Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Gerai mungkin dipindah

Posted:

Gerai mungkin dipindah

Gerai mungkin dipindah

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


M. SARAVANAN (kiri) menyempurnakan upacara melepaskan peserta yang menyertai gotong-royong membersihkan Bukit Bintang di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 13 Nov. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta mengkaji kemungkinan untuk menempatkan semula gerai-gerai di kawasan Bukit Bintang ke lokasi baru dan lebih sesuai sekiranya masalah kebersihan di kawasan itu masih berada pada tahap tidak memuaskan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, tindakan itu mungkin adalah lebih baik sekiranya dapat memberi jaminan tahap kebersihan di kawasan itu dikekalkan seterusnya dapat memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian.

Menurutnya, melalui pemerhatian serta aduan yang diterima sepanjang tiga bulan pertama daripada tempoh enam bulan tahun ini golongan penjaja adalah antara pencetus utama kepada masalah kebersihan di Bukit Bintang.

"Sehubungan itu kesemua pemilik premis dan penjaja di kawasan terlibat diingatkan lagi agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh DBKL dan mereka diberikan sehingga 31 Disember ini (untuk menjaga kebersihan) sebelum tindakan lebih tegas diambil ke atas mereka.

"Tempoh itu merupakan tiga bulan terakhir daripada jangka masa enam bulan bermula Jun lalu yang diberikan oleh kesemua pihak termasuk DBKL dan Alam Flora bagi memastikan kawasan Bukit Bintang bersih dan indah," katanya pada sidang media selepas merasmikan gotong-royong Jom Bersih Bukit Bintang di sini semalam.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Penganjur Komuniti Persekitaran Bukit Bintang Central, Simon Leong; Pengarah Jabatan Kesihatan DBKL, Dr. Sallehudin Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan.

Saravanan menambah, sepanjang tempoh tiga bulan ini DBKL dan Alam Flora telah cuba sedaya-upaya untuk memastikan Bukit Bintang berada dalam keadaan bersih, namun sikap degil segelintir pemilik premis dan penjaja terutama di lorong-lorong belakang menjadikan masalah itu terus berulang.

"Sepanjang tempoh tiga bulan pertama sebanyak 1,959 notis dikeluarkan kepada penjaja yang gagal mematuhi peraturan kebersihan, 985 notis bagi kesalahan gerai dikendalikan individu berstatus bukan warga negara, diikuti 91 notis bagi kesalahan membuang sampah secara haram," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Alam Flora nafi kenyataan Ronnie

Posted:

Alam Flora nafi kenyataan Ronnie

Alam Flora nafi kenyataan Ronnie

SHAH ALAM 13 Nov. - Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menafikan dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu yang kononnya pihaknya tidak mempunyai pilihan lain selain perlu menyediakan perkhidmatan memungut sampah sendiri selepas syarikat itu menamatkan perkhidmatan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Zain Hassan berkata, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007(Akta 672) memperuntukkan kerja-kerja memungut sampah dan pembersihan awam perlu dilakukan bersama.

Bagaimanapun, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengambil alih kerja-kerja pembersihan pada 1 Ogos lalu dan pihaknya menghormati keputusan tersebut.

"Selain itu, kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk mengambil alih kerja-kerja memungut sampah berkuat kuasa pada 16 Oktober lalu dan kami yakin dengan keputusan bahawa kerajaan negeri telah bersedia untuk melaksanakannya.

"Perkara ini juga telah disahkan melalui sepucuk surat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 14 September lalu yang memaklumkan mengenai tarikh pengambilalihan tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini Ronnie mendakwa pihaknya tidak berhasrat untuk menarik semula perkhidmatan memungut sampah daripada Alam Flora.

Kata Ronnie, pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya hanya mengambil alih kerja-kerja pembersihan awam seperti memotong rumput dan membersih longkang berkuat kuasa pada 1 November lalu.

Tambah Ronnie, Alam Flora bagaimanapun telah memberhentikan kerja-kerja memungut sampah bermula 15 Oktober lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Pokok hempap harta benda dalam kejadian ribut, hujan batu di Subang Jaya

Posted:

Pokok hempap harta benda dalam kejadian ribut, hujan batu di Subang Jaya

Pokok hempap harta benda dalam kejadian ribut, hujan batu di Subang Jaya


Beberapa sukarelawan bergotong-royong memotong pokok yang tumbang akibat ribut di USJ 9, Subang Jaya, semalam.


SUBANG JAYA 13 Nov. - Penduduk di USJ 9 di sini bukan sahaja dikejutkan dengan angin kencang, malah kediaman mereka turut ditimpa hujan batu, petang ini.

Kejadian hujan batu kira-kira 10 minit yang disertai angin kencang itu berlaku kira-kira pukul 3 petang.

Ia mengakibatkan sebatang pokok tumbang dan menimpa sebuah rumah dan kereta milik seorang penduduk di kawasan itu.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, tiada kecederaan dilaporkan.

Seorang penduduk, S. Dhanabalan, 45, berkata, dalam kejadian itu, sebatang pokok berusia 40 tahun yang terletak berhadapan kediamannya tumbang dan menimpa kereta dan bumbung rumahnya.

Ketika angin kencang melanda kawasan itu, katanya, dia berada di dalam rumah bersama keluarga kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

"Sejak saya tinggal di sini lapan bulan lalu, ini kali pertama angin kencang sebegini kuat melanda kawasan rumah kami.

"Saya kemudian naik ke tingkat atas dan nampak lampu bilik berkelip-kelip. Saya syak sesuatu yang buruk berlaku. Sebaik sahaja saya menjenguk di luar rumah, saya nampak sebatang pokok tumbang dan menimpa bumbung rumah dan kereta saya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Dhanabalan, kejadian itu mengakibatkan dia mengalami kerugian harta benda yang dianggarkan sebanyak RM5,000.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kawasan itu petang ini mendapati, pokok yang tumbang itu menghempap kereta jenis Proton Saga milik Dhanabalan dan bumbung rumahnya.

Selain kawasan USJ 9, ribut serta angin kencang yang disusuli dengan hujan batu itu turut melanda beberapa buah kawasan di sekitar Subang Jaya, antaranya USJ 2 dan USJ 4.

Sementara itu, isteri Dhanabalan, K. Kalaichelvi, 39, bersyukur kerana tiada kemalangan yang buruk berlaku dan menerima dengan tenang kejadian pokok tumbang menimpa rumah dan keretanya.

"Asalkan kami sekeluarga terselamat ia sudah cukup. Saya tak pernah mengalami hujan batu serta angin kencang yang kuat dan menakutkan seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Azman Mohd. Zin ketika ditemui di salah satu lokasi bencana itu memberitahu, terdapat empat lagi kes pokok tumbang berlaku di sekitar Subang Jaya petang ini.

"Daripada empat kes itu, hanya satu kejadian yang mengakibatkan kerosakan harta benda iaitu di USJ 9.

"Dalam kejadian ini, kami turut meminta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya untuk membersihkan pokok yang tumbang," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved