Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Elak perpecahan – Annuar

Posted:

Elak perpecahan – Annuar

Elak perpecahan – Annuar

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my


Annuar Musa menerima borang keahlian UMNO daripada sebahagian 30 bekas ahli Pas di Kampung Lubuk Punut di Perol, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 15 Okt. – Masyarakat Melayu dan Islam di negara ini perlu bersatu padu dan mengelakkan perpecahan kerana ia boleh menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat serta negara.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, perpaduan masyarakat pribumi adalah asas keharmonian negara dan ia tidak ada kena-mengena dengan isu perkauman.

"Seperti mana dalam masyarakat Arab yang terdiri daripada beberapa kabilah, kaum Quraish adalah kaum yang dominan. Ia bukan kerana perkauman, kabilah atau assabiyah tetapi realiti hidup berpolitik.

"Atas realiti hidup berpolitik juga, maka kaum majoriti bertanggungjawab memimpin kaum minoriti dengan adil dan saksama," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang untuk menyertai UMNO oleh 30 bekas ahli Pas dari Kampung Lubuk Punut, Perol dekat sini semalam.

Majlis tersebut diadakan di rumah salah seorang ahli berkenaan, Ibrahim Ismail, 69, yang merupakan penyokong tegar Pas sejak 20 tahun lalu.

Kesemua mereka menyertai UMNO kerana kecewa dengan pimpinan Kerajaan Pas Kelantan yang tidak konsisten menangani permasalahan rakyat sebaliknya lebih mementingkan agenda politik parti.

Sementara itu, Annuar mengingatkan rakyat supaya tidak mudah tertipu dengan gambaran Pas hendak memerintah negara ini kerana ia hanya parti picisan dalam pembangkang.

"Dalam pembangkang kita harus sedar bahawa Pas hanya memiliki saham kecil berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, sekali gus ia menjadi golongan minoriti dan sudah semestinya bukan parti dominan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

RM506,000 pasang pili bomba baru

Posted:

RM506,000 pasang pili bomba baru

RM506,000 pasang pili bomba baru

KOTA BHARU 15 Okt. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan telah memperuntukkan kira-kira RM506,000 bagi pemasangan pili bomba baru di seluruh negeri ini sejak Januari hingga September lalu.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, perbelanjaan berkenaan melibatkan pemasangan 92 unit pili bomba di beberapa kawasan yang tidak mempunyai kemudahan tersebut dan dikenal pasti terdedah kepada risiko kebakaran.

Beliau berkata, ia bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dijalankan sekiranya berlaku kes-kes kecemasan.

"Penambahan pili bomba baru ini akan memudahkan tugas bomba sekiranya berlaku kebakaran. Setakat ini kita telah mempunyai 10,458 unit pili bomba di seluruh negeri yang melibatkan di kawasan awam dan swasta.

"Pili bomba awam merujuk kepada pili yang dibina dikawasan terbuka seperti perumahan, kawasan kampung, bandar dan sebagainya manakala swasta pula melibatkan kawasan premis persendirian yang mana perbelanjaan untuk membinanya disediakan oleh pemilik tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pilot Program Komuniti Teman Pili Bomba dan Gotong-Royong JBPM Kelantan di Taman Kurnia Jaya 1, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Jajahan Kota Bharu, Adnan Hussain.

Mengulas mengenai program tersebut, Azmi berkata, pihaknya akan menggiatkan kempen untuk menarik minat ramai orang menyertai program Teman Pili Bomba.

Menurutnya, langkah itu penting kerana ia dapat membantu memastikan pili bomba sentiasa berada dan berfungsi dengan baik khususnya ketika berlaku kebakaran.

"Dari jumlah 10,458 unit pili bomba yang ada, hanya 1,813 pili mempunyai rakan masing-masing. Jumlah ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah pili bomba yang ada di seluruh negeri.

"Justeru itu, kita memerlukan kerjasama masyarakat untuk menjadi rakan kepada pili-pili bomba yang terletak berhampiran dengan kawasan mereka, supaya pili-pili ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan," katanya.

Menurut beliau, sehingga kini pihaknya telah memperuntukkan RM400,00 untuk kerja-kerja penyelenggaraan pili bomba di seluruh negeri.

Tambahnya, setakat ini, sebanyak 240 unit pili bomba telah diselenggarakan oleh pihaknya bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik bagi memudahkan tugas sekiranya berlaku kebakaran.

Full content generated by Get Full RSS.

Semua rumah bot di Kenyir akan diganti

Posted:

Semua rumah bot di Kenyir akan diganti

Semua rumah bot di Kenyir akan diganti

HULU TERENGGANU 15 Okt. – Kerajaan negeri akan menggantikan kesemua rumah bot yang beroperasi di Tasik Kenyir kepada rumah bot yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden agar lebih selesa dan selamat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penggantian secara berperingkat itu perlu dilakukan sebagai persediaan menerima limpahan pengunjung apabila kawasan bebas cukai mulai beroperasi di tasik itu kelak.

Katanya, rumah bot gentian kaca itu dijangka menggunakan kepakaran dan teknologi China dan setiap satu dianggarkan bernilai sehingga RM1 juta bergantung kepada bilangan bilik yang disediakan.

Bagi tujuan itu, Ahmad akan mengetuai rombongan ke Hainam, China pada 22 Oktober ini bagi meninjau projek pembinaan rumah bot di negara berkenaan.

''Kita akan melihat pembuatan rumah bot di negara tersebut dan kepakaran mereka akan dibawa untuk membina rumah bot di sini,'' katanya selepas melancarkan Sukan Keluarga Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong di padang Kampung Matang di sini, semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Tengku Putera Tengku Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Telemong, Rozi Mamat.

Sehubungan itu, semua pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir tidak dibenarkan membina bot baru sehingga kesemua rumah bot yang sedia ada diganti.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved