Rabu, 13 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Malaysia rakan Turkmenistan

Posted:

Malaysia rakan Turkmenistan

Malaysia rakan Turkmenistan

Oleh Mohd. Kamil Yusuff


NAJIB Tun Razak diiringi Gurbunguly Berdimuhammedov melambai kepada hadirin yang menanti ketibaan dua pemimpin itu untuk merasmikan secara bersama Tapak Rawatan Gas dan Terminal Gas Petronas di Kinyali, Turkmenbashy, semalam. – BERNAMA


TURKMENBASY 12 Julai – Turkmenistan melihat Malaysia sebagai rakan kongsi jangka panjang dalam pelbagai bidang pembangunan dan usaha sama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, menurut Perdana Menteri, Malaysia perlu memahami aspirasi negara bekas Kesatuan Soviet itu supaya dapat memenuhi hasrat mereka serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara itu.

"Inilah hasrat kita untuk menjadi rakan kongsi yang baik khususnya dalam industri minyak dan gas di negara itu," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Turkmenistan, di sini hari ini.

Sebelum itu pada sebelah pagi, Perdana Menteri dan Presiden Turkmenistan, Gurbunguly Berdimuhammedov merasmikan bersama Tapak Rawatan Gas dan Terminal Gas Petronas di Kinyali.

Turkmenistan yang mencapai kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada 1991, menjadi tarikan kepada pasaran tenaga dunia kerana ia memiliki simpanan sumber gas asli keempat terbesar di dunia.

Penglibatan Malaysia dalam penerokaan minyak dan gas di negara Asia Tengah itu ialah melalui syarikat minyak nasional, Petronas pada 1996 dan pengeluaran pertama minyak bermula 10 tahun kemudian.

Perdana Menteri berkata, majlis perasmian tapak rawatan dan terminal gas itu menjadi mercu tanda kepada Turkmenistan dan Petronas sendiri dalam penerokaan sumber asli di negara itu.

"Ini adalah terminal dan tapak prosesan gas yang pertama bagi Turkmenistan. Bagi Petronas pula, ini adalah pelaburan terbesar iaitu AS$5.2 bilion di luar negara," ujarnya.

Kedua-dua projek tersebut berjaya meningkatkan keupayaan pengeluaran sebanyak 500 juta meter padu gas. Dijangka dalam fasa-fasa akan datang peningkatan pengeluaran gas akan menjadi kenyataan.

Najib juga memberitahu, sebagai komitmen, Petronas akan menambah pengambilan pelajar Turkmenistan untuk belajar di Universiti Petronas di Tronoh, Perak.

Dalam pada itu, katanya, beliau mempelawa Presiden Berdimuhammadev melawat Malaysia dalam masa terdekat ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kemudiannya berlepas ke London untuk lawatan empat hari di sana. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lawatan rasmi Najib ke United Kingdom amat bermakna

Posted:

Lawatan rasmi Najib ke United Kingdom amat bermakna

Lawatan rasmi Najib ke United Kingdom amat bermakna

Oleh Othman Mohamad

LONDON 12 Julai – Lawatan rasmi pertama Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ke United Kingdom (UK) yang bermula hari ini membawa pengertian cukup bermakna kepada pengukuhan hubungan yang sekian lama terjalin di antara dua negara dalam pelbagai bidang sedia ada serta penerokaan bidang baru seperti teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Peningkatan kerjasama tersebut yang kini menyaksikan UK sebagai rakan dagang ketiga terbesar di Eropah, dengan disokong pula oleh sesi dialog dan pertemuan beliau dengan peneraju industri dan institusi kewangan sepanjang lawatan rasmi empat hari ini sudah pasti akan menyokong matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk Zakaria Sulong yang menyatakan keyakinan itu kepada wartawan Malaysia turut menjelaskan bahawa lawatan rasmi Najib ini adalah atas jemputan rakan sejawatannya, David Cameron yang merasakan kerjasama dengan Malaysia perlu digiatkan lagi.

Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengakhiri lawatan ke Turkmenistan semalam, tiba di sini 4 petang ini (11 malam waktu Malaysia). Beliau turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Najib pada Mei lepas turut berada di kota London ini tetapi atas platform lawatan kerja. Ketika itu antara lain beliau menyampaikan syarahan mengenai kempen kesederhanaan dan kefahaman antara tamadun di Universiti Oxford.

''Selepas mengambil alih jawatan Mei tahun lepas, Cameron yang memimpin kerajaan campuran melihat kerjasama dengan ekonomi-ekonomi kecil sebagai dasar yang turut diutamakan. Oleh itu kepimpinannya memperbaharui semula kerjasama dan meningkatkan hubungan dua hala dengan Malaysia dalam semua bidang termasuk tenaga hijau yang menyaksikan Barat telah jauh ke hadapan," kata Zakaria.

Buktinya, tambah beliau, Najib akan memberi tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormat di Pejabat Luar Negara dan Komanwel di sini pada Rabu. Beliau juga dijangka bertemu Cameron semasa di sini.

Upacara protokol itu biasanya diberikan kepada ketua negara dan bukannya ketua kerajaan dan ia amat jelas membuktikan London melihat begitu pentingnya hubungan dengan Kuala Lumpur dipertingkatkan semula.

''Pertemuan itu dijangka memberi nafas baru dalam pelbagai aspek dan dimensi hubungan antara kedua-dua negara.

'' Sejajar dengan objektif kita untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, lawatan ini akan menjadi pemangkin dalam memperluaskan lagi usaha sama sedia ada," jelasnya sambil menambah Perdana Menteri dan Rosmah dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham pada Khamis.

Zakaria menjelaskan pada masa ini dagangan antara dua negara memihak kepada Malaysia dan yakin ia dapat dipertingkatkan menerusi usaha-usaha baru ini.

Tahun lepas jumlah dagangan Malaysia-UK sebanyak RM13.03 bilion dengan import Malaysia sebanyak RM5.83 bilion dan eksport Malaysia ke UK sebanyak RM7.19 bilion. Tahun 2009 pula, nilai dagangan Malaysia-UK sebanyak RM13.09 bilion dengan import RM5.99 bilion dan eksport RM7.08 bilion.

Katanya, antara bidang dagangan yang boleh dipertingkatkan ialah soal pelaburan hartanah di London, perkhidmatan, dagangan dan pendidikan. Ketika ini terdapat kira-kira 17,500 pelajar Malaysia di UK dengan dua pertiga adalah biaya sendiri.

Untuk itu, Perdana Menteri akan menyertai sesi Meja Buat dengan para peneraju industri dan pengerusi pasaran modal selain menyampaikan ucaptama pada Forum Pelaburan Global yang disertai oleh para pelabur rantau Eropah.

Pada tahun ini, pelaburan syarikat Malaysia di UK dijangka mencecah jumlah yang besar dengan sasaran utama sektor hartanah di London dan perkhidmatan manakala pelaburan daripada UK pula pada tahun lepas adalah sebanyak RM339 juta berbanding 2009, RM286 juta.

Najib akan menyaksikan majlis menandatangani enam Memorandum Persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang termasuk mengenai menangani jenayah merentasi sempadan, kerjasama perkhidmatan kereta api, minyak dan gas, pendidikan tinggi dan latihan.

Dalam kerangka Malaysia melaksanakan sistem MRT di ibu negara, Perdana Menteri akan mengambil kesempatan semasa di sini untuk meninjau St. Prancras Internasional Railway Station yang menyaksikan rangkaian perkhidmatan kereta api laju ke Lille, Paris dan Brussels.

Zakaria berkata, Perdana Menteri juga dijangka menerangkan kepada pentadbiran Cameron mengenai resolusi Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) di Kuala Lumpur baru-baru ini serta berbincang mengenai isu-isu berkaitan CHOGM yang akan berlangsung di Perth, Oktober ini serta yang berkaitan dengan Peraturan Pertahanan Lima Negara yang turut melibatkan kedua-dua negara.

Dalam kerangka memupuk sikap kesederhanaan dan berkongsi pengalaman Malaysia, Najib juga akan menemui para pemimpin masyarakat Islam di UK pada Jumaat, hari terakhir lawatan rasmi.

Di luar lawatan rasmi, pada Sabtu, Perdana Menteri dijadual meninjau kilang Lotus milik Proton di Norwich. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM bangga Petronas angkat nama negara

Posted:

PM bangga Petronas angkat nama negara

PM bangga Petronas angkat nama negara

TURKMENBASY 12 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan kebanggaannya terhadap syarikat minyak negara, Petronas kerana terus mengangkat nama baik Malaysia di persada antarabangsa melalui kejayaan operasinya di Turkmenistan.

Menurut Perdana Menteri, dengan jumlah pelaburan lebih AS$5 bilion, kehadiran Petronas di negara bekas Kesatuan Soviet itu merupakan lambang keyakinan potensi masa depan industri minyak dan gas negara itu.

Beliau gembira kerana Petronas telah memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan ekonomi, tenaga, pendidikan dan tanggung jawab sosial.

''Perasmian Tapak Rawatan Gas Kiyanli dan Terminal Gas Petronas hari ini akan mempertingkatkan lagi operasi bersepadu kedua-dua negara," katanya ketika berucap pada majlis perasmian tersebut di sini hari ini.

Perasmian tersebut dilakukan bersama oleh beliau dan Presiden Tukmenistan, Gurbanguly Burdimuhmmedov.

Kiyanli ialah sebuah daerah di Turkmenbashi yang terletak kira-kira 600 kilometer dari ibu negaranya, Ashgabat.

Najib berkata, kejayaan Petronas menyiapkan segala kemudahan pengeluaran gas di Kiyanli dalam masa 17 bulan sahaja di sebalik cabaran fizikal dan persekitaran adalah hasil komitmen dan dedikasi semua pihak khususnya kerajaan negara ini.

Menurutnya, lebih AS$3.7 juta dilaburkan dalam program tajaan akademik sejak 1998, membolehkan 110 orang pelajar Turkmenistan belajar peringkat ijazah dalam program Elektrikal dan Elektronik, Mekanikal Kejuruteraan Awam dan Petroleum serta Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi Petronas.

Beliau berkata, sejak 2005, Petronas turut melabur AS$10.5 juta dalam program Latihan Teknikal, memanfaatkan 229 rakyat negara itu dalam pelbagai bidang perdagangan.

''Dengan komitmen anda kepada dasar buka pintu dan memastikan iklim pelaburan yang sesuai, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa Turkmenistan akan memainkan peranan penting di Asia Tengah tidak lama lagi," ujarnya.

Perdana Menteri yakin dengan sumber dan kedudukan strategiknya di antara China, Eropah, India dan Rusia, Turkmenistan akan muncul sebagai pengeluar dan pembekal utama gas asli.

Dalam hal ini, beliau gembira kerana Petronas telah memainkan peranan penting merealisasikan potensi Turkmenistan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat negara itu.

''Melalui penyediaan latihan skil berasaskan teknologi, pembinaan keupayaan profesional dan program tajaan pendidikan untuk rakyat Turkmenistan, semua itu membuktikan komitmen Petronas sebagai rakan jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi negara ini," ujarnya lagi.

Menurutnya, sejak perbincangan pertama dengan kerajaan Turkmenistan, sehingga termeterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran pada Julai 1996, Petronas telah berjaya mencapai beberapa kejayaan penting dalam operasinya. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved