Rabu, 13 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Perkenalan bermakna 170 pelajar baru

Posted:

Perkenalan bermakna 170 pelajar baru

Perkenalan bermakna 170 pelajar baru

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusann9@utusan.com.my


PESERTA bergambar bersama selepas menyertai program suai kenal pelajar baru Kolej Uniti di Pantai Saujana, Port Dickson, baru-baru ini. - UTUSAN/KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN


TELUK KEMANG 12 Julai - Program suai kenal pelajar baru Kolej Uniti Port Dickson dekat sini, berjaya mencapai matlamat yang disasarkan iaitu menyemai sikap bekerjasama dan rasa saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Salah seorang tenaga pengajarnya, Muhammad Yasin Omar, 24, berkata, sebanyak 170 pelajar terlibat dengan aktiviti suai kenal tersebut.

''Biarpun mereka baru berkenalan, namun kita cuba mendekatkan mereka dalam satu aktiviti suai kenal ini.

''Tujuannya supaya mereka tidak merasa janggal apabila berada di Kolej Uniti ini dan pada masa yang sama dapat belajar dalam keadaan selesa," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu ialah permainan berteraskan motivasi selain menggalakkan percambahan minda.

Seorang pelajar, Nur Fyezah Mohd., 18, yang berasal dari Puchong, Selangor, memberitahu, dia gembira kerana diterima masuk ke kolej itu.

''Memang sukar pada awalnya untuk mengetahui nama dan sikap setiap individu, apatah lagi mereka merupakan rakan baru yang menyertai pembelajaran di Kolej Uniti ini.

''Tetapi, atas semangat kawan dan rasa mahu berdikari akhirnya saya dapat mengenali seramai mungkin kawan baru," ujarnya.

Nurul Amir Kamarul Bahrin, 18, dari Kelantan yang mengambil jurusan Diploma Pendidikan Pra Sekolah pula memberitahu, dia kini merasa selesa belajar di Kolej Uniti.

''Saya ketepikan perasaan malu atau rendah diri kerana ia tidak akan membawa kepada kejayaan.

''Untuk menjadi individu yang berani, saya perlu mendapatkan ramai kawan dan program suai kenal ini memberikan langkah awal untuk mencipta kematangan diri," katanya.

Dia yang pertama kali menjejakkan kaki di pantai Port Dickson mengakui teruja berada di situ.

''Selalu saya membaca mengenai keindahan pantai ini dan nyata apa yang diceritakan itu benar. Kini saya teruja berada di pantai ini, apatah lagi kolej ini terletak dekat pantai," ujarnya.

Sementara itu, Shukry Rasid, 18, yang berasal dari Sabah memberitahu, dia mengambil jurusan Pengajian Islam di kolej tersebut dan tidak sabar untuk memulakan pengajiannya itu.

''Sebelum saya sampai ke Port Dickson ini, hati bercelaru memikirkan bagaimana penerimaan masyarakat di Malaysia Barat terhadap kami dari Malaysia Timur ini.

''Rupa-rupanya, semangat 1Malaysia itu benar-benar mencantumkan budaya dan corak kehidupan. Kami tidak merasa terpinggir, sebaliknya dihormati sebagai 'tetamu jauh' yang merantau mencari ilmu," ujarnya gembira.

Katanya, apa yang menarik ialah program suai kenal itu membuatkan dirinya lebih bertanggungjawab untuk hidup dalam sebuah pasukan bagi memastikan kejayaan cemerlang sepanjang berada di Kolej Uniti.

Bagi J.T Rafidah Jawhalal, 18, yang mengambil jurusan Diploma Pendidikan Pra Sekolah, aktiviti yang dijalankan itu berjaya membuka mindanya.

''Saya optimis selepas ini hubungan kami akan menjadi lebih erat dan ia memudahkan urusan pembelajaran di sini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Hakka' bina jati diri penuntut UiTM

Posted:

'Hakka' bina jati diri penuntut UiTM

'Hakka' bina jati diri penuntut UiTM


PENUNTUT UiTM menunjukkan gerakan 'hakka' dengan penuh semangat pada progam Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, Mei lalu.


ALOR GAJAH 12 Julai - Gerakan 'hakka' yang menjadi upacara rasmi pasukan ragbi New Zealand (All Black) sebelum dan selepas sesuatu perlawanan diolah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka menjadi medium dalam membina keyakinan dan jati diri.

Gerakan seumpama sebuah tarian perang dan dilakukan dengan penuh semangat itu dilihat mampu membina kekuatan dalaman selain meningkatkan keyakinan diri dan juga memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

Penasihat Persatuan Hakka UiTM Alor Gajah yang juga Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah berkata, persembahan itu bukan sahaja dipertontonkan di UiTM, malah turut dipersembahkan pada program Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, Mei lalu.

Menurutnya, melalui gerakan 'hakka', setiap penari akan melakukan aksi sama secara serentak sambil diiringi muzik atau dinyanyikan sendiri oleh mereka dengan penuh semangat.

"Pergerakan ini pada hakikatnya berusaha mempraktikkan pendekatan bekerjasama dalam pasukan dan menterjemahkan perasaan dan juga hasrat hati menerusi persembahan itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata, gerakan berkenaan juga dilihat mampu meningkatkan daya fokus penuntut terhadap aktiviti berpersatuan dan juga pembelajaran di samping menjadi aktiviti riadah pada masa lapang selain dapat menghindarkan para penuntut daripada terlibat dengan perkara tidak sihat.

Namun, katanya, 'hakka' UiTM telah diolah dan melalui beberapa fasa transformasi bagi menyuntik elemen keMelayuan, Islam dan menepati norma-norma masyarakat Asia.

"Bagi menepati perspektif masyarakat setempat, gerakan ini telah diolah, namun elemen keasliannya tetap terpelihara cuma beberapa langkah difikirkan tidak sesuai telah dibuang dan digantikan dengan gerakan yang lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Smart buka peluang kepada penuntut semester akhir praktik teori

Posted:

Smart buka peluang kepada penuntut semester akhir praktik teori

Smart buka peluang kepada penuntut semester akhir praktik teori


SEBAHAGIAN daripada peserta Pameran Diploma Show 2011 anjuran Smart di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 12 Julai - Pameran Diploma Show 2011 anjuran Sekolah Teknologi Media dan Seni (Smart) Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) membuka peluang kepada penuntut semester akhir untuk mempraktikkan teori-teori dipelajari.

Dekan Smart, Mohd. Nawawi Saad berkata, setiap hasil kerja yang dipamerkan itu dihasilkan sendiri oleh penuntut secara individu.

Menurut beliau, pada pameran tersebut, seramai 11 penuntut tahun akhir terdiri daripada lima penuntut Diploma Animasi dan enam penuntut Diploma Teknologi Media mengambil bahagian.

"Sesuatu yang perlu dibanggakan ialah semua penuntut yang mengambil bahagian dalam pameran itu telah mendapat tawaran kerja daripada pihak industri yang turut hadir," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Salah seorang peserta, Lye Chee Loong berkata, dia amat berbangga dapat menonjolkan hasil kerjanya yang dipelajari di KAYM selama tiga tahun, malah telah mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat produksi sebaik sahaja tamat latihan industri selama enam bulan di situ.

"Kami amat bertuah kerana para pensyarah KAYM sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar serta membantu bagi memastikan kami menyiapkan hasil kerja yang berkualiti.

"Berkat dorongan ini dan kesungguhan diri, tidak mustahil saya boleh mencapai cita-cita memiliki syarikat produksi dan menjadi pengarah filem suatu hari nanti," kata pelajar Diploma Teknologi Media itu.

Pelajar Diploma Teknologi Animasi, Nurul Husna Rajali berkata, dia telah mendapat tawaran kerja sebagai animator di sebuah syarikat animasi dan berterima kasih kepada KAYM kerana telah menghasilkan pelajar-pelajar berbakat tinggi.

"Kejayaan setiap pelajar dapat dilihat melalui Diploma Show Smart ini kerana ia membuka peluang kepada pelajar menunjukkan hasil rekaan yang memenuhi kehendak pasaran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved