Rabu, 13 Julai 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Ladang Gadong penuh semak masih dikawal polis

Posted:

Ladang Gadong penuh semak masih dikawal polis

Ladang Gadong penuh semak masih dikawal polis


AKHTAR Tahir (berkopiah putih) bersama pendakwa raya dan peguam bela melawat ladang lokasi di mana tempat Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dibunuh di Tanjung Sepat, Banting, semalam.


BANTING 13 Julai - Kawasan ladang milik bekas peguam N. Pathmanabhan yang dikatakan lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya dipenuhi semak samun setinggi satu meter.

Rumput-rumput juga tumbuh menjalar di sekitar kawasan ladang itu sehingga menyukarkan pergerakan dan setiap langkah yang diambil perlu dibuat secara berhati-hati.

Bahagian hadapan Ladang Gadong pula dipenuhi lecak dipercayai berpunca daripada limpahan air yang bertakung di ladang kelapa sawit terletak bertentangan dengan tempat itu sehingga menyamai paras laluan masuk lokasi.

Itu merupakan keadaan terkini ladang terbabit sejak ia ditutup pada 12 September tahun lalu malah mulai tarikh tersebut sehingga kini, lokasi berkenaan masih lagi dikawal oleh pihak polis.

Difahamkan, antara dua hingga tiga anggota polis berkawal di kawasan terbabit secara syif untuk tempoh 24 jam dan akan terus berkawal di situ sehingga perbicaraan kes pembunuhan tersebut selesai.

Keadaan tidak terurus itu dilihat sendiri oleh semua petugas media elektronik dan cetak ketika menyertai rombongan mahkamah dan pihak-pihak yang terbabit dalam perbicaraan kes bunuh itu.

Selain puluhan pokok pisang dan lain-lain tanaman, ladang itu sebelum ini menempatkan empat ekor burung merak, tiga ekor burung gembala kerbau, tiga ekor tekukur dan seekor murai kampung yang kemudiannya diselamatkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.

Ladang itu turut menempatkan kira-kira sembilan ekor anjing pelbagai baka antaranya Rottweiler dan Bulldog namun telah disuntik pelalian dos tinggi sehingga mati oleh bahagian penguat kuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) selepas haiwan-haiwan terbabit dipercayai bertukar agresif dengan menyerang binatang peliharaan lain akibat kelaparan.

Selain pihak pendakwaan, barisan peguam bela, pegawai penyiasat dan hampir 20 anggota polis, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir serta seorang jurubahasa mahkamah turut serta dalam rombongan terbabit yang mengambil masa kurang dari sejam itu.

Rombongan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak-pihak yang terlibat mendapat gambaran sebenar kesemua lokasi selepas saksi pendakwa ke-26, Ketua Seksyen Makmal Forensik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Supritendan Azari Abdul Rahman dalam keterangannya hari ini merujuk kepada peta rajah kasar tempat-tempat berkaitan dengan kejadian itu.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh tidak dibawa ke lima-lima lokasi kerana kehadiran mereka tidak diperlukan pada peringkat ini, jelas peguam bela, Manjeet Singh Dhillon di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum prosiding ditangguhkan.

Lima lokasi yang dilawati pada rombongan hari ini ialah kunci air di Jalan Tali Air iaitu tempat telefon bimbit Blackberry warna hitam dan putih ditemui; Jalan Gelanggang Buaya (zink), Jambatan Sungai Endah, dan Kanchong Laut (jam tangan Seiko Honda Racing Team, jam tangan Bell & Ross dan gelang emas).

Turut dikunjungi adalah Sungai Panchau (pisau dan serpihan-serpihan dipercayai tulang dan gigi serta dawai) dan ladang terbabit yang didakwa sebagai lokasi pembunuhan kesemua mangsa.

Terdahulu, pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani, Azari memberitahu, dia telah mengetuai pasukan penyelam dan forensik di seluruh lokasi terbabit dan telah mengeluarkan arahan agar peta rajah kasar dan ukuran tempat kejadian dibuat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berani buat, berani tanggung - Saksi

Posted:

Berani buat, berani tanggung - Saksi

Berani buat, berani tanggung - Saksi

KUALA LUMPUR 13 Julai - ''Tak ada apa tuan, jangan takut, kalau berani buat, berani tanggung.''

Demikian kata-kata Ahmad Sarbaini Mohamed kepada pegawai atasannya, Ahmad Maher Abdul Jalil, 51, ketika mereka terserempak di koridor pejabat Kastam Klang Utara sehari sebelum kematian lelaki itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

''Allahyarham pada mulanya memberitahu saya bahawa dia telah mengaku kepada SPRM tentang penerimaan wang rasuah, saya terkejut atas pengakuannya itu.

''Saya kata, 'Jika kamu tidak buat, kenapa mengaku, ia satu kesilapan' dan Ahmad Sarbaini menjawab, 'Saya takut kena lokap, tak ada apa tuan, jangan takut, berani buat, berani tanggung,'' kata Ahmad Maher.

Saksi ke-19 itu yang bertugas sebagai Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Bahagian Import dan Eksport, Pelabuhan Utara Pelabuhan Klang, Selangor menyatakan demikian ketika disoal oleh peguam mewakili ahli keluarga Ahmad Sarbaini, Awtar Singh di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Saksi itu menyatakan, dia terkejut dengan pengakuan itu kerana sehari sebelum itu, Ahmad Sarbaini mengaku kepadanya bahawa dia tidak ambil wang rasuah RM30 daripada ejen penghantaran kerana wang itu tidak sepadan dengan pangkatnya selaku Penolong Pengarah Kastam Selangor.

Sementara itu, saksi ke-20, Penolong Pengarah Kastam Subang, Azman Jusoh, 45, yang merupakan kawan baik Ahmad Sarbaini sejak 1998 pula menyatakan, dia menemui lelaki itu di gelanggang tenis di Kelana Jaya dekat sini, ketika bermain permainan kesukaan mereka itu pada 3 April lalu.

''Ketika berehat antara pukul 6 petang dan 7.30 malam, Ahmad Sarbaini menceritakan pengalamannya semalaman di lokap Bukit Jalil. Katanya dia diherdik, dimarahi sebab dia memakai uniform Kastam, mereka (pegawai SPRM) kata, dia tidak layak memakai uniform itu.

''Dia sedih kena tidur di atas simen. Katanya, lokap ibarat neraka dunia,'' kata saksi itu.

Menurut Azman, dia sekali lagi bermain tenis bersama Ahmad Sarbaini pada 5 April lalu dan sekitar pukul 5.30 pagi keesokan harinya, Allahyarham menghubunginya untuk berjumpa di pejabatnya ketika dia bekerja pada syif malam.

''Dia datang untuk menyerahkan dua kotak air mineral dan 100 Plus serta dokumen berkaitan kelab tenis kami kepada saya kerana Allahyarham khuatir tidak dapat berjumpa rakan kami bernama Zam Zam pada petang nanti kerana dia mahu ke pejabat SPRM untuk menukar pengakuan.

''Itulah kali pertama sejak kami berkawan dia menelefon dan ingin berjumpa saya selewat begitu. Selalunya paling lewat pun, dia jumpa saya sekitar pukul 1 pagi sahaja,'' kata saksi itu ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi.

Sementara itu, pegawai penyiasat SPRM, Abdul Ghani Ali menyatakan, pada 4 April lalu, ketika dirujuk oleh Penguasa SPRM, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad berkenaan rakaman percakapan Ahmad Sarbaini, saksi itu ada bertanya kepada Allahyarham, apa yang dia sudah buat dengan duit rasuah itu.

Menurutnya, Ahmad Sarbaini menjawab, ia sudah dibelanjakan.

Keterangan Abdul Ghani itu mengejutkan semua pihak kerana saksi itu tidak pernah membangkitkan perkara tersebut sebelum ini.

Dia juga menolak dakwaan Awtar bahawa keterangan itu direka-reka olehnya hari ini semata-mata untuk menjatuhkan maruah Ahmad Sarbaini di mata orang ramai.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved