Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Agrobiz


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Jelajah flora Agrochallenge

Posted:

Jelajah flora Agrochallenge

Jelajah flora Agrochallenge

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengunjungi Pesta Royal Flora Ratchaphruek di Chiang Mai, Thailand pada tahun 2006. Beliau ketika itu menyandang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.


PENJENAMAAN Agrochallenge terus dikukuhkan menerusi pengenalan pelbagai aktiviti yang mendekatkan masyarakat dengan sektor pertanian, penternakan dan agro pelancongan secara santai.

Kali ini, penganjur program berkenaan, Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) menerusi program Agrochallenge Antarabangsa bakal membawa para peserta meneroka industri penanaman bunga-bungaan segar pula.

Ia akan diadakan di wilayah utara negara Thailand iaitu di Chiang Mai bersempena acara pesta Royal Flora Ratchaphruek dan Ekspo Hortikultur Antarabangsa Ratchaphruek 2011 yang diadakan di sana.

Memandangkan tempoh penganjuran pesta yang agak lama bermula 9 November 2011 hingga 15 Februari 2012, KUAT bakal membuka acara kembara tani itu kepada empat siri penjelajahan.

Bermula 8 hingga 12 November 2011 akan datang, Agrochallenge Antarabangsa Chiang Mai Thailand juga akan dijalankan pada 27-31 Disember 2011, 24-28 Januari 2012 dan 8-12 Februari 2012.

Selain Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, acara tersebut turut mendapat kerjasama Kementerian Pertanian Thailand serta organisasi penggerak kempen One Tambun One Produk (OTOP) di Thailand.

Menurut Pengarah Program Agrochallenge Antarabangsa Chiang Mai Thailand, Aminuddin Mohamad, acara itu menyasarkan penyertaan daripada kalangan pengusaha bunga-bungaan tempatan, industri kraf dan pelancongan.

''Pesta flora yang terbesar di Thailand ini bakal dikunjungi oleh lebih empat juta pelawat dari seluruh dunia. Jadi kita mahu rakyat Malaysia mengambil acara ini sebagai platform menimba ilmu berkaitan industri hortikultur.

''Selain pendedahan, Agrochallenge ini turut menyasar objektif mempromosi industri pelancongan negara terutama yang berkaitan landskap dan taman botani,'' katanya.

Selama lima hari, para peserta akan dibawa melawat ladang orkid dan ladang longan di sekitar Ching Mai, perkampungan kraf Ban Tawai, perkampungan OTOP dan Umbrella Village di Bo Sang.

Bagi penyertaan acara Royal Flora Ratchaphruek pula, kesemua peserta bakal melawat pameran dan mengikuti seminar perniagaan di Pusat Pameran Antarabangsa Chiang Mai.

''Mereka juga akan dibawa melihat lokasi pameran bunga-bungaan dari Malaysia dikenali sebagai Malaysian Garden,'' jelasnya.

Bagi pengisian lain Agrochallenge Antarabangsa Chiang Mai Thailand, peserta-peserta akan dibawa melawat ke Projek Pertanian Diraja Mae Sa, Pusat Konservasi Gajah Mae Sa, ladang lembu tenusu dan Pusat Kebudayaan Khum Khantoke.

Untuk trip pertama program itu, pihak KUAT menyasarkan penyertaan seramai 100 orang peserta.

Anda yang berminat menyertainya, bayaran sebanyak RM3,000 seorang akan dikenakan termasuk tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat, makan dan minum, lawatan berpandu, cenderahati dan sijil serta keahlian Kelab Agrochallenge.

Maklumat lanjut mengenai program itu, sila hubungi Urusetia Agrochallenge Antarabangsa Chiang Mai Thailand, Aminuddin Mohamad (016-6113413) dan Zahari Abu Yazid (016-2830894) atau layari laman web www.ekuat.com.

Tarikh tutup penyertaan sebelum 30 Oktober 2011.

Full content generated by Get Full RSS.

Agribazaar platform niaga online

Posted:

Agribazaar platform niaga online

Agribazaar platform niaga online

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my


Muka depan bagi laman web AgriBazzar yang menarik, ia juga turut disertakan ikon-ikon ringkas bagi memudahkan pengguna melayarinya.


SEJAJAR dengan perkembangan teknologi Internet tanpa sempadan, kini semua aktiviti harian boleh dilaksanakan hanya menggunakan hujung jari.

Tekan sahaja papan kekunci semua urusan dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas.

Begitu juga dengan dunia pertanian masa kini yang tidak lagi perlu bergantung kepada orang tengah untuk memasarkan produk.

Menyedari hakikat tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Mimos Berhad telah menyediakan infrastruktur berasaskan Internet untuk memudahkan pengeluar dan pembekal mempromosi dan memperdagangkan hasil pertanian mereka.

Dikenali sebagai AgriBazaar, ia diwujudkan bagi menyediakan infrastruktur Internet dan landasan untuk pembeli dan penjual mengumpul serta melakukan transaksi perniagaan mereka dengan lebih pantas.

Malah, melalui sistem online itu, penjual dan pembeli akan dihubungkan secara terus tanpa melibatkan orang tengah sekali gus dapat menghapuskan kos yang biasa dikenakan oleh mereka dan produk pertanian dapat dijual pada harga yang lebih rendah.

Kewujudan landasan tersebut pastinya memberi impak yang besar kepada industri pertanian kerana ia membolehkan peruncit, pemborong, pengumpul, pengedar, petani, pengeksport dan pengimport dapat berinteraksi antara satu sama lain.

Selain itu, pengguna juga boleh merancang usahasama baru menerusi portal ini ditambah pula pendaftaran bagi menyertai portal ini adalah percuma.

AgriBazaar juga mengintegrasikan proses urus niaga online yang lengkap dan bersepadu, bermula dari proses pembelian hingga ke proses pembayaran.

Pada masa akan datang, perkhidmatan logistik juga akan disepadukan melalui AgriBazaar bagi menjamin produk yang dibeli dapat dihantar dengan selamat dan cepat.

Di samping itu, portal Online itu juga menyediakan maklumat dan hebahan bagi belian, jualan dan lain-lain aktiviti produk pertanian kepada bakal pembeli dan penjual terhadap produk terbabit.

Dalam pada itu, reka bentuk AgriBazaar adalah perantara yang memiliki struktur data dan maklumat lebih teratur.

Kelancaran pengunaan AgriBazaar boleh disesuaikan dengan kemampuan sistem komputer dan rangkaian Internet pengguna.

Ia berikutan portal tersebut menawarkan pilihan pengantara grafik rendah yang lebih sesuai untuk pengguna yang mengunakan komputer pada spesifikasi rendah atau perkhidmatan Internet dail-up.

Papan yang memaparkan maklumat asas pula memudahkan pengurusan urus niaga bagi pembeli dan juga penjual.

Pengguna juga boleh menggunakan perkhidmatan Troli Belian untuk menguruskan pembelian produk sebelum meneruskan dengan pembayaran.

Pembantu Maya dan Ikon Navigasi juga membantu memudahkan pengguna melayari portal ini.

Portal AgriBazaar itu juga dilengkapi dengan ciri-ciri online yang memudahkan pengurusan stok dan inventori, pengurusan pengguna, pemberitahuan berita terkini tentang produk.

Malah, ia turut memaparkan aktiviti-aktiviti daripada semua pemain industri pertanian seperti agensi kerajaan atau pihak pembekal.

Terakhir, ruangan Forum dan Mesej Peribadi yang terdapat di dalam portal ini juga membolehkan para penguna berbincang serta berkongsi maklumat, idea dan pendapat.

Untuk maklumat lanjut serta ingin melihat sendiri portal AgriBazaar, anda boleh layari laman web tersebut di www.agribazaar.com.my.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved