Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


KR1M gusarkan pembangkang

Posted:

KR1M gusarkan pembangkang

KR1M gusarkan pembangkang

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


KEDAI Rakyat 1Malaysia mendapat sambutan hangat pada hari pertama pembukaannya di stesen LRT Kelana Jaya , Selangor, pada Jun lalu.


TIDAK habis-habis. Satu demi satu projek untuk manfaat kehidupan harian masyarakat Malaysia diserang parti pembangkang.

Mulanya, program transformasi kedai runcit (TUKAR), kemudian beralih ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan seterusnya Menu Rakyat 1Malaysia. Terbaru, dikatakan 'menjangkit' ke projek pembangunan bengkel automatif (ATOM).

'Pening kepala' dibuatnya menteri berkenaan untuk bertarung di satu lagi 'gelanggang politik' pembangkang. Tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin 'alah bisa tegal biasa'. Matlamat kementerian berjiwa besar untuk rakyat ini hanyalah semata-mata untuk kesenangan orang ramai mengharungi cabaran kos hidup yang meningkat kala ini.

Namun lain ceritanya di pihak sana. Sampaikan kedengaran ura-ura 'melobi' oleh pihak terbabit untuk menerajui kementerian Ismail Sabri, tentunya selepas pilihan raya umum nanti.

Ini gara-gara tidak puas hati dengan projek rakyat kelolaan kementerian Ismail Sabri yang lebih dikenali KPDNKK atau nama penuhnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ia dikatakan merugikan 'pihak industri'. Pernah seorang peneraju dewan perniagaan yang dikatakan memiliki lebih 20,000 anggota hadir berbincang dengan Ismail Sabri dan disaran menyertai sahaja program KR1M, yakni sama seperti komitmen yang ditunjukkan Mydin. Dalam mesyuarat (perundingan) itu, semuanya nampak baik belaka, berjalan lancar dan penutupnya, wakil dewan berkenaan menyatakan semuanya okey, okey dan okey untuk KR1M. Tetapi beberapa hari kemudian, habis dibantainya Ismail Sabri dalam akhbar mereka.

Ismail Sabri yang ditemui penulis di Putrajaya Jumaat lalu percaya pembangkang tidak suka melihat rakyat mendapat harga barang yang murah menerusi siri program anjuran kementeriannya. Ini kerana ia akan mempopularkan kerajaan. Lebih-lebih lagi dianggap satu kelebihan buat BN menjelang pilihan raya umum ke-13 yang hangat diperkatakan saat ini.

"Kerajaan hapuskan ISA, dia tak suka pula sebab kerajaan dah buat dulu. Yang uar-uarkan pembohongan ini pun adalah individu sama yang dikatakan nak 'pecat' atau kurangkan bilangan ramai kakitangan kerajaan.

"Tidak setakat itu juga, yang terbaru mereka mahu musnahkan ATOM pula," kata Ismail Sabri. ATOM, menurutnya, diperkenalkan bagi mengelakkan berlaku penipuan dalam jualan alat-alat ganti tulen kereta. Kadang-kala orang ramai terbeli kereta potong atau gear box yang rosak. Maka ATOM lah antara jawapan dalam meleraikan permasalahan ini.

Kerana itu, Ismail Sabri di Putrajaya tempoh hari menghuraikan fakta dalam menjawab dakwaan bahawa produk KR1M kononnya lebih mahal dari Carrefour. Berikut intipati penjelasannya:

1. Perbandingan harga tidak dibuat dengan produk yang setaraf dengannya (apple to apple).

l Perbandingan mestilah merupakan 'apple to apple' ataupun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan dan yang paling utama adalah kualiti. Di sini, perbandingan yang dibuat adalah tidak sama.

2. Perbandingan harga KR1M sepatutnya dengan jenama antarabangsa dan bukan dengan house/store brand.

l KR1M menunjukkan penjimatan di antara 30%-50% apabila dibandingkan dengan jenama popular ataupun jenama antarabangsa (misalnya Nestle, P&G dan Unilever). Pembangkang pula telah membandingkan jenama KR1M dengan jenama persendirian pasar raya lain (dalam kes iniu adalah jenama persendirian Carrefour Big Savers).

3. Perbandingan 23 barangan berkenaan tidak mengira aspek kualiti dan kuantiti.

a) Kualiti produk: Misalnya di antara Teh Ceylon KR1M telah dibandingkan dengan Teh Hitam dari Carrefour yang mana Teh Ceylon adalah dari Sri Lanka sepenuhnya dan lebih berkualiti dibandingkan dengan Teh Hitam yang merupakan gabungan sumber daripada Indonesia dan Sri Lanka.

b. Isi kandungan (berat dan isipadu). Misalnya di antara pekatan pencuci pinggan dan mangkuk KR1M (400g berharga RM1.90) dan Carrefour Savers (350g) yang berlainan isipadu, di samping kualiti pembungkusan pencuci pinggan mangkuk dari Carrefour adalah kurang bermutu justeru dapat mengurangkan kos. Carrefour Savers 400g adalah berharga RM2.15 yang jelas lebih mahal.

c. Maklumat khasiat. Misalnya di antara susu pekat KR1M dan krimer manis Carrefour di mana khasiat protein bagi produk KR1M adalah 2.0 manakala Carrefour adalah 1.6 menunjukkan kandungan protein jenama KR1M lebih berkhasiat.

d. Produk berlainan jenis. Misalnya seperti KR1M Chilled Fruit Juice Assorted 1Liter dengan kandungan 35% jus buah yang didinginkan berbanding produk Carrefour Delite 1Liter (5% kandungan jus) yang dijual pada suhu bilik sahaja.

e. Promosi. Misalnya peluntur pakaian Carrefour merupakan pek promosi (harga seunit R2.55) dan hanya untuk masa yang terhad sahaja/sementara stok masih ada. Produk KR1M pula berharga RM1.90 seunit dan adalah mengekalkan harga yang sama sepanjang masa.

4. Berkemungkinan terdapat penipuan pada harga barangan Carrefour yang sengaja direndahkan.

a. Krimer pekat manis 505g menyatakan harga RM2.25 manakala senarai yang diberikan pihak pembangkang adalah bernilai RM2.

b. Begitu juga dengan daging kisar lembu jenama Ramly yang menyatakan harga di resit sebanyak RM5.95 manakala senarai menunjukkan RM5.29.

c. Kentang goreng KK (1kg) di resit menunjukkan harga RM5.90 manakala senarai menunjukkan harga RM4.35.

d. Tisu tandas 200x10 di resit menunjukkan harga RM5.09 manakala senarai pembangkang menunjukkan RM4.90.

e. Minuman berkarbonat di resit menunjukkan harga RM2.05 manakala senarai pembangkang adalah RM1.95.

Pembangkang, kata Ismail Sabri akan terus memburukkan kerajaan - tidak kira sama ada siri sesuatu projek atau program bertujuan untuk manfaat orang ramai.

"Ini tidak pasal-pasal menuduh produk KR1M dicemari bakteria e-coli, tapi bila tanya makmal mana yang buat analisis ini, dia kata ada lah...ada lah tu di mana...tunjukkanlah bukti," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Mewujudkan Johor yang selamat

Posted:

Mewujudkan Johor yang selamat

Mewujudkan Johor yang selamat

Oleh NURUL HUDA HASSAN dan NOR AZAN FITRI
pengarang@utusan.com.my

JANGAN terkejut sekiranya ada sekumpulan pegawai dan anggota polis termasuk Ketua Polis Daerah (OCPD) mengetuk pintu rumah anda.

Kunjungan mereka bukan bermakna anda seorang penjenayah tetapi ia merupakan pendekatan terbaru yang diambil oleh polis Johor. Jadi, layanilah kunjungan mereka dengan baik dan mesra.

Pendekatan 'agresif tapi mesra' untuk mengenali penduduk sesuatu kawasan dengan lebih dekat itu diperkenalkan oleh pegawai polis nombor satu di Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Ia adalah cara terkini digunakan polis Johor bagi membanteras dan mengurangkan kadar jenayah sejajar usaha untuk mencapai sasaran ditetapkan kerajaan dalam Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA).

Program yang akan digerakkan tidak lama lagi itu dilihat lebih dekat dengan masyarakat memandangkan 'rombongan' terbabit bakal bertemu penduduk setempat dalam kumpulan kecil bagi mendengar pandangan serta masalah mereka. Ia membabitkan kawasan 'panas' yang dikenal pasti dan dijalankan pada hujung minggu, sekali gus menuntut pengorbanan besar daripada pihak polis kerana perlu mengetepikan masa bersama keluarga pada waktu itu.

"Ini tidak bermakna pendekatan lama tidak berkesan, tetapi ia antara langkah diambil kami untuk merancakkan lagi usaha yang digerakkan polis Johor sebelum ini. Kami ingin terus perangi jenayah," kata Mohd. Mokhtar kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, pendekatan 'mencegah lebih baik daripada merawat' iaitu dengan mengarahkan semua pegawai dan anggota mencari maklumat bagi langkah pencegahan dan sejak diperkenalkan pada tahun 2009 sebanyak 140,440 maklumat diperoleh.

Selain itu, polis Johor turut melancarkan pelbagai operasi berterusan dan pada masa sama meningkatkan kemahiran siasatan menerusi sains forensik supaya pengumpulan bahan bukti lebih banyak, sekali gus memudahkan penjenayah didakwa.

Sejak NKRA diperkenalkan, ia memberi nafas baru kepada polis mengoptimumkan penggunaan 'manpower' serta kepolisan bijak dan bermula dengan penambahbaikan itu Johor terus mencatatkan penurunan kadar jenayah memberansangkan, ujarnya.

"Sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, kita mencatatkan penurunan sebanyak 586 kes jenayah kekerasan dan menjadikannya 3,763 kes berbanding 4,349 tahun lalu.

"Bagi jenayah harta benda pula, kita berjaya menurunkan sebanyak 200 kes menjadikannya 13,700 kes berbanding 13,900 yang dicatatkan pada tahun sebelumnya," katanya.

Beliau berkata, dengan kadar itu Johor terus cemerlang terutamanya dalam menarik pelaburan kerana bagi pelabur perkara paling mustahak perlu diambil kira adalah keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

Menurutnya, Johor mencatat pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di negara ini terutamanya di Iskandar Malaysia yang kini mencecah RM76 bilion, sekali gus membuktikan bahawa negeri itu selamat bukan sahaja untuk dikunjungi malah didiami.

Sebagai contoh, jumlah rakyat Singapura sahaja yang memasuki negara ini mencecah 150,000 orang pada hari biasa dan 200,000 pada hujung minggu serta mereka juga merupakan antara pelabur tertinggi di Johor.

Justeru, tegasnya, dakwaan sesetengah pihak yang menggambarkan Johor tidak selamat adalah tidak benar sama sekali kerana penjenayah menjalankan 'kerja' mereka apabila wujudnya ruang dan peluang.

"Penjenayah tidak memilih dari mana awak datang atau sebagai contoh adakah anda rakyat Singapura ke, tentu tidak sama sekali. Mereka (penjenayah) ini ada peluang saja buat 'kerja' tak kira siapa," tegasnya.

Mohd. Mokhtar memberitahu, dalam melaksanakan tugas yang diberikan, beliau sering memberikan penekanan terhadap aspek integriti kerana ia merupakan kunci kepada sesuatu kejayaan.

"Kita bermula dengan integriti, kita boleh wujudkan pelbagai piagam atau program sekali pun, tetapi tanpa integriti, tanggungjawab yang diberikan tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved