Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kerjasama UDA-JCorp

Posted:

Kerjasama UDA-JCorp

Kerjasama UDA-JCorp

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


Abdul Ghani Othman (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara Yahya Yaacob (dua dari kiri) yang mewakili UDA Holdings dengan Ahmad Zaki Zahid dari Damansara Assets sambil diperhatikan oleh Nur Jazlan Mohamed di Tampoi, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 12 Nov. - UDA Holdings Bhd. (UDA) dan Johor Corporation (JCorp) bekerjasama membangunkan projek pembangunan bercampur bernilai RM280 juta melibatkan pusat perniagaan dan kediaman di Pusat Bandar Tampoi, di sini.

Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerjasama itu melibatkan pembangunan dua plot iaitu Plot 1 dan Plot 2 di atas tapak seluas 12.96 hektar yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, Plot 1 akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Plot 1A yang meliputi pembangunan pusat perniagaan dua tingkat dengan kemudahan 250 unit tempat letak kenderaan dan dihubungkan dengan sebuah jambatan pejalan kaki ke Plaza Angsana serta dilengkapi terminal pengangkutan awam.

"Dua blok servis apartmen setinggi 31 tingkat yang merangkumi 576 unit kediaman pula akan dibina di Plot 1B di atas tanah seluas 0.8 hektar dengan kos pembinaan sebanyak RM65 juta. Plot 2 pula melibatkan pembangunan 64 unit kedai pejabat tiga tingkat serta 16 unit kedai pejabat empat tingkat.

"Plot 1A akan dibangunkan oleh anak syarikat JCorp iaitu Damansara Assets Sdn. Bhd. manakala Plot 1B dibangunkan secara bersama oleh Damansara Assets dan UDA. Plot 2 pula akan dibangunkan secara bersama oleh Johor Land Berhad dan UDA," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Pembangunan Pusat Bandar Tampoi antara Damansara Assets, UDA dan Johor Land, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Nur Jazlan berkata, pembangunan projek berkenaan akan menjadi pelengkap kepada Plaza Angsana dan ia bakal menjadi tumpuan penduduk tempatan serta pelancong terutamanya dari Singapura untuk membeli belah kerana kedudukannya yang strategik.

Beliau berkata, pembangunan itu juga akan memberi manfaat kepada orang ramai selain kemudahan kediaman baru dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan serta pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

"UDA dan JCorp masing-masing komited untuk menjayakan projek pembangunan itu bagi membantu mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik. Projek ini juga membuktikan UDA mampu untuk bersaing dan pada masa sama meneruskan agenda bumiputeranya," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

MAINJ yakin kutip RM135 juta

Posted:

MAINJ yakin kutip RM135 juta

MAINJ yakin kutip RM135 juta

MUAR 12 Nov. - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjaya mencatatkan pungutan zakat sebanyak RM110.2 juta daripada lebih 55,000 pembayar hingga Oktober lalu dan jumlah itu dijangka mencapai sasaran RM135 juta untuk tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sasaran pungutan itu adalah peningkatan 10 peratus daripada jumlah RM122.3 juta pada tahun lalu dan ia amat penting untuk dicapai bagi menjayakan pembangunan asnaf zakat.

"Namun begitu, kami masih belum boleh berpuas hati dengan pencapaian ini kerana jika dikaji dari segi prospek pembayar zakat, masih terdapat ramai golongan yang bekerja dan berpendapatan tinggi dalam sektor awam serta swasta yang masih belum menyempurnakan kewajipan ini terutamanya zakat pendapatan.

"Sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran umat Islam, kempen dan dakwah zakat akan terus diperhebatkan.

''MAINJ juga menyediakan pelbagai saluran untuk bayaran zakat, antaranya, potongan gaji atau Skim Infaq, bayaran melalui kaunter bank, pejabat pos dan perbankan Internet," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Bantuan Pakaian Sekolah 2012 dan Pembukaan Akaun Tabung Haji Pelajar Sekolah Agama Negeri Johor di Dewan Seri Maharani, Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini semalam.

Program bantuan pakaian sekolah yang menelan kos RM1.9 juta itu melibatkan 13,089 pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh negeri ini.

Pada majlis itu, Zainal Abidin turut menyerahkan bayaran pembukaan akaun Tabung Haji kepada 1,000 pelajar sekolah agama, insentif amil institusi yang berjumlah RM55,800 kepada 154 sekolah di daerah Muar dan Ledang serta bantuan pendaftaran di institusi pengajian tinggi kepada 10 pelajar.

Menurutnya, peranan zakat amat besar dalam membela golongan asnaf terutamanya fakir miskin dan mualaf di samping pembangunan pendidikan dan syiar Islam melalui asnaf fisabilillah.

"Sebanyak RM159 juta telah diperuntukkan pada tahun ini bagi membiayai aktiviti asnaf zakat berbanding perbelanjaan sebanyak RM117.4 juta pada tahun lalu.

"Secara terperinci, agihan zakat untuk asnaf bagi tahun ini ialah untuk fakir sebanyak RM15.2 juta, miskin (RM35 juta), amil (RM16.2 juta), mualaf (RM11.1 juta), gharim (RM4 juta), ibnu sabil (RM400,000) dan fisabilillah RM77.8 juta," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved