Ahad, 16 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bantuan pelajar diagih Disember

Posted:

Bantuan pelajar diagih Disember

Bantuan pelajar diagih Disember

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my

TELUK KEMANG 15 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberitahu pemberian wang bantuan RM100 kepada 5.3 juta pelajar sekolah menengah dan rendah seperti diumumkan dalam Bajet 2012, akan disalurkan pada Disember ini.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas kerajaan menimbangkan bantuan tersebut perlu diberikan kepada ibu bapa atau keluarga pelajar terbabit sebelum sesi persekolahan bermula.

Untuk itu, katanya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kewangan akan berbincang mencari kaedah sesuai bagi memastikan peruntukan kira-kira RM500 juta itu sampai kepada golongan sasar.

''Pada mesyuarat Kabinet semalam saya memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal sebegini kita minta satu kelonggaran supaya wang bantuan ini diberikan sebelum masuk tahun hadapan.

''Perkara ini bukan satu luar biasa walaupun kita tahu Bajet 2012 perlu dimulakan pada tahun depan. Pertimbangan kita berdasarkan pada kebiasaannya ibu bapa atau keluarga akan membeli kelengkapan persekolahan pada bulan Disember," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kampung Paya di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta pemimpin-pemimpin BN peringkat bahagian.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, pemberian bantuan tersebut adalah dalam bentuk tunai dan ia akan dibayar di sekolah.

''Mekanisme yang terbaik adalah di sekolah kerana di sini (sekolah) mempunyai rekod yang lengkap mengenai setiap data pelajar. Dengan pemberian bantuan ini bermakna semua pelajar berhak menerima peruntukan itu tidak kira daripada kumpulan mana sekalipun," katanya lagi.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, bantuan tersebut hanya untuk pelajar dalam sistem persekolahan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.

''Diharap pemberian daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) ini akan dapat mengurangkan beban ibu bapa serta keluarga mereka terutama yang mempunyai ramai anak bersekolah," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak berhasrat melaksanakan cadangan mengenakan syarat 80 peratus kehadiran para pelajar sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata, ini kerana pelajar-pelajar tersebut mempunyai sebab tertentu menyebabkan mereka tidak hadir ke sekolah dalam tempoh yang panjang antaranya menghadapi masalah kesihatan.

''Siapa sahaja yang berada di tingkatan lima berhak untuk menduduki SPM dan kita tidak boleh menghalang mereka. Lulus atau tidak itu terpulang kepada mereka tetapi mereka tetap boleh mengambil peperiksaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

MyKad baru lebih berkualiti tahun depan

Posted:

MyKad baru lebih berkualiti tahun depan

MyKad baru lebih berkualiti tahun depan


HISHAMMUDDIN Tun Hussein menunjukkan replika MyKad beliau yang diserahkan oleh Jariah Mohd. Said pada Majlis Pelancaran Pengeluaran MyKad 1 Hari di Jabatan Pendaftaran Negara, Kluang, Johor, semalam.


KLUANG 15 Okt. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan tahap kualiti dan ciri-ciri keselamatan bermula Januari depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu mampu menangani permasalahan yang sering dibangkitkan sebelum ini antaranya isu pemalsuan dan ketahanan serta kualitinya.

"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan.

"Inisiatif ini berhubung kait dengan agenda meningkatkan fungsi ciri-ciri keselamatan dokumen berkaitan pengenalan diri dan imigresen setelah mengambil kira aduan rakyat berhubung tahap kualiti MyKad yang diguna pakai sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pengeluaran MyKad 1 Hari di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah; Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd. Said; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Hishammuddin berkata, kelebihan MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.

Tambahnya, MyKad itu juga mengandungi cip yang telah diuji kualiti ketahanan di Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) serta makmal-makmal semi konduktor yang diiktiraf.

Beliau memberitahu, buat masa ini pengguna MyKad sedia ada tidak diwajibkan menukar kepada MyKad baru tetapi boleh berbuat demikian dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang pertama kali membuatnya.

Dalam pada itu, Hishammudin berkata, pelancaran Pengeluaran MyKad 1 Hari itu adalah susulan dan perluasan kepada program rintis Pengeluaran Gantian MyKad 1 Hari yang dilaksanakan di Ibu Pejabat JPN Melaka dan Ibu Pejabat JPN Kuching, Sarawak.

Menurut Hishammudin, inisiatif Pengeluaran MyKad 1 Hari itu akan diperluaskan ke negeri lain dengan kuasa diberi kepada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara memilih pejabat JPN yang mempunyai kepimpinan dan kemampuan untuk melaksanakan program itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Pengambilan Askar Wataniah diperketat

Posted:

Pengambilan Askar Wataniah diperketat

Pengambilan Askar Wataniah diperketat

BAGAN DATOH 15 Okt. - Kerajaan akan memperketatkan syarat pengambilan baru Askar Wataniah bagi memastikan anggota yang dipilih benar-benar mampu menggalas tanggungjawab besar sebagai barisan kedua pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, langkah itu juga penting untuk mengelakkan tuduhan-tuduhan tidak berasas termasuk dakwaan kononnya terdapat rakyat asing yang direkrut menganggotai Askar Wataniah.

"Kita mahu memastikan mereka yang menganggotai pasukan ini benar-benar layak dan ada kemampuan untuk menggalas tugas mempertahankan kedaulatan negara di samping pasukan tentera dan polis.

"Ini penting kerana kita tidak mahu wujud lagi dakwaan liar mengatakan Askar Wataniah kita dianggotai rakyat asing termasuk dari Indonesia," katanya selepas ditemui pada program Sukan Perdana di Sekolah Simpang Empat dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan mengambil serius keperluan untuk memastikan anggota pasukan simpanan itu mempunyai kekuatan jati diri selain bebas daripada perbuatan jenayah yang boleh mencemarkan imejnya.

Katanya, peranan Askar Wataniah semakin penting dalam keadaan negara berdepan risiko keselamatan yang semakin mencabar dan beban tugas mempertahankan negara tidak wajar digalas oleh pasukan tentera dan polis semata-mata.

"Selain kriteria yang sudah ditetapkan, kita mahu proses (saringan) dibuat sebaik mungkin dan lebih penting, kita mahu anggota bersih daripada segala perlakuan jenayah," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved