya.

Beliau yakin Pahang mampu menarik lebih ramai pelawat kerana mempunyai keunikan tersendiri terutama eko-pelancongannya seperti Taman Negara, Taman Rimba Kenong, Pulau Tioman, Bukit Fraser, Kuala Gandah dan gua-gua di Merapoh yang mempunyai lebih 500 gua batu kapur yang belum diterokai.

Hantar borang pencalonan lebih awal

Posted: 19 Sep 2013 11:40 AM PDT

KUANTAN 19 Sept. - Setiap calon yang ingin bertanding dalam pemilihan peringkat bahagian nanti dinasihat menghantar borang lebih awal di pejabat bahagian UMNO masing-masing Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO negeri, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata, calon boleh menyerahkan borang berkenaan kepada pegawai yang bertugas bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

"Saya nasihatkan kepada mereka supaya menghantar borang lebih awal. Jangan tunggu sehingga petang baru hendak hantar.

"Sebab kita perlu hantar borang pada hari yang sama ke UMNO pusat. Selain calon, wakil mereka juga boleh menghantar borang dengan syarat mesti ada surat daripada calon," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, dari segi kedudukan calon, pihaknya tidak akan membuat sebarang pengundian dan akan memberi keutamaan bagi bahagian yang menghantar awal borang berkenaan ke pejabat negeri.

"Sebagai contoh, siapa yang hantar paling awal borang tersebut dia akan menjadi calon nombor satu dan diikuti nombor seterusnya," ujarnya.

Kata beliau, sebelum menghantar borang mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada pengerusi jawatankuasa pemantau di setiap bahagian.

"Pengisian borang tidak susah kerana setiap calon telah diterangkan bagaimana cara mengisi borang ketika mengambilnya di pejabat bahagian masing-masing," jelasnya.

Katanya, setiap bahagian menerima sebanyak 500 borang yang menawarkan pelbagai jawatan bermula di peringkat jawatankuasa bahagian, pergerakan wanita, pergerakan pemuda dan pergerakan puteri.

Kutipan cukai MDP berkurangan

Posted: 19 Sep 2013 11:40 AM PDT

PEKAN 19 Sept. - Kedegilan pembayar cukai melaksana tanggungjawab mereka menyebabkan jumlah kutipan cukai bagi Majlis Daerah Pekan (MDP) tahun ini berkurangan sebanyak RM2 juta.

Yang Dipertua MDP, Datuk Mohd. Fazli Mohd. Kenali berkata, perkara itu mengundang kesulitan kepada pihaknya dalam melaksanakan urusan pentadbiran daerah secara keseluruhan.

"Kos yang dikeluarkan bagi melaksanakan usaha pembangunan semasa seperti pembersihan, penyediaan infrastruktur awam dan sebagainya adalah sebanyak RM11 juta.

"Jadi, bayangkan kos yang begitu tinggi perlu ditanggung MDP bagi menyediakan sebuah kehidupan masyarakat yang selesa tidak dapat direalisasikan ekoran masalah ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, MDP terpaksa mengambil tindakan tegas melalui penghantaran notis guaman kepada pembayar cukai yang gagal membayar pada tahun lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved