Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


JPJ sita 20 motosikal

Posted:

JPJ sita 20 motosikal

JPJ sita 20 motosikal

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


Beberapa penunggang dikenakan saman dan motosikal mereka disita akibat tiada cukai jalan pada Operasi Bersepadu JPJ dan AADK di Jalan Tahan, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 16 Okt. - Sebanyak 20 buah motosikal disita dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jerantut di Jalan Tahan, di sini kelmarin.

Operasi yang bermula pukul 3 petang itu diketuai Pegawai Penolong Penguat Kuasa JPJ Jerantut, Zunaidi Mohamed Kassim bersama 10 anggotanya manakala AADK pula disertai seramai 20 petugas.

Menurut Zunaidi, sebanyak 180 motosikal dan 120 kereta diperiksa dalam operasi yang dijalankan selama empat jam itu.

Katanya, sebanyak 87 saman dikeluarkan kepada pemandu kerana tidak mempunyai lesen memandu manakala 70 saman lagi dikenakan ke atas pemandu kerana cukai jalan tamat tempoh.

"Kita juga mengeluarkan 10 notis saman kepada pemandu yang mengubahsuai nombor plat pendaftaran kenderaan tanpa mematuhi ukuran ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas berakhir operasi di Jalan Tahan, di sini semalam.

Menurut beliau, operasi berkenaan juga mengenakan tindakan terhadap 15 kereta yang bercermin gelap dan 10 saman ke atas kenderaan diubahsuai tanpa kebenaran JPJ.

Jelasnya, semua saman berkenaan dikeluarkan di bawah peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam operasi berjadual kali ketiga di sini selepas pelaksanaan Ops Sikap pada musim perayaan lepas.

Katanya, pemilik motosikal yang disita akibat cukai jalan yang tamat tempoh melebihi setahun perlu datang ke pejabat cawangan JPJ di situ untuk memperoleh surat pengesahan sebelum memperbaharui cukai jalan motosikal masing-masing.

Katanya, seramai lapan pemandu dan penumpang didapati positif dadah dalam pemeriksaan air kencing yang dilakukan oleh petugas ADDK.

Full content generated by Get Full RSS.

MB lawat kawasan banjir lumpur minggu depan

Posted:

MB lawat kawasan banjir lumpur minggu depan

MB lawat kawasan banjir lumpur minggu depan

KUANTAN 16 Okt. - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dijangka melawat tapak kilang pemprosesan bijih besi Phoenix Lake Sdn. Bhd., yang mengakibatkan banjir lumpur di kawasan terbabit minggu depan.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku di sekitar Srijaya, Maran baru-baru ini adalah takdir kerana pihak pengurusan syarikat terbabit sudah mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.

Beliau berkata, syarikat perlombongan tersebut sudah melaksanakan satu prosedur sempurna, namun, malangnya kejadian tanah runtuh berlaku di situ.

"Saya sudah melihat laporan mengenai operasi perlombongan itu dan mengakui syarikat berkenaan menjalankan kaedah betul termasuk penggunaan kolam rawatan yang mengeluarkan air bersih," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kelmarin, Kumpulan ZCM memohon maaf kepada penduduk di sekitar Sri Jaya, Maran berikutan insiden banjir lumpur Ahad lalu yang berlaku disebabkan dinding salah sebuah kolam di tapak kilang pemprosesan bijih besi milik anak syarikatnya pecah.

Presidennya, Datuk Seri Tan Hoe Beng berkata, pihaknya mengakui kejadian di kilang Phoenix Lake Sdn. Bhd. yang berkeluasan 68.26 hektar itu telah menjejaskan aktiviti penduduk dan pengguna jalan raya di sekitar kawasan perlombongan itu.

Dalam pada itu, Adnan juga memuji tindakan syarikat terbabit memberi pampasan kepada penduduk terbabit yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Katanya, bagaimanapun syarikat tersebut perlu membuat kajian dan ujian bagi mengukuhkan kolam bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.

Full content generated by Get Full RSS.

Waspada peminta derma depan bank

Posted:

Waspada peminta derma depan bank

Waspada peminta derma depan bank

TEMERLOH 16 Okt. - Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sindiket memungut derma di kawasan tumpuan awam seperti di depan pintu masuk bank, stesen minyak, pusat beli-belah dan perhentian bas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor berkata, siasatan pihaknya mendapati kutipan derma tersebut yang didakwa untuk membina masjid dan rumah anak-anak yatim termasuk di selatan negara jiran adalah meragukan.

Katanya, ia berdasarkan tindak-tanduk mereka yang akan mengelak atau melarikan diri apabila diminta menunjukkan surat kebenaran mengutip derma yang dikeluarkan pihak berkuasa.

"Daripada beberapa pemeriksaan yang dibuat baru-baru ini mendapati mereka tidak mempunyai surat kebenaran yang sepatutnya diperoleh daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP) jika ingin memungut derma di negeri ini.

"Sebaliknya, surat kebenaran yang dipamerkan kepada orang ramai adalah palsu dan surat pendua yang telah diubah tarikh dan isi kandungannya," katanya di sini.

Menurut beliau, orang ramai yang ingin menderma perlu berhati-hati kerana lokasi kebanyakan masjid yang ingin dibina di selatan negara jiran itu sebenarnya tidak wujud.

Tambah beliau, tindakan sindiket tertentu yang menggunakan anak-anak yatim untuk memungut derma juga adalah salah.

"Saya nak nasihatkan kepada orang ramai jangan mudah simpati sehingga menghulurkan derma tanpa usul periksa kerana tindakan seperti itu akan menggalakkan lebih banyak sindiket penipuan derma.

"Jika orang ramai tidak menderma kepada sindiket tersebut saya percaya akhirnya ia dapat dihapuskan," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved