Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tiga pasar tani komuniti dibuka

Posted:

Tiga pasar tani komuniti dibuka

Tiga pasar tani komuniti dibuka

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

CAMERON HIGHLANDS 13 Nov. – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka tiga buah pasar tani komuniti di daerah Pekan, Jengka dan Bera yang bakal beroperasi penghujung tahun ini.

Pengarah FAMA negeri, Ibrahim Mahmood berkata, pembinaan pasar tani komuniti itu melibatkan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Pejabat Daerah.

Katanya, menerusi kerjasama itu, KPDNKK menyalurkan peruntukan bagi membina pasar tani, FAMA pula sebagai pihak pelaksana dengan pasar tani itu kelak akan berkonsepkan pusat sehenti beroperasi selama 24 jam.

"Setiap satu pasar komuniti berkenaan berkeluasan 0.8 hektar yang akan beroperasi secara berperingkat dengan fasa pertama bermula hujung tahun ini di Jengka.

''Apabila beroperasi nanti, pasar komuniti bersepadu itu akan memberi peluang kepada para peniaga pelbagai kaum untuk berniaga di kawasan lebih strategik, selesa dan bersih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, pelbagai program akan dijalankan di pasar tani itu seperti ekspo perdagangan dan pusat promosi produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Tambahnya, ia bakal dilengkapi dengan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan kawasan meletak kereta yang mencukupi bagi menampung keperluan pengguna.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim memberitahu, pasar tani di seluruh Pahang telah menghasilkan jualan berjumlah RM35 juta yang membabitkan 36 pasar tani dan 1,450 peserta sehingga Julai lalu.

''FAMA negeri menyasarkan nilai jualan tahun ini RM50 juta dan kita yakin ia mampu dicapai.

`'Kita juga menyasarkan untuk menambah sehingga 2,000 peniaga dan akan membuka beberapa buah lagi pasar tani sebelum akhir tahun ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

SRS berjaya banteras kegiatan jenayah di taman perumahan

Posted:

SRS berjaya banteras kegiatan jenayah di taman perumahan

SRS berjaya banteras kegiatan jenayah di taman perumahan


Sebahagian anggota SRS Taman Putra 1 selepas perasmian penubuhannya di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 13 Nov. – Penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bandar Putra 1 berjaya membantu penduduk membanteras jenayah dan aktiviti negatif di taman perumahan itu.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Putra 1, Mohd. Badrul Risham Jusoh berkata, sebagai permulaan, seramai 25 anggota terbabit dalam SRS itu.

Menurutnya, SRS taman itu mendapat kelulusan penubuhannya pada 8 September lalu dan adalah salah satu cabang Rukun Tetangga.

''Kita mengharapkan 25 anggota ini dapat menjalankan tugas masing-masing dengan lancar namun ia memerlukan kerjasama mantap daripada semua penduduk taman ini.

"Paling penting, jangan terlalu harapkan dan meletakkan sepenuhnya tanggungjawab terhadap mereka sebaliknya penduduk juga perlu saling bekerjasama membanteras jenayah yang berlaku," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian SRS Bandar Putra 1 di sini baru-baru ini.

Dalam majlis yang sama, ahli jawatan kuasa (AJK) sebulat suara melantik Mohammad Rani Mustaffa sebagai Ketua Sektor SRS KRT taman itu.

Menurut Mohd. Badrul, SRS adalah skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan 1988 dan dikendalikan oleh Biro Keselamatan yang merupakan salah satu jawatankuasa di bawah Rukun Tetangga.

''Selain menjaga keselamatan dalam KRT, ia juga membantu pihak polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

''Rondaan pula dilaksanakan oleh peronda-peronda yang berdaftar di sebahagian atau keseluruhan kawasan rondaan yang telah pun diwartakan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pasdec sasar jualan hartanah RM15.3j

Posted:

Pasdec sasar jualan hartanah RM15.3j

Pasdec sasar jualan hartanah RM15.3j


Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak (tengah) mendengar penerangan daripada Mohd. Azman Sa'ad (kiri) sambil diperhatikan Zaidah Isa mengenai Karnival Jualan Pasdec 2011 di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 13 Nov. – Syarikat pemaju hartanah tempatan, Kumpulan Pasdec Holdings Berhad (Pasdec) menyasarkan jualan sebanyak RM15.3 juta pada Karnival Jualan Pasdec 2011 yang berlangsung selama tiga hari di pusat beli-belah East Coast Mall (ECM) di sini berakhir hari ini.

Naib Presiden Kanan Hartanah Pasdec, Mohd. Azman Sa'ad berkata, sebanyak 389 unit rumah bernilai RM111.2 juta ditawarkan oleh pihaknya pada karnival tersebut yang dianjurkan setiap tahun.

"Tujuan utama karnival ini adalah untuk mengukuhkan penjenamaan dan meningkatkan kesedaran pembeli terhadap produk terkini selain daripada mempromosikan produk-produk hartanah yang terbaru daripada pihak Pasdec," katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian karnival itu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir Mohd. Soffi Tan Sri Abdul Razak di sini kelmarin.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Zaidah Isa.

Menurut Mohd. Azman, banyak produk kediaman dan komersial yang ditawarkan kepada orang ramai dengan tawaran istimewa selama sebulan bermula 1 November lalu.

"Malah tema karnival tahun ini "Gaya Hidup Ceria Bersama Pasdec' yang berkonsepkan keluarga sejahtera sesuai dengan konsep dan trend terkini.

''Kita juga mempelawa orang ramai tidak melepaskan peluang terbaik ini untuk mendapatkan rumah idaman," katanya.

Katanya, selain karnival itu, pihaknya turut menjalankan tanggungjawab sosial terhadap komuniti antaranya seperti menyumbangkan beg sekolah kepada rumah anak yatim terpilih, pemeriksaan kesihatan percuma serta pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved