Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Komputer untuk bisnes

Posted:

Komputer untuk bisnes

Komputer untuk bisnes

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

HP kini mengembangkan perniagaan komputer peribadi (PC) Elite dengan PC industri semua-dalam-satu (AiO) yang pertama menggunakan Intel Core generasi kedua teknologi vPro.

Model berkenaan mempunyai keupayaan 40 peratus lebih baik, 15 peratus akses pemacu keras lebih pantas dan mengurangkan downtime melalui pengurusan teknologi maklumat mudah alih.

Sesuai untuk perniagaan kecil dan sektor awam HP Compaq 8200 Elite, AiO menawarkan pencapaian yang tinggi, keselamatan dan fungsi pengurusan mudah alih selain perkakasan bersepadu yang membenarkan hubungan antara perniagaa dengan pekerja di pejabat antara bandar atau di seluruh dunia.

Pengarah Pemasaran Komputer Meja Komersial HP, Jeff Groudan berkata, kemunculan komputer Elite membuktikan komitmen HP bagi menghasilkan pengkomputeran untuk golongan itu yang cemerlang.

"HP Compaq 8200 Elite All-in-One mempamerkan inovasi perkakasan dan perisian bagi kategori AiO.

"Rekaan nipis, fleksibel dan sesuai untuk perniagaan," katanya.

Menampilkan monitor LED definisi tinggi penuh (full HD) 23 inci,model berkenaan dilengkapi kamera video bersepadu, mikrofon dan pembesar suara bagi komunikasi empat mata.

SRS Premium Sound adalah untuk mendapatkan pengalaman bunyi sempurna dengan bunyi persekitaran.

Ia juga datang dengan lesen HP Virtual Room selama setahun, membolehkan persembahan slaid, mesyuarat kumpulan, latihan dan kelas dalam pusat persidangan dalam talian mudah digunakan.

HP Compaq 8200 Elite semua dalam satu datang dengan jaminan tiga tahun bagi alat ganti dan tenaga kerja pada perkhidmatan di lapangan.

Ia memberikan sokongan pelanggan premium melalui HP Total Care dan HP Care Pack Services dan menawarkan kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding jaminan standard bagi membantu memaksimumkan pelaburan di masa akan datang.

Tambahan kepada AiO yang pertama ke HP Compaq 8200 Elite Desktop Series, HP Compaq 8200 Elite menyokong pemprosesan Intel terkini dan chipset Intel Q67 Express kepada keupayaan memaksimumkan keupayaan pengkomputeran.

Ia juga menggunakan Intel Turbo Boost Technology 2.0 dan Intel Hyper-Threading Technology untuk meningkatkan pelbagai tugas secara bersepadu.

Mudah diguna dan diuruskan, HP Compaq 8200 Elite dilengkapi Intel Standard Manageability dan ciri HP BIOS bersama-sama dengan teknologi Intel vPro bagi membolehkan pengurusan komputer mudah alih dan isu resolusi.

HP Compaq 8200 Elite All-in-One juga menunjukkan peralatan keselamatan HP Elite-class bagi membantu melindungi data perniagaan yang kritikal.

Ini termasuk cip keselamatan standard TPM 1.2 bagi enkripsi berasaskan perkakasan serta meningkatkan enkripsi peribadi melalui pakej penuh HP ProtectTools termasuk HP DriveLock, HP Digitalpass dan HP Face Recognition.

Bagi pelanggan perniagaan kecil dan sederhana yang mencari penyimpanan data, perkongsian fail yang fleksibel, model tersebut menyokong sehingga sistem memori 8GB DDR3 SDRAM PC3-1333 dan dua slot memori, slot mini PCI Express (PCIe) dan pemacu.

Ia juga menawarkan pilihan kapasiti Solid State Drive (SSD) bagi akses data lebih laju, senyap dan sejuk berbanding pemacu keras standard.

Harganya bermula dengan RM3,288 dan telah berada di pasaran.

Full content generated by Get Full RSS.

Uniten hasilkan kereta solar

Posted:

Uniten hasilkan kereta solar

Uniten hasilkan kereta solar

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menunjukkan tanda bagus semasa melawat kereta solar Solar Ranger 2 hasil kerja tangan pelajar Uniten di pameran IGEM baru-baru ini.


MELIHAT kepada kesungguhan pelajar-pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) memberi penerangan mengenai kereta solar hasil kerja tangan mereka baru-baru ini cukup mengujakan penulis untuk mendekati mereka.

Pelajar terbabit merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan Solar Ranger yang memberikan penerangan kepada pengunjung Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa (IGEM) yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Diasaskan pada tahun 2003, kumpulan berkenaan mendapat nasihat daripada pensyarah daripada Kolej Kejuruteraan Pelbagai Pengkhususan.

Semuanya bagi menyahut cabaran Cabaran Kereta Solar Dunia 2011 yang sedang berlangsung bermula 16 hingga 23 Oktober ini.

Pertandingan berkenaan secara tidak langsung menawarkan pengalaman terbaik kepada pelajar.

Kumpulan Solar Ranger mereka bentuk kereta lumba solar daripada sifar berbekalkan pengalaman dan pelajaran berasaskan inovasi sehingga kereta berkenaan berjaya dipandu.

Selain mendapat khidmat nasihat daripada pensyarah, kumpulan berkenaan juga bekerjasama dengan pakar-pakar industri bagi mengatasi cabaran yang dihadapi semasa menjalankan projek berkenaan.

Ahli kumpulan berkongsi sasaran yang sama bagi merekabentuk, membina, menguji dan berlumba menggunakan kereta berkuasa solar.

Sasaran kumpulan adalah untuk mengajar dan memimpin bagi generasi profesional akan datang di negara ini.

Sehingga kini sebanyak 10 buah kereta telah dibina sebagai prototaip dan dinamakan Solar Ranger 2.

Projek yang mengambil masa selama 24 bulan ini memakan kos sehingga RM40,000 dan kereta berkenaan telah berjalan sejauh 500 kilometer (km).

Kereta solar yang diperbuat daripada gentian kaca menggunakan hanya tiga biji tayar dengan tayar depan daripada aloi manakala depan aluminium.

Kereta solar yang mempunyai berat hanya 280 kilogram berbanding 400 kilogram semasa dipertandingkan sebelum ini.

Kereta solar yang panjangnya 4.95 meter (m), lebar 1.75 m dan tinggi 0.5m boleh memuatkan satu atau dua penumpang dan pemandu.

Pelajar tahun satu, dua dan tiga dalam pelbagai bidang pengkhususan bekerjasama menghasilkan kereta solar untuk dipertandingkan semasa Solar Challenge buat kali kedua.

"Semuanya bermula dengan perbincangan pada tahun 2010 dan mengambil masa tiga bulan hanya untuk merangka badan kereta yang menggunakan 167 keping panel solar.

"Badan kereta diperbuat daripada gentian kaca seberat 240 kilogram berbanding 400 kg sebelum ini," kata Aza Alzizul Zarith Zainal Azhar, 25 selaku pemandu ke dua.

Selain Aza Alzizul Zarith, tiga lagi peserta adalah Ahmad Shamimi Shahir Murat, 24, Mohd. Azuan Fauzuddin, 22, dan Mohd. Fuad Mohd. Shari, 22.

Berat bateri yang digunakan sebelum ini adalah 80 kg berbanding 50 kg sekarang.

Kos membuat kereta berkenaan kira-kira RM400,000.

"Kami berharap akan dapat menghabiskan perlumbaan sejauh 3,000 kilometer merentasi benua Australia," katanya.

Pembaca boleh mendapatkan maklumat tambahan mengenai kereta solar Uniten di solar.coe.edu.my atau facebook.com/solar.ranger sebagai tanda sokongan kepada pasukan tanah air.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved