Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Saiz lot gerai Bazaria sesuai

Posted:

Saiz lot gerai Bazaria sesuai

Saiz lot gerai Bazaria sesuai


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan sumbangan kepada golongan OKU pada Program Info Bestari di PPR Pantai Ria, Lembah Pantai semalam. - utusan/Wan Naqiuddin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR 16 Okt. - Keluasan setiap lot gerai yang disediakan kerajaan di Bazaria, Lembah Pantai adalah sama dengan saiz lot niaga di kawasan lain.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ruang itu mencukupi untuk penjaja menjalankan aktiviti perniagaan dan membolehkan lebih ramai penjaja mendapat peluang berniaga.

"Kalau setiap gerai besar sangat, tidak ramai penjaja jalanan yang dapat ditempatkan di situ dan masalah penjaja jalanan di sekitar kawasan itu tidak akan selesai.

"Sebenarnya, usaha ini bertujuan mengurangkan masalah gerai tepi jalan yang mengganggu lalu lintas di Jalan Bukit Permai. Ada penjaja di situ meletakkan kerusi dan meja sehingga di bahu jalan dan ia menganggu kelancaran lalu lintas," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Info Bestari anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Komuniti 1Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kritikan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar bahawa gerai di tapak baru terlalu kecil sebagai tidak berasas.

"Beliau hanya pandai mempersoal serta mencari kesalahan projek kerajaan untuk keselesaan rakyat di seluruh negara dan Lembah Pantai.

"Hakikatnya, tapak Bazaria disediakan kerana permintaan penjaja dan penduduk sendiri yang mana ia dapat mengatasi pelbagai masalah lain seperti isu kebersihan dan isu sosial lain dapat diatasi," katanya.

Sementara itu, mengenai tindakan DBKL membekukan sementara tawaran menduduki unit rumah PPR, beliau menjelaskan langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan unit sedia ada.

"Kami mendapati terdapat rumah PPR yang menghadapi masalah vandalisme dan rakyat marah apabila mereka ditawarkan rumah yang tidak sempurna.

"Sehubungan itu, saya telah mengarahkan supaya keadaan itu diatasi segera untuk keselesaan (bakal) penghuni," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Paksaan bapa selamatkan dua beradik

Posted:

Paksaan bapa selamatkan dua beradik

Paksaan bapa selamatkan dua beradik

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Seorang bapa tidak menyangka tindakan memaksa dua anaknya untuk membantu berniaga kuih di pasar tani di Stadium Shah Alam, berjaya menyelamatkan mereka daripada rentung dalam kebakaran rumahnya di Taman Murni, Batu 10 Hulu Langat, di sini hari ini.

Kebakaran pada pukul 7 pagi itu turut menyebabkan kerosakan tiga buah rumah teres yang terletak bersebelahan.

Mohd. Zamri Wahab, 41, berkata, dia terpaksa memaksa kedua-dua anaknya itu untuk bangun pada pukul 6 pagi bagi membantunya berniaga selepas mereka enggan berbuat demikian.

"Ketika sedang berniaga, jiran menelefon dan memaklumkan rumah kami terbakar. Api dipercayai bermula dari bilik anak saya," katanya kepada pemberita.

Tambahnya, apabila pulang dan melihat kerosakan yang berlaku dia bersyukur kerana membawa dua anak lelakinya memandangkan kedua-dua remaja itu berisiko menjadi mangsa kebakaran jika masih tidur.

Katanya, ketika kebakaran berlaku rumah itu tidak berpenghuni kerana secara kebetulan isteri dan dua lagi anak perempuannya bermalam di rumah saudara mereka di Wangsa Maju.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ahmad Syauqi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kebakaran tersebut pada pukul 7.05 pagi.

"Sejurus tiba, bomba mengambil masa selama 20 minit untuk mengawal dan memadam sepenuhnya api yang marak.

"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari bilik sebuah rumah sebelum api merebak dan merosakkan ruang tingkat atas tiga buah rumah yang terletak bersebelahan," katanya.

Ujarnya, seramai 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang serta Taman Segar terlibat dalam operasi yang menggunakan tiga buah jentera.

Full content generated by Get Full RSS.

Persatuan penjaja akhbar rai AJK SWINVA

Posted:

Persatuan penjaja akhbar rai AJK SWINVA

Persatuan penjaja akhbar rai AJK SWINVA

KLANG 16 Okt. - Sebanyak 400 vendor dan ahli keluarga mereka hadir pada majlis makan malam anjuran Persatuan Penjaja Akhbar Klang yang diadakan di Klang Eksekutif Club (KEC), Klang, baru-baru ini.

Presiden Persatuan Penjaja Orang-orang India Selangor dan Wilayah (SWINVA), Datuk Dr. N. Muneandy berkata majlis itu begitu bermakna kerana ia merupakan pertama kali diadakan selepas pemilihan jawatankuasa pusat SWINVA pada akhir September lalu.

Katanya, kehadiran semua ahli jawatankuasa pada majlis itu begitu bermakna dan sebagai tanda sokongan juga kepada rakan-rakan yang baru dilantik.

"Saya berharap barisan kepimpinan baru ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah," katanya dalam ucapan alu-aluannya pada majlis itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Presiden SWINVA, Arumugam Vellayan dan Pengerusi Persatuan Penjaja Akhbar Klang dan Shah Alam, M. Perumal.

Kumpulan Utusan turut memeriahkan majlis itu, dengan diwakili oleh Pengurus Kanan Pengedaran, Hasmadi Hassan, Pengurus Pemasaran Wilayah Tengah, Rosman Zulkifli bersama pegawai-pegawai kanan Wilayah Zon Tengah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved