Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Penghuni diarah pindah

Posted:

Penghuni diarah pindah

Penghuni diarah pindah

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


HASAN Malek (kiri) bersama Zainal Abidin Othaman (kanan) melihat keadaan dinding cerun yang hampir runtuh di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Negeri Sembilan, kelmarin. - MINGGUAN/ABD. RAZAK AID


REMBAU 12 Nov. - Pergerakan tanah sejak beberapa hari lalu memaksa penghuni kuarters sebuah kolej dekat sini mengosongkan kediaman mereka bagi mengelak kejadian lebih buruk.

Arahan berkenaan dikeluarkan pengurusan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau (KKTM), di sini selepas mendapati 11 buah kuarters yang didiami kakitangannya mula mengancam keselamatan berikutan struktur tanah yang tidak stabil.

Jurutera Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri, Mohd. Harzullah Ibrahim menjelaskan, struktur tanah melibatkan kawasan cerun berkeluasan 7.5 hektar itu mula bergerak dan telah meretakkan dinding cerun dan jalan raya tidak rata.

''Kita dapati ia berpunca daripada kadar taburan hujan tinggi sejak beberapa hari lalu selain keadaan tanah jenis kaolin atau tanah liat putih yang menyerap air di kawasan berketinggian lebih 50 meter itu.

''Jika ini berterusan, maka berlaku pergerakan air yang serius di dalam tanah akan menyebabkan struktur tanah bahagian atasnya tidak stabil dan membahayakan," jelasnya kepada pemberita di kolej itu dekat sini, semalam.

Kata beliau, pihaknya sedang memantau pergerakan tanah berkecerunan 32 darjah hingga 42 darjah kerana bimbang berlakunya runtuhan yang besar.

Hadir sama dalam lawatan di tempat kejadian Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek dan Pengarah KKTM Rembau, Zainal Abidin Othaman.

Hasan yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, kerja memperkukuhkan struktur cerun akan dilakukan selepas pihak kolej bersama Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) selesai menjalankan siasatan.

''Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak kolej kerana segera mengarahkan penghuni di 11 kuarters kakitangan mengosongkan kediaman bagi mengelakkan tragedi buruk," katanya.

Sementara itu, 11 keluarga yang mendiami kuarters berkenaan kini tinggal di beberapa rumah berdekatan dan menumpang di rumah sanak saudara mereka sehingga dimaklumkan kelak oleh pihak kolej.

Full content generated by Get Full RSS.

Tawar seks RM70 secara ansuran

Posted:

Tawar seks RM70 secara ansuran

Tawar seks RM70 secara ansuran

JEMPOL 12 Nov. - Gara-gara menawarkan RM70 kepada seorang surirumah untuk melayan nafsunya, seorang lelaki warga asing ditahan setelah wanita itu membuat laporan polis.

Kejadian berlaku pukul 6.45 petang kelmarin, selepas suspek berusia 40-an menceroboh rumah mangsa berusia 20-an dekat Bahau di sini, ketika suaminya keluar bekerja.

Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad memberitahu, suspek didakwa meraba payu dara mangsa ketika wanita itu berada di dapur.

"Suspek yang tinggal di situ mengajak mangsa melakukan hubungan seks dan bersedia bayar RM70 secara ansuran kerana tidak mempunyai wang.

"Mangsa membuat laporan bersama suaminya di Balai Polis Bahau. Suspek ditahan semalam dan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan," katanya di sini, semalam.

Mohd. Sabri berkata, dalam kejadian berasingan di Ladang Gedes, dekat sini, polis memburu seorang lelaki berusia 36 tahun kerana cuba merogol remaja berusia 15 tahun pada 4 November lalu.

Kejadian berlaku pukul 7.30 pagi semasa bapa mangsa yang lumpuh berada di ruang tamu rumah berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

JPJ buka tempahan nombor NCQ

Posted:

JPJ buka tempahan nombor NCQ

JPJ buka tempahan nombor NCQ

SEREMBAN 12 Nov. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan membuka tempahan nombor pendaftaran kenderaan NCQ 1 hingga NCQ 999 kepada orang ramai mulai 8 November hingga 29 November.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan nombor NCQ boleh memasuki tender di JPJ Seremban, JPJ Cawangan Jempol dan JPJ Cawangan Kuala Pilah.

"Harga minimum bagi nombor bernilai utama ialah RM10,000, nombor menarik RM2,000 dan nombor popular RM300," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, deposit yang dikenakan ialah 50 peratus daripada harga tempahan (bidaan) dan bayaran deposit boleh dibuat atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia melalui bank draf atau kiriman wang atau wang pos.

"Borang tempahan nombor pendaftaran secara tawaran boleh didapati di Pejabat JPJ negeri atau cawangan atau laman web JPJ www.jpj.gov.my," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved