Isnin, 10 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Rejimen 501 sentiasa siapa siaga

Posted:

Rejimen 501 sentiasa siapa siaga

Rejimen 501 sentiasa siapa siaga

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@johor.com.my


Pasukan Askar Wataniah gembira selepas majlis Tamat Latihan Menembak dan Pertandingan Menembak Jakpaw di Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 9 Okt. – Tidak timbul isu anggota Askar Wataniah (AW) tidak aktif di negeri ini kerana tahap kesiagaan Rejimen 501 sebagai pasukan paling kanan dalam rejimen itu sentiasa berada pada paras paling tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw), Kolonel Kehormat Datuk Obet Tawil berkata, kekuatan itu turut disokong oleh komitmen yang diberikan kerajaan negeri apabila menjadikan AW sebagai program anak angkat sejak 16 tahun lalu.

Katanya, kerajaan negeri juga menetapkan sasaran satu anggota tetap untuk dua anggota AW bagi menjadikan kekuatan askar simpanan di negeri ini paling tinggi berbanding negeri lain.

"Askar Wataniah menjadi anak angkat kerajaan negeri sejak 28 Oktober 1995 dan pelbagai usaha dilakukan bagi menambah bilangan benteng kedua pertahanan negara ini termasuk cuti khas kepada kakitangan jabatan kerajaan yang melibatkan diri dalam pasukan sukarela ini.

"Pelancaran Perdana 26 Kompeni Wataniah telah dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada November 2007 ketika memegang jawatan Menteri Pertahanan, menjadikan Johor negeri terawal memiliki kompeni AW di setiap Parlimen," katanya.

Obet yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata demikian pada pemberita selepas Latihan Menembak Tahunan Ahli Jakpaw negeri di Lapang Sasar, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram di sini hari ini.

Turut hadir, Komander Rejimen 501 AW, Brigadier Jeneral Tajuddin Joned dan Timbalannya, Leftenan Kolonel Ishak Ismail.

Sementara itu, Ishak berkata, AW merupakan medan persediaan penting bagi orang awam yang mempunyai semangat cintakan negara untuk mempertahankan tanah air ketika berlaku perkara-perkara di luar dugaan.

"Ibarat orang yang sudah ada lesen memandu, walaupun sudah lama tidak memandu masih mempunyai pengetahuan untuk mengendalikan kenderaan berbanding mereka yang tidak ada lesen.

''Begitu juga AW yang memberi pengetahuan ketenteraan kepada orang awam untuk bersedia mempertahan negara," katanya.

Sehubungan itu beliau mengajak semua lapisan masyarakat di negeri ini turut serta dalam AW yang banyak menekankan semangat persaudaraan serta memupuk disiplin dan jati diri yang tinggi.

Katanya, golongan muda perlu memilih wataniah untuk menunjuk kekuatan yang ada dan bukannya melakukan perkara tidak berfaedah seperti merempit dan melepak tanpa arah tujuan.

Full content generated by Get Full RSS.

Sebuah panggung teater diperlukan di Johor

Posted:

Sebuah panggung teater diperlukan di Johor

Sebuah panggung teater diperlukan di Johor

JOHOR BAHRU 9 Okt. – Johor memerlukan sebuah panggung teater bagi membolehkan kumpulan kesenian dan kebudayaannya menjalankan aktiviti serta memperkenalkan warisan negeri ini kepada masyarakat luar.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, keperluan itu seiring dengan pertambahan jumlah kumpulan kesenian selain sebagai wadah memperkenalkan keistimewaan kebudayaan Johor ke mata dunia.

Beliau berkata, persembahan yang dipamerkan perlu berkualiti, memperlihatkan 'wajah' Johor dan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Johor mempunyai kumpulan kesenian dan kebudayaan berkeupayaan tinggi dalam mengetengahkan kesenian dan kebudayaan penduduknya. Malah, masyarakat berbilang bangsa ini juga menjadi satu lagi bentuk produk bagi menarik pelancong.

"Jika kita melawat negara luar seperti di Eropah, China mahupun Amerika Syarikat, kita akan melawat panggung mereka menyediakan persembahan kebudayaan yang menjadi cermin kepada negara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Sound of Johor di sini malam tadi yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum serta Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr. James Dawos Mamit.

Program itu merupakan anjuran bersama kerajaan negeri dengan kementerian berkenaan bertujuan merapatkan hubungan muhibah, komuniti setempat serta merakyatkan seni budaya.

Sementara itu, Joseph Salang dalam ucapannya berkata, karnival tersebut dapat menyuburkan semangat kecintaan terhadap hasil kesenian dan kebudayaan di negeri ini.

Katanya, persembahan oleh kumpulan pelbagai kaum dapat memperkukuhkan keharmonian masyarakat selain mengelakkan kesenian dan kebudayaan itu lenyap ditelan zaman.

James Dawos pula berkata, Johor mempunyai banyak produk pelancongan yang belum diketengahkan secara optimum kepada umum.

"Kebanyakan produk itu melibatkan alam semula jadi, antaranya aktiviti menyusuri Sungai Muar untuk melihat kunang-kunang dan tapak Ramsar Pulau Kukup, Sungai Pulai serta Tanjung Piai," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved