Khamis, 19 September 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Konvoi bas diserang di Syria, 9 maut

Posted: 19 Sep 2013 11:01 AM PDT

BEIRUT 20 Sept. - Sekurang-kurangnya sembilan orang awam terbunuh apabila serangan bom tepi jalan dilancarkan terhadap satu konvoi bas mini di wilayah Homs di Syria semalam.

Pengarah Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, Rami Abdel Rahman berkata, serangan tersebut berlaku di berdekatan jalan kampung Jabburin, yang menghubungkan bandar Homs.

Beberapa bom diletupkan menggunakan alat kawalan jauh ketika konvoi bas terbabit melalui jalan berkenaan, menyebabkan sembilan orang terbunuh." - AFP

India: Lima suspek kes rogol berkumpulan didakwa

Posted: 19 Sep 2013 10:59 AM PDT

MUMBAI 20 Sept. - Lima suspek lelaki yang terlibat dalam kes rogol secara berkumpulan seorang jurugambar pada bulan lalu, didakwa di mahkamah di sini semalam.

Empat suspek didakwa di Mahkamah Esplanade atas sekurang-kurangnya lima pertuduhan termasuk merogol secara berkumpulan, melakukan seks luar tabii, mengurung mangsa, memusnahkan bukti dan berkonspirasi dalam kejadian pada 22 Ogos lalu.

Manakala seorang lagi suspek bawah umur didakwa di mahkamah juvenil kerana berusia bawah 18 tahun ketika melakukan jenayah terbabit.

Mangsa yang berusia 22 tahun dirogol berulang kali ketika dia ditugaskan mengambil gambar di sebuah kilang terbiar di tengah Mumbai.

Seorang rakan lelaki yang menemaninya turut dipukul dan diikat dengan tali pinggang ketika wanita terbabit diserang dan dirogol. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved