Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Hayati ajaran al-Quran

Posted:

Hayati ajaran al-Quran

Hayati ajaran al-Quran

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelajar sekolah yang mengambil bahagian sempena Program Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Johor Bahru 2011 di Masjid Jamek Taman Perling, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/BAAZLAN IBRAHIM


JOHOR BAHRU 15 Okt. - Kesedaran terhadap kepentingan menghayati serta mengamalkan ajaran al-Quran perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam kalangan masyarakat Islam negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, penghayatan kitab suci itu amat penting dalam membentuk akhlak dan peribadi terpuji umat.

Menurutnya, masyarakat Islam tidak sewajarnya hanya tahu membaca sahaja tetapi perlu melaksanakan segala tuntutan yang terkandung di dalam al-Quran kerana ia merupakan satu kewajipan.

"Sebagai umat Islam, kita seharusnya menjadikan al-Quran sebagai pembentuk akhlak dan peribadi.

"Saya berharap kitab suci ini diletakkan di tempat yang betul dalam masyarakat," katanya semasa menutup Program Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Johor Bahru di Masjid Jamek Taman Perling di sini hari ini.

Seramai 1,000 murid tahun empat, lima dan enam serta 500 guru dari 66 sekolah rendah dari seluruh daerah ini mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru itu merupakan kesinambungan program J-Qaf di sekolah rendah dan salah satu usaha meningkatkan pencapaian murid dalam bacaan al-Quran.

Zainal Abidin berkata, majlis berkenaan itu bertujuan merealisasikan matlamat untuk menjadikan golongan muda sebagai generasi al-Quran.

Beliau berkata, program seumpama itu diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan generasi hari ini mampu membaca kitab suci itu dengan lancar serta menjadikannya sebagai amalan sepanjang hayat.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk Sedeli didedah bahaya dadah

Posted:

Penduduk Sedeli didedah bahaya dadah

Penduduk Sedeli didedah bahaya dadah

KOTA TINGGI 15 Okt. - Lebih 300 penduduk Sedeli Besar dekat sini menghadiri Forum Perbincangan Berkaitan Dadah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi, baru-baru ini.

Program anjuran bersama Parlimen Kota Tinggi dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sedeli Besar di Dataran Sedeli itu turut dihadiri 38 pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar.

Forum bertajuk Tabiat Tak Pa, Masyarakat Binasa itu dikendalikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Kota Tinggi, Mohd. Taufik Kiyai Samsudin dan tiga ahli panel iaitu Pengarah AADK negeri, Sidek Jaafar; Ketua Jabatan Siasah Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail Al-Qudsi serta Pengarah Cure & Care Service (CCSC) Chow Kit Kuala Lumpur, Raja Azizan Raja Suhaimi.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar yang merasmikan forum itu berkata, kerajaan mengambil pelbagai langkah termasuk pencegahan, program pemulihan, hukuman berat kepada pengedar dan melancarkan program kesedaran bagi mendidik masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

"Menerusi pendidikan dan komunikasi, kita hendaklah menjelaskannya kepada semua lapisan masyarakat tentang tanggungjawab dan peranan mereka memberi pengetahuan tentang bahaya dadah dan kesannya," kata beliau.

Pada majlis itu, Syed Hamid turut menyumbangkan wang tunai RM3,000 kepada AADK untuk melaksanakan program tersebut.

Seorang penduduk, Mohamad @ Kamaruddin Embong, 63, menyifatkan program itu sebagai langkah yang tepat dan sesuai bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya dan ancaman dadah.

"Selain memupuk semangat dan kepercayaan antara ibu bapa dan anak-anak tentang konsep keluarga tanpa dadah, hadirin juga dapat bertukar-tukar pengalaman dan idea mengenai pendidikan anak-anak supaya tidak terjebak dalam penyalahgunaan najis dadah," katanya.

Sementara itu, seorang pelatih IKBN Bandar Penawar, Abd. Halim Mohd. Aznan, 18, pula berkata, dia dan rakan-rakan mendapat banyak maklumat berguna mengenai bahaya dadah dan kesannya kepada diri, masyarakat dan negara daripada forum tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved