Utusan Online - Selatan |
Posted: MPPD bayar bonus tunaiOleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN ABDUL Wahab Shamsuddin (tengah) bersama warga MPPD menunjukkan lambang 1Malaysia dan sampul duit bonus di Port Dickson, Telok Kemang, kelmarin. TELOK KEMANG 20 Julai – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melaksanakan kaedah yang tersendiri dalam pemberian bonus setengah bulan seperti yang diumumkan oleh kerajaan, baru-baru ini. Ia diberikan secara tunai oleh Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin kepada 425 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada satu majlis khas di Port Dickson dekat sini, semalam. Abdul Wahab berkata, pemberian secara tunai itu membolehkan semua kakitangan menzahirkan terima kasih terhadap keputusan kerajaan memberikan bonus tersebut. "Pemberian dengan kaedah ini juga diharap meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan supaya menghargai sumbangan kerajaan terhadap mereka. "Jika duit ini dimasukkan ke dalam akaun, kita mungkin tidak nampak sangat. Oleh itu, kita beri secara tunai kepada kakitangan," katanya kepada para pemberita selepas majlis tersebut. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan