Jumaat, 14 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Buru ‘hantu’ jejaskan hubungan

Posted:

Buru 'hantu' jejaskan hubungan

Buru 'hantu' jejaskan hubungan

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my

MELAKA 13 Okt. – Malaysia dan Indonesia perlu mencari 'hantu' yang cuba merosakkan hubungan baik dua negara yang telah terjalin sejak sekian lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setakat ini hubungan antara kedua-dua negara tidak menghadapi sebarang masalah kerana ia sering kali dapat diselesaikan di meja rundingan.

"Tetapi apabila sekumpulan rakyat Indonesia mengepung pejabat Kedutaan Besar Malaysia (di Jakarta), ini sebenarnya cubaan merosakkan hubungan antara kedua-dua negara. Kalau pun ada masalah, jangan terlalu emosi hingga boleh menyebabkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia terjejas.

"Ini ada 'hantu-hantu' yang tidak suka dengan hubungan kedua-dua negara yang telah terjalin dan saya minta mereka ini dicari," katanya berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Ke-12 di sini malam ini.

Beliau mengulas tunjuk perasaan anjuran pertubuhan bukan kerajaan Indonesia, Forum Betawi Rempug (FBR) di hadapan pejabat berkenaan semalam untuk menyatakan bantahan terhadap Malaysia yang kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri yang juga Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Terdahulu Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, DMDI sangat serius dalam merealisasikan wawasannya untuk menyatu dan membangunkan orang Melayu dan umat Islam.

Menurutnya, tumpuan lebih ke arah memperkasakan DMDI melalui sosiobudaya, dakwah, pelancongan, pendidikan, ekonomi, sains, teknologi, inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Setakat ini DMDI telah mencapai beberapa kejayaan termasuk penubuhan DMDI Finance House, DMDI Global, Yayasan DMDI dan Kolej DMDI," katanya.

Beliau berkata, pihaknya bercadang menubuhkan Bank DMDI bagi menyuburkan lagi ekonomi kaum Melayu dan umat Islam di bawah pertubuhan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Akta Murtad: Mufti Kelantan sokong Harussani

Posted:

Akta Murtad: Mufti Kelantan sokong Harussani

Akta Murtad: Mufti Kelantan sokong Harussani

KOTA BHARU 13 Okt. - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyokong penuh gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar mewujudkan Akta Murtad bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam.

Mohamad Shukri berkata, pelaksanaannya perlu bagi memastikan akidah umat Islam tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh pihak tertentu.

Namun, katanya, semua pihak mesti berusaha memastikan agar perkara dan unsur yang menjadi penghalang dapat diatasi terlebih dahulu jika Akta Murtad benar-benar mahu dilaksanakan.

"Saya amat mengalu-alukan cadangan beliau (Harussani) dan bersetuju jika ia diwujudkan untuk menjaga akidah umat Islam.

"Tetapi banyak perkara perlu diberi perhatian seperti meminda akta dan peruntukan yang menjadi halangan seperti isu orang bukan Islam tidak boleh dibicarakan di mahkamah syariah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas gesaan Harussani yang mahu Akta Murtad diwujudkan segera kerana gejala itu menjadi seperti virus terhadap orang Melayu Islam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula berkata, beliau secara peribadi menyokong cadangan Harussani itu.

Begitupun, katanya, akta yang dicadangkan itu juga harus merangkumi peruntukan undang-undang ke atas golongan yang bertindak keluar dari Islam.

Katanya, penggubalan Akta Murtad tersebut adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kerana di peringkat negeri, enakmen yang mempunyai objektif serupa telah pun diwartakan.

"Kita sudah ada Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 yang bermatlamat menghalang unsur luar daripada mempengaruhi akidah penganut agama Islam.

"Namun, peruntukan tegas terhadap orang Islam yang murtad belum ada, bagi pihak kerajaan negeri, kami pernah cuba membawa Rang Undang-undang Persendirian Murtad sebanyak dua kali di Parlimen tetapi ditolak kerana tiada sokongan menteri untuk memberi laluan ia dibahas.

"Kita berharap kerajaan mengambil serius gesaan Harussani sebagai mengukuhkan enakmen sedia ada dan segala perancangan ke arah pelaksanaannya mesti diperhalusi bagi menghalang gejala murtad dalam kalangan umat Islam berleluasa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-225

Posted:

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-225

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-225


TUANKU Mizan Zainal Abidin (dua, kiri) berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-225 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut berangkat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Mengiringi Raja Melayu Perdana Menteri, Najib Tun Razak (kiri) bersama menteri-menteri besar. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-225 di Istana Negara di sini.

Seri Paduka diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mesyuarat dua hari yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Semua Raja Melayu hadir kecuali Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sementara Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak hadir.

Abang Muhammad Salahuddin sedang menjalani rawatan kesihatan.

Mengiringi Raja Melayu pada mesyuarat itu ialah Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi oleh Ketua Menteri.

Sementara itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Datuk Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan berkata mesyuarat hari ini turut mendengar taklimat mengenai pertahanan dan keselamatan negara daripada Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Taklimat mengenai kedudukan ekonomi negara pula disampaikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noriyah Ahmad.

Turut dibincangkan ialah perkara mengenai agama Islam serta pelantikan dan biasiswa Yang di-Pertuan Agong. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved