Jumaat, 14 Oktober 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pahang tumpu bidang bioteknologi

Posted:

Pahang tumpu bidang bioteknologi

Pahang tumpu bidang bioteknologi

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Mohd. Shakar Shamsuddin (tiga kanan) melihat dokumen perjanjian persefahaman di antara TPM Biotech Sdn. Bhd., dengan Universiti Malaysia Pahang sambil ditemani Dr. Abd Latif Mahmud (tiga dari kiri) di Maran, semalam.


MARAN 14 Okt. - Kerajaan negeri memberi tumpuan ke arah membangunkan bidang bioteknologi secara berskala besar bagi menggalakkan budaya inovasi yang merupakan cabaran baru dalam dunia yang semakin berkembang maju.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, selaras dengan usaha itu, pihaknya telah mewujudkan pusat penyelidikan yang bertujuan menyelidik, memulih serta mengkomersialkan produk bioteknologi.

"Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Ulu Luit, Maran, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan TPM Biotech Sdn. Bhd., yang berpusat di Raub telah dipilih untuk dijadikan pusat penyelidikan produk bioteknologi di negeri ini.

"Pusat penyelidikan ini penting memandangkan Pahang merupakan negeri yang kaya dengan sumber biodiversiti. Bagi sumber-sumber yang semakin pupus, kita akan tanam dan komersialkan semula," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis lawatan Jawatankuasa Biodiversiti-Bioteknologi Pahang dan memperkenalkan stesen penyelidikan luar, FRIM Ulu Luit, Maran di sini baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pengarah FRIM Malaysia, Datuk Dr. Abd Latif Mahmud.

Turut diadakan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara FRIM, UMP dan TPM Biotech Sdn. Bhd., yang akan menjadi pusat penyelidikan untuk produk bioteknologi di negeri ini.

Mohd. Sharkar berkata, pengusaha-pengusaha produk herba di negeri ini boleh ke pusat penyelidikan bioteknologi yang disediakan untuk membuat kajian seterusnya mengkomersialkan produk mereka.

Sementara itu beliau berkata, FRIM juga telah bersetuju untuk menawarkan khidmat membaik pulih kawasan bekas tanah lombong yang terdapat di negeri ini.

"FRIM akan membaik pulih kawasan bekas tanah lombong dengan menanam pokok-pokok yang akan menghijaukan kembali kawasan itu seterusnya ia akan diserahkan kembali kepada kerajaan negeri," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

15,000 dijangka kunjungi pameran kerjaya UMP

Posted:

15,000 dijangka kunjungi pameran kerjaya UMP

15,000 dijangka kunjungi pameran kerjaya UMP


Orang ramai mula mengunjungi Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Universiti Malaysia Pahang yang bermula di Kuantan, semalam.


KUANTAN 14 Okt. - Lebih 15,000 pengunjung dijangka menghadiri Karnival Kerjaya dan Keusahawanan anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) selama tiga hari bermula hari ini di pusat beli-belah Berjaya Megamall, di sini.

Program dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri itu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada bakal graduan dan orang ramai di samping ceramah kerjaya dan keusahawanan.

Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof. Dr. Yusserrie Zainudin berkata, penganjuran karnival itu merupakan usaha universiti membantu bakal graduan meneroka peluang pekerjaan.

"Selain itu, bakal graduan juga mampu berkongsi maklumat mengenai peluang untuk menjadi usahawan berjaya dengan mendapatkan pendedahan dalam dunia perniagaan," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pada karnival tersebut, sebanyak 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan membabitkan hampir 50 syarikat termasuk dari luar negara.

''Antara syarikat terkemuka yang menawarkan peluang kerja adalah Isuzu Hicom Malaysia Sdn. Bhd., Hicom Automotive Manufacturers Sdn. Bhd., Malaysia Airport (Niaga) Sdn. Bhd., Bukit Gambang Resort City, KFC Holding (M) Berhad, Latifle Sdn. Bhd., dan Rangkaian Delima Plantation Sdn. Bhd.," ujarnya.

Katanya, pada karnival tersebut, mereka yang ingin mencari pekerjaan dinasihatkan membawa dokumen berkaitan kerana beberapa syarikat terlibat menyediakan proses temu duga secara terbuka di situ.

Sementara itu, pengarah program, Calvin Lee Weng Leong berkata, selain pameran kerjaya, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung sepanjang karnival berlangsung.

Full content generated by Get Full RSS.

Indeks jenayah Pahang turun 1.72 %

Posted:

Indeks jenayah Pahang turun 1.72 %

Indeks jenayah Pahang turun 1.72 %

KUANTAN 14 Okt. - Indeks jenayah di Pahang mencatatkan penurunan sebanyak 1.72 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, sepanjang Januari hingga September tahun ini, sebanyak 4,857 kes dicatatkan berbanding 4,952 kes pada tempoh sama tahun lalu.

"Statistik ini menunjukkan kadar jenayah di seluruh negeri Pahang pada tahun ini menurun hampir 85 kes berbanding tahun lalu," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini kelmarin.

Sharifuddin memberitahu, jenayah kekerasan menunjukkan penurunan sebanyak 10.78 peratus dalam tempoh Januari hingga September tahun ini apabila sebanyak 886 kes dicatatkan berbanding 993 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, kes jenayah kekerasan yang menunjukkan penurunan ialah samun berkumpulan tanpa senjata api, samun berkumpulan bersenjata api, pemerasan, cabul kehormatan dan ugutan jenayah.

"Bagi jenayah harta benda pula, bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 0.56 peratus atau 3,971 kes berbanding 3,949 kes pada tempoh sama tahun lalu.

"Antara kes jenayah harta benda yang menunjukkan peningkatan ialah curi, curi kenderaan dan pecah rumah," katanya.

Sharifuddin berkata, secara keseluruhannya pencapaian anggota polis Pahang dalam tempoh Januari sehingga September tahun ini telah mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Namun, masih banyak ruang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan agar dapat memenuhi kehendak masyarakat yang inginkan kesejahteraan serta kualiti hidup harmoni," katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, penurunan kadar jenayah tertentu berpunca daripada kerjasama masyarakat dengan polis menerusi program bersepadu yang dijalankan.

Orang ramai diingatkan bahawa jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira keturunan, jantina dan pangkat, katanya.

"Menjadi tanggungjawab orang ramai untuk mencegahnya menerusi pelbagai pendekatan bersepadu seperti program kawalan kampung atau menyalurkan maklumat berkaitan perlakuan jenayah," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved