Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kecil dan bergaya

Posted:

Kecil dan bergaya

Kecil dan bergaya

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna yang bergaya, kamera kompak NEX-C3 keluaran Sony turut menampilkan reka bentuk baru yang menarik. Ia menggabungkan corak logam dan bentuk cengkaman bergaris arus agar mudah untuk dipegang.

Selain itu, berat bagi NEX-C3 turut dikurangkan sebanyak enam peratus atau hanya seberat 225 gram (g) berbanding siri sebelumnya iaitu NEX-3.

Malah, kualiti imej, kelebihan aplikasi serta fungsi NEX-C3 turut menjangkaui NEX-3.

Mengunakan penderia Exmor APS HD CMOS dan ditambah dengan kelebihan 16.2 megapiksel yang efektif menjadikan imej serta video yang dirakam amat jelas.

Ditambah dengan penderia yang sama digunakan dalam kamera refleks lensa tunggal (DSLR) memberikan kesan 'bokeh' atau kabur pada latar belakang subjek yang dirakam dengan sempurna.

NEX-C3 juga turut dilengkapi dengan kawalan gambar yang ringkas serta mudah untuk dicapai ketika merakam gambar mahupun video.

Bersama aplikasi baru iaitu Picture Effect pemilik NEX-C3 boleh memilih kesan tambahan kepada gambar serta video.

Antara pilihan di dalam mod Pictures Effect adalah serta kesan Soft Skin yang mampu menghilangkan kesan kedutan pada wajah.

Selain itu, skrin seluas 7.5 sentimeter (sm), Xtra Fine LCD, bagi kamera ini juga turut boleh diputarkan bagi menambah keupayaannya merakam imej dari sudut yang sukar.

Ditambah dengan penggunaan teknologi TruBlack Screen, paparan imej yang dirakam dilihat amat menarik, jelas serta tajam, malah anda masih mampu melihat imej yang dirakam dengan jelas biarpun berada di bawah sinaran terik mentari.

NEX-C3 juga dilengkapi teknologi rakaman 3D Panorama yang mana memberikan hasil yang menarik terutamanya video yang dirakam untuk ditonton melalui televisyen 3D anda.

Seterusnya aplikasi Auto HDR, Twilight dan Anti-Motion Blur untuk kegunaan merakam imej yang jelas dalam keadaan cahaya yang samar-samar.

Aplikasi tersebut juga turut membantu mengurangkan masalah imej kabur akibat gegaran tangan ketika proses merakam.

Apa yang pasti, segala kelebihan tersebut tidak bermakna jika sumber kuasa kamera tiada mahupun dapat bertahan dalam masa yang singkat.

Anda pasti akan kecewa jika tertinggal untuk merakamkan saat-saat penting. Justeru, NEX-C3 turut didatangkan bersama bateri baru yang lebih berkuasa serta tahan lama.

Hampir 400 imej mampu dirakam secara berterusan yang mana bertahan 20 peratus lebih lama berbanding siri yang lama iaitu NEX-5 dan NEX-3.

Lensa juga turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti imej yang dirakam berada ditahap yang terbaik.

Justeru Sony mempertaruhkan siri lensa tapak 'E' iaitu SEL30M35 yang mana turut didakwa merupakan lensa makro paling ringan di dunia iaitu hanya seberat 138 g sahaja.

Lensa 30 milimeter (mm) bersama aperture F3.5 dan kadar pembesaran 1: 1 itu boleh merakam objek pada jarak paling hampir, 2.4 sm menjadikan lensa tersebut amat sesuai untuk merakam imej dengan lebih dekat seperti bunga dan serangga.

Sebagai aksesori tambahan, pemilik NEX-C3 juga boleh mendapatkan flash terbaru iaitu HVL-F20S yang mana menggunakan kuasa sepenuhnya daripada kamera justeru tiada bateri tambahan diperlukan.

Selain itu, pemilik NEX-C3 juga turut diberi aksesori tambahan seperti sarung badan kamera, jaket lensa, bekas pembawa, tali strap serta beberapa lagi aksesori tambahan dan untuk maklumat lanjut layari www.sony.com.my.

Full content generated by Get Full RSS.

Teknologi sepadan

Posted:

Teknologi sepadan

Teknologi sepadan

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my


TELEFON pintar Sony Ericsson Xperia arc S menawarkan pengguna aplikasi lebih pantas dan lancar.


TERUS merancakkan pembanguan jenama Xperia, syarikat pencipta telefon bimbit pintar itu, Sony Ericsson baru-baru ini memperkenalkan pula model Xperia arc S.

Model yang dinaik taraf daripada portfolio Xperia arc sebelum ini menawarkan pengalaman hiburan lebih pantas menerusi pengenalan sokongan pemproses berkuasa 1.4 Ghz dan teknologi panorama Sony 3D.

Tidak cukup dengan itu, ia turut hadir bersama ciri aplikasi media dan kamera 25 peratus lebih pantas serta 20 peratus kelancaran capaian laman web berbanding model sebelum ini.

Menurut Pengurus Besar Sony Ericsson Singapura dan Malaysia, Peter Ang, Xperia arc S yang menggabungkan teknologi Sony dan Android merupakan model telefon bimbit pintar dengan fungsi hiburan terbaik.

''Ia merupakan model telefon pintar paling lengkap dalam kelasnya dengan tawaran akses unik kepada laman web rangkaian sosial serta capaian lebih 250,000 aplikasi,'' katanya.

Melihat keistimewaannya, gajet berkenaan dilengkapi teknologi panorama 3D Sony yang membolehkan sesuatu imej dirakam dan dipaparkan secara terus ke televisyen 3D menerusi sambungan kabel HDMI.

Kelebihan spesifikasi multimedianya pula disempurnakan bersama skrin 4.2 inci, sokongan enjin mobile BRAVIA, kamera 8.1 megapiksel, rakaman video definisi tinggi (HD) dan sensor Exmor R untuk sokongan rakaman dalam pencahayaan rendah.

Daripada sudut teknikal, Xperia arc S di pacu oleh pemproses berkelajuan tinggi dan sistem operasi Android Gingerbread 2.3.

Sony Ericsson Xperia arc S bakal memasuki pasaran negara menjelang awal Oktober depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved