Isnin, 10 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Skim tipu jual mesin

Posted:

Skim tipu jual mesin

Skim tipu jual mesin

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Suspek kes penipuan mesin layan diri dibawa masuk ke dalam kereta polis sambil disaksikan oleh sekumpulan mangsa di hadapan sebuah hotel di Petaling Jaya, kelmarin.


KUALA LUMPUR 9 Okt. – Satu skim penipuan perniagaan mesin layan diri (vending machine) yang melibatkan kerugian ratusan juta ringgit berjaya ditumpaskan menerusi penangkapan seorang lelaki di Petaling Jaya dekat sini semalam.

Kegiatan penipuan itu dibongkar hasil maklumat yang diperoleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas kira-kira setahun mengumpul bukti dan maklumat daripada kira-kira 1,600 individu yang menjadi mangsa skim berkenaan.

Dalam serbuan semalam, PPIM dengan kerjasama polis memberkas lelaki yang dipercayai salah seorang dalang utama skim penipuan itu ketika memberi ceramah di sebuah hotel.

Pegawai Kerja PPIM, Mustafa Hamzah berkata, dalam serbuan itu juga 30 mangsa penipuan skim tersebut meminta supaya suspek memulangkan semula wang mereka sehingga berlaku pergaduhan kecil.

"Suspek akhirnya mengaku bahawa beliau bertanggungjawab serta sedang berusaha untuk memulangkan wang yang dituntut mangsa," dakwanya di sini hari ini.

Mustafa menambah, PPIM kemudiannya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang menghantar anggota untuk menahan suspek bagi siasatan lanjut.

Katanya, mangsa dikatakan ditipu supaya membeli beberapa jenis mesin layan diri Matkiosk (mesin serbaguna), Waterdrop (air) dan 'kiddie ride' (alat permainan kanak-kanak).

Menurutnya, modus operandi skim itu adalah dengan menjanjikan keuntungan setiap bulan kepada pelabur yang membeli mesin itu, namun tidak pernah dibayar.

Setiap mesin layan diri itu katanya, dijual dengan harga serendah RM18,000 dengan ada di kalangan pelabur yang membeli beberapa mesin berbeza membabitkan nilai sehingga RM100,000.

Berikutan penangkapan suspek itu juga, Mustafa menyeru orang ramai yang menjadi mangsa kepada penipuan skim perniagaan mesin layan diri itu tampil memberi maklumat kepada pertubuhan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan seorang lelaki ditahan dalam kejadian itu kerana dipercayai terlibat dalam skim penipuan perniagaan.

Elak cipta masalah – Najib

Posted:

Elak cipta masalah – Najib

Elak cipta masalah – Najib

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam, yang dihadiri kira-kira 8,000 penyokong Barisan Nasional (BN). – uTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 9 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak mencipta masalah yang boleh memberi kesan kepada kekuatan parti.

Kata beliau, kesepakatan dan perpaduan dalam parti sangat penting ketika gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir kedengaran.

"Untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13, semua ahli BN perlu turun ke gelanggang dengan semangat untuk menang.

"Maka, untuk menjamin kita boleh menang, kita perlu membuat persiapan secara menyeluruh dalam memastikan tahap kesiapsiagaan yang menentukan sama ada kita sudah bersedia atau tidak," katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Najib menambah, kesiapsiagaan yang dimaksudkan beliau termasuk mengelak perbalahan sesama sendiri, tidak mewujudkan puak dalam parti serta cantas-mencantas kerana perasaan tidak puas hati.

Beliau turut menekankan pentingnya setiap parti komponen BN untuk bersepakat dalam pembahagian kerusi dan tidak bermain tarik tali mengenainya.

Dalam masa sama, Najib berpesan kepada semua parti komponen BN supaya tidak memilih dalam menabur bakti dan jasa kepada rakyat meskipun mereka jelas tidak memberi sokongan kepada kerajaan.

"Jangan kita sombong dan angkuh kepada rakyat dan jangan sesekali menabur janji kosong, sebaliknya tunaikan apa yang telah kita janjikan," katanya.

Di hadapan kira-kira 8,000 penyokong BN pada majlis itu, Najib turut menekankan bahawa adalah sesuatu yang mustahak untuk BN memenangi semula Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memandangkan ia merupakan ibu kota negara.

Ini kerana katanya, beliau tidak mahu BN dikenali sebagai parti kampung yang hanya golongan luar bandar seperti petani dan nelayan menyokong parti itu.

"Sebaliknya, kita perlu membuktikan bahawa semua kumpulan masyarakat termasuk golongan pertengahan serta profesional di bandar-bandar besar terutama Kuala Lumpur turut menyokong BN," katanya.

Di akhir ucapannya, Najib mengingatkan BN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bersedia mengakui kelemahan dan memperbaikinya.

Beliau menggesa supaya BN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya serta seluruh jentera BN amnya untuk bekerja lebih keras iaitu seboleh-bolehnya tujuh hari seminggu memandangkan gema pilihan raya semakin jelas.

Majlis Penerangan Perdana dapat sambutan luar biasa

Posted:

Majlis Penerangan Perdana dapat sambutan luar biasa

Majlis Penerangan Perdana dapat sambutan luar biasa


NAJIB Tun Razak melambaikan tangan selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 9 Okt. - Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini mendapat sambutan yang luar biasa apabila dihadiri lebih 8,000 orang.

Selain orang ramai, majlis yang merupakan sebahagian daripada siri penjelajahan Barisan Nasional (BN) bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu semasa itu turut dihadiri ahli komponen BN dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, Dewan Merdeka penuh sesak ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucaptama yang merupakan acara kemuncak majlis itu sehingga menyaksikan ramai yang hadir terpaksa duduk bersila.

Turut berucap pada acara kemuncak itu ialah Ketua Penerangan UMNO yang juga Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Pertama kali diadakan di Kedah pada 10 September lalu, Majlis Penerangan Perdana itu akan diadakan secara berperingkat di seluruh negara sehingga 30 Oktober ini dengan Sabah menjadi destinasi terakhir.

Ia merupakan hasil inisiatif Biro Publisiti dan Penerangan BN sebagai platform mendekati rakyat untuk memberi gambaran sebenar tentang usaha dan inisiatif kerajaan sekali gus menjadi persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 .

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved