Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


460 pangkalan hadapi banjir

Posted:

460 pangkalan hadapi banjir

460 pangkalan hadapi banjir

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 12 Nov. - Sebanyak 460 pusat pangkalan hadapan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara kini bersedia untuk menghadapi musim banjir yang diramal bermula bulan ini hingga Mac depan.

Ketua Pengarah JKM, Hadzir Md. Zain berkata, semua barang yang menjadi keperluan mangsa banjir seperti makanan, tikar, selimut, kain pelikat dan kain batik sudah disediakan oleh pihaknya.

Kata beliau, persediaan awal di pusat tersebut diyakini akan melancarkan lagi operasi JKM untuk membantu mangsa banjir nanti.

"JKM membelanjakan sebanyak RM500,000 untuk membeli keperluan berkenaan dan kami berpuas hati kerana semua pusat pangkalan hadapan sudah bersedia menghadapi kemungkinan banjir kali ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat pusat pangkalan hadapan di Dewan Orang Ramai Kampung Lahar, Malau di sini semalam.

Kata Hadzir, Kedah mempunyai empat pusat pangkalan hadapan iaitu tiga di daerah Kubang Pasu merangkumi Kampung Lahar, Sekolah Kebangsaan Penghulu Haji Darus dan Dewan Orang Ramai Kubang Betong selain di Asrama Anak Yatim Perik di daerah Padang Terap.

Menurut beliau, selain pusat pangkalan hadapan, 5,461 pusat pemindahan banjir di seluruh negara juga telah bersedia menghadapi kemungkinan tersebut.

"Kita juga telah bekukan cuti semua kakitangan JKM sebagai langkah persediaan menghadapi banjir," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jabatan Perikanan taja 50kg ikan

Posted:

Jabatan Perikanan taja 50kg ikan

Jabatan Perikanan taja 50kg ikan

IPOH 12 Nov. - Jabatan Perikanan Negeri Perak semalam menaja 50 kilogram ikan untuk memeriahkan Karnival Pantai Utusan Malaysia & Mingguan Malaysia yang akan berlangsung 19 dan 20 November ini.

Kesemua ikan kerisi itu akan digunakan pada pertandingan menyiang ikan sempena karnival tersebut.

Pengarah Perikanan Negeri Perak, Sani Mohd. Isa berkata, pihaknya turut menyumbangkan 20 beg berisi barangan hasil laut bernilai RM800 untuk diberikan kepada pemenang pertandingan berkenaan.

"Tajaan ini merupakan tanda komitmen dan jalinan kerjasama antara pihak jabatan ini dengan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sejak sekian lama.

"Selain itu, ia juga merupakan sokongan kami dalam menghargai akhbar terbitan Kumpulan Utusan yang banyak memberikan maklumat dalam bidang perikanan kepada pembaca," katanya selepas menyampaikan tajaan kepada Eksekutif Jualan Utusan Melayu cawangan Perak, Mohd. Saifuddin Sarmin di pejabatnya sini, semalam.

Karnival dua hari di Dataran Hadhari, Teluk Batik itu turut menyajikan pelbagai acara menarik termasuk pertandingan boling kelapa, kupas kelapa, tarian etnik kreatif, gubahan tuala, karaoke dan reka bentuk layang-layang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dijangka merasmikan karnival tersebut yang turut dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis terkenal tanah air.

Sani berkata, tajaan jabatan itu kepada karnival berkenaan kali ini berbeza berbanding sumbangan sebelum ini.

"Sebelum ini kebanyakan tajaan berupa benih ikan untuk dilepaskan ke sungai dan penyediaan ikan bagi pertandingan masakan ikan air tawar,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

SK Methodist sekolah angkat 1Malaysia

Posted:

SK Methodist sekolah angkat 1Malaysia

SK Methodist sekolah angkat 1Malaysia

NIBONG TEBAL 12 Nov. - Kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum membolehkan Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Nibong Tebal di sini terpilih sebagai Sekolah Angkat 1Malaysia oleh Jabatan Penerangan.

Majlis pelancaran pemilihan itu disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Eko Pelancongan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Tan Cheng Liang di sekolah itu kelmarin.

Kata Cheng Liang, pemilihan sekolah itu sebagai satu-satunya sekolah di Pulau Pinang sebagai anak angkat jabatan tersebut adalah sesuatu yang membanggakan kerana ia adalah pengiktirafan terhadap kecemerlangan para pelajar dan gurunya.

"Sekolah ini adalah sebuah sekolah bantuan modal yang memiliki kemudahan serta keluasan terhad namun, pelajarnya sentiasa menunjukkan kecemerlangan.

"Oleh itu, status sekolah angkat ini diharap dapat menaikkan lagi nama sekolah serta dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan inovatif," katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Mohamad Fathkul Hatta Robiki dan Guru Besar SK Methodist, M. Loganathan.

Sebagai sekolah angkat, SK Methodist akan diberi pendedahan amalan komunikasi dan kepimpinan serta penghayatan nilai murni 1Malaysia serta mewujudkan suasana mesra dan akrab antara ibu bapa, pelajar dan guru.

Sementara itu, Loganathan berkata, pihaknya berbangga dengan pemilihan tersebut kerana ia membuktikan biarpun memiliki kemudahan terhad, ia berjaya menambat hati Jabatan Penerangan.

Jelasnya, pemilihan itu akan menyuntik semangat para pelajar dan guru untuk bekerja lebih tekun bagi menaikkan nama sekolah berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved