Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


TPM umum berita gembira

Posted:

TPM umum berita gembira

TPM umum berita gembira

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my


Muhyiddin Yassin, pemimpin BN dan ribuan penduduk di Kampung Paya, Port Dickson, semalam.


SEREMBAN 15 Okt. – Komuniti peniaga dan penduduk sekitar Ampangan dan Rumah Pangsa Senawang 2 Taman Seri Mawar, Rasah menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan untuk membaik pulih kawasan berkenaan hari ini.

Berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Ampangan di Gerai Perniagaan dan Pasar Ampangan dekat sini, beliau mengumumkan pemberian peruntukan mencecah RM5.5 juta bagi menampung kos menaik taraf serta menyelenggara tiga lokasi awam di kawasan itu.

Menurut beliau, peruntukan itu selari dengan hasrat kerajaan yang sentiasa prihatin dalam usaha mensejahtera rakyat meliputi pelbagai aspek.

"Kita akan memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi menaik taraf pusat penjaja (Gerai Perniagaan Ampangan) di sini manakala RM500,000 bagi Pasar Ampangan. Bagi penduduk pula, saya melihat rumah pangsa berhampiran sudah tidak terjaga, maka kita akan menyalurkan RM950,000 bagi tujuan menyelenggara kediaman tersebut," katanya.

Turut hadir mengiringi beliau sepanjang program bertemu rakyat itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Exco; ketua-ketua jabatan serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif.

Muhyiddin dalam ucapan ringkasnya turut memberitahu kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dalam usaha meringankan beban rakyat terutama melibatkan soal peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga barang.

"Kita sedia maklum bahawa harga barang semakin meningkat, sebagai contoh ayam. Dahulu harga ayam sekilogram hanya RM5.60 tetapi sekarang sudah jadi RM8.50 dan saya dengar khabar ada yang menjual sehingga RM10.

"Tetapi semua kenaikan ini berpunca daripada faktor pengusaha yang terpaksa menanggung kos menternak yang tinggi. Kita tidak boleh salahkan penjual dan kerajaan," ujarnya.

Demi membantu rakyat, menurutnya, kerajaan mengambil pelbagai inisiatif termasuk mengawal harga tersebut melalui skim kawalan harga dan menyalurkan subsidi terhadap barang keperluan.

"Kita membelanjakan hampir RM300 juta bagi memastikan harga gula dikawal dan bekalan sentiasa mencukupi. Selain itu, kerajaan sentiasa memantau harga barang makanan seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran supaya tidak dijual pada harga tinggi.

"Kita juga belanjakan hampir RM16 bilion setahun bagi menampung subsidi petrol. Rakyat jangan ingat minyak yang dibeli di stesen minyak itu harga sebenar," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved