Isnin, 10 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Atasi kelemahan operasi bas awam

Posted:

Atasi kelemahan operasi bas awam

Atasi kelemahan operasi bas awam

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelak a@utusan.com.my

MELAKA 9 Okt. - Melaka memperkenalkan penubuhan Jabatan Pengangkutan Awam Melaka dalam usaha mengatasi kelemahan sistem operasi pengangkutan bas awam di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, perkara itu diputuskan melalui mesyuarat Exco kerajaan negeri baru-baru ini yang turut melibatkan penjenamaan semula Bas Panorama Melaka yang diperkenalkan sejak lebih empat tahun lalu.

Menurutnya, keputusan itu telah dipersetujui kesemua 13 syarikat operator bas awam dan jabatan itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad.

''Bagi melancarkan lagi pelaksanaan jabatan ini, ia juga akan dianggotai Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri, Datuk Zainal Husin dan Pengarah Majlis Keselamatan Jalan Raya Melaka, Juliana Ong sebagai Pengurus Operasi jabatan itu," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, jabatan itu akan bertindak menyelaras operasi sistem pengangkutan dan pada masa yang sama, semua operator bas awam terlibat menjalankan operasi bas seperti biasa namun disyaratkan menggunakan hanya satu jenama bas iaitu Bas Panorama Melaka berwarna merah.

''Jika di Kuala Lumpur, sistem pengangkutan bas awam hanya menggunakan satu jenama iaitu RapidKL manakala di Pulau Pinang dengan RapidPenang, jadi di Melaka, kita akan gunakan satu sahaja jenama bas iaitu Bas Panorama Melaka," katanya.

Usaha mewujudkan jabatan tersebut, kata beliau, bertujuan menangani masalah 90 peratus bas awam di negeri ini yang semakin uzur dengan beroperasi melebihi tempoh 15 tahun.

Kata Mohd. Ali, sebagai permulaan, sebanyak 65 bas sedia ada akan dinaik taraf dengan peruntukan kira-kira RM30 juta melalui pinjaman Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

Jelasnya, kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman tersebut memandangkan permohonan bantuan kewangan berjumlah RM36 juta melalui Tabung Pengangkutan Awam Negara masih belum diperoleh memandangkan kelulusan mengenainya belum dilaksanakan di peringkat Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan negeri turut memberi subsidi minyak kepada operator bas mengikut laluan masing-masing yang ditetapkan oleh jabatan nanti iaitu RM1 bagi bagi setiap kilometer dengan jarak keseluruhan sejauh 15,000 kilometer.

''Subsidi tersebut melibatkan kos sebanyak RM45 sebulan atau RM5.4 juta setahun melalui dana sumbangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya sebanyak RM1.5 juta, Majlis Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Alor Gajah, masing-masing berjumlah RM1 juta," katanya.

RM339,000 untuk bantuan sewa rumah orang miskin

Posted:

RM339,000 untuk bantuan sewa rumah orang miskin

RM339,000 untuk bantuan sewa rumah orang miskin


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersama Mohamad Hasan menyampaikan kerusi roda kepada salah seorang penerima bantuan pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di Rembau, kelmarin.


REMBAU 9 Okt. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM339,000 kepada lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjayakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di negeri ini, tahun ini.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, peruntukan tersebut digunakan untuk membayar sewa rumah 228 keluarga miskin bandar yang berdaftar di bawah senarai e -Kasih.

Beliau berkata, sejumlah RM11,904 disalurkan kepada Majlis Daerah Rembau untuk diagihkan kepada lapan keluarga yang layak.

"Bantuan sewa rumah yang sinonim dengan PPKB masih disalurkan kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang menyewa agar mereka mempunyai tempat tinggal selesa," katanya ketika berucap pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Raja Nong Chik, di negeri ini, seramai 96 orang ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) telah mengikuti program latihan kemahiran dan keusahawanan yang dilaksanakan awal tahun ini.

"Daripada jumlah itu, hampir 79 peratus daripada mereka kini telah menjana pendapatan hasil daripada latihan yang diterima," ujarnya.

Beliau menambah, sebahagian daripada peserta latihan berkenaan berjaya menjana pendapatan antara RM400 hingga RM4,000 sebulan selepas membabitkan diri dalam perniagaan burger, asuhan kanak-kanak dan jahitan.

"Apa yang memberansangkan ialah mereka mampu memperoleh pendapatan yang tinggi dalam tempoh satu hingga tiga bulan selepas mengikuti latihan kemahiran," katanya.

45 pegawai kanan polis dari 34 negara lawat Melaka

Posted:

45 pegawai kanan polis dari 34 negara lawat Melaka

45 pegawai kanan polis dari 34 negara lawat Melaka

MELAKA 9 Okt. - Seramai 45 pegawai kanan polis dari 34 buah negara dibawa melawat negeri ini menerusi salah satu program dalam Kursus Perintah Pegawai Kanan Polis Antarabangsa Ke-37 yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur bermula 26 September lalu.

Sepanjang lawatan itu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menjadi destinasi pertama dilawati oleh pegawai polis berkenaan dan disambut meriah oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shah Ghazi Khan Shahadad.

Delegasi luar negara itu antaranya dari Taiwan, Australia, Jepun, China, India, Filipina, Indonesia, Amerika Syarikat dan Jordan disambut dengan pertunjukkan tarian tradisonal dan paluan kompang sebelum diberi taklimat ringkas mengenai Melaka dan status terkini kadar jenayah di negeri ini.

Shah Ghazi Khan berkata, warga IPK Melaka dan kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan pegawai kanan polis berkenaan ke negeri ini yang merupakan sebuah negeri pelancongan terkemuka.

"Kami mewakili kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan semua delegasi ke negeri bersejarah ini yang telah terkenal sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, malah sehingga kini Melaka menjadi tumpuan pelancong seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis taklimat ringkas kepada para peserta kursus itu di Auditorium IPK Melaka di sini, hari ini.

Peserta kursus kemudiannya dibawa merasai pengalaman menaiki River Cruise di Dataran Rempah, muzium dan artifak bersejarah, Jonker Walk dan Taman Rama-Rama sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Kursus Perintah Pegawai Kanan Polis Antarabangsa merupakan program tahunan anjuran Maktab Polis Diraja Malaysia dan akan berlangsung selama sebulan.

Sepanjang kursus berkenaan, pegawai kanan polis dari negara terlibat akan membentangkan kertas kerja mengenai perkembangan semasa institusi kepolisan di negara mereka termasuk aspek kemahiran tertentu yang boleh dikongsi dengan negara-negara terlibat.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved