Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


36,000 dapat manfaat

Posted:

36,000 dapat manfaat

36,000 dapat manfaat

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


DOUGLAS Uggah Embas (tengah) mendengar penerangan Ahmad Husaini Sulaiman (dua dari kiri) berhubung pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir bagi Sungai Kuala Muda di Kota Kuala Muda, Kedah, baru-baru ini.


SUNGAI PETANI 15 Okt. - Lebih 36,000 penduduk yang mendiami tebing Sungai Muda di Kedah dan Pulau Pinang telah mendapat manfaat melalui projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Muda meskipun pelaksanaannya belum siap sepenuhnya.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pakej pertama projek meliputi bahagian hulu Kedah di Sik, Baling hingga Padang Serai telah berjaya disiapkan, sementara pakej hilir bermula dari Jambatan Sidam ke muara sungai dijangka siap tahun depan.

"Pakej hilir sepanjang kira-kira 40 kilometer menelan kos RM450 juta kini sudah 56 peratus siap dan ia dijangka selesai mengikut jadual pada 2013 nanti.

"RTB dapat menyelesaikan masalah banjir yang melanda Kedah dan Seberang Perai, Pulau Pinang sejak 10 tahun lalu," jelasnya selepas menyusuri muara Kuala Muda di Kota Kuala Muda dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Aziah Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Ahmad Husaini Sulaiman.

Projek RTB Sungai Muda dimulakan pada 2001 bertujuan menyediakan infrastruktur bagi menangani banjir besar yang sering berlaku terutama pada musim tengkujuh.

Antara komponen utama RTB adalah pembinaan ban, pintu kawalan air, rumah pam, pusat navigasi dan kerjakerja mendalam serta melebarkan Sungai Muda.

Douglas berkata, pelaksanaan projek terbabit mengalami sedikit kelewatan pada peringkat permulaan berikutan beberapa masalah teknikal.

Katanya, antara masalah itu adalah isu pemindahan penduduk di tebing sungai, pengambilan tanah, pampasan dan aktiviti mengorek pasir oleh pengusaha tempatan.

"Bagaimanapun, isu berbangkit itu berjaya diselesaikan dan pihak kontraktor projek berjaya mengatasi masalah pemindahan penduduk melibatkan kira-kira 800 keluarga serta soal pembayaran pampasan," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Gangguan air di Yan, Kuala Muda malam ini

Posted:

Gangguan air di Yan, Kuala Muda malam ini

Gangguan air di Yan, Kuala Muda malam ini

ALOR SETAR 15 Okt. - Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di daerah Yan dan Kuala Muda bermula pukul 9 malam esok hingga 6 pagi keesokannya.

Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Rofedi Sulaiman berkata, gangguan akibat kerja-kerja memotong dan menyambung paip utama 750 milimeter di Kampung Baru Jenun adalah untuk projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik.

Katanya, kawasan terlibat meliputi daerah Yan, Kota Sarang Semut dan Gurun.

"Antara kawasan terlibat adalah dari Batu 18 Yan ke Taman Desa Kamela, Kota Sarang Semut ke Batu Menunggul, Jalan Simpang Empat ke Tokai dan Jalan Kangkong, Jalan Kuala Sala, Jalan Tebengau dan kawasan sekitarnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, turut terlibat Petronas Fertulizer, kilang Nafas, Taman Jerai, Taman Jerai Mas, Kampung Guar Nenas, Kampung Guar Station, Kampung Jerai Maju, Kampung Sungai Ibor dan Taman Jerai Heights.

Sehubungan itu, SADA menasihatkan pengguna di kawasan terbabit menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah," katanya.

Rofedi memberitahu, SADA memohon maaf di atas kesulitan yang timbul dan sebarang aduan serta pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi pusat informasi syarikat itu di 1-300-88-0017.

Full content generated by Get Full RSS.

1,000 sertai Hari Potensi Kemas Kedah

Posted:

1,000 sertai Hari Potensi Kemas Kedah

1,000 sertai Hari Potensi Kemas Kedah

BALING 15 Okt. - Hampir 1,000 kanak-kanak dari taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh Kedah mengambil bahagian dalam enam acara pada Hari Potensi Kemas di sini hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, bakat dan kecemerlangan kanak-kanak boleh ditampilkan melalui aktiviti anjuran Kemas.

"Bukan sahaja ibu bapa dan guru, kanakkanak itu sendiri boleh menterjemahkan kemahiran mereka melalui program ini.

"Kita perlu berbangga kerana memiliki anak-anak yang berpotensi untuk diserlahkan bakat mereka," katanya sewaktu menutup majlis itu di Dewan Tun Razak di sini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Kemas Kedah, Che Kamaruddin Che Ismail.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved