Rabu, 13 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kenali Budaya di Kampung Sejagong

Posted:

Kenali Budaya di Kampung Sejagong

Kenali Budaya di Kampung Sejagong

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


NORAINI Ahmad (tengah) bersama penuntut UTM dan luar negara yang menyertai permainan boling buah kelapa di Sri Medan, Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 12 Julai - Seramai 62 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama penuntut universiti dari Korea, Jepun dan Thailand menyertai program Mengenali Budaya Masyarakat Malaysia dan Mesra Parlimen di Kampung Sejagong, Sri Medan di sini, baru-baru ini.

Menerusi program selama tiga hari itu, peserta dijadikan anak angkat kepada penduduk kampung bagi membolehkan mereka merasai pengalaman dan mengenali budaya hidup di kawasan itu.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata, program anak angkat sedemikian perlu diteruskan kerana ia memberikan 'situasi menang-menang' kepada semua pihak.

Katanya, program itu dapat dijadikan sebagai produk pelancongan untuk mempromosikan kepelbagaian dan keindahan budaya tempatan kepada masyarakat luar, malah pada masa yang sama penduduk setempat dapat memahami budaya dan cara pemikiran pelajar luar negara.

"Sebagai contoh, adat resam kita seperti adat perkahwinan, cara makan, malah sukan dan peralatannya juga sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri.

"Apa yang kita buat ini akan menjadi tajuk perbualan apabila mereka balik ke negara asal masing-masing dan mungkin mereka akan kembali lagi ke sini," katanya selepas merasmikan program itu.

Turut hadir pengerusi program, Mursidi Munasir bersama wakil UTM Space, Noraini Mohd. Zain dan fasilitator program, Khairiel Idzham Nordin.

Program itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sejagong/Sungai Kepoh, Sri Medan dengan kerjasama UTM Space dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT)

Seorang peserta dari Korea Selatan, Jang Jingsol, 22, berkata, tinggal di kawasan kampung di negara ini merupakan satu pengalaman baru dan sangat berbeza berbanding di tempat asalnya.

Katanya, antara yang menarik perhatian adalah sukan atau permainan di kampung, adat resam yang cukup berbeza dengan Korea Selatan dan merasai kehidupan seharian penduduk kampung.

"Ini satu pengalaman yang cukup berharga dan tidak boleh diperoleh di tempat asal saya. Pasti suatu hari nanti, saya akan kembali ke sini untuk berjumpa ibu bapa angkat saya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

APC 2010 iktiraf kecemerlangan 413 kakitangan UTM

Posted:

APC 2010 iktiraf kecemerlangan 413 kakitangan UTM

APC 2010 iktiraf kecemerlangan 413 kakitangan UTM


SALLEH Mohd. Nor (empat dari kiri) menyampaikan anugerah dan sijil penghargaan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 pada Majlis Citra Karisma Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2011 di UTM Skudai, baru baru ini.


JOHOR BAHRU 12 Julai - Seramai 413 kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada pelbagai peringkat menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2010 di sini, baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pro-Canselor UTM, Tan Sri Salleh Mohd Nor sempena penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan (Citra Karisma) UTM 2011.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, setiap penerima anugerah APC mendapat hadiah wang tunai RM1,000 berserta sijil penghargaan sebagai tanda menghargai perkhidmatan cemerlang yang disumbangkan sepanjang tahun 2010.

''Kepada semua penerima anugerah pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas. Semoga usaha dan kerja keras anda yang telah membawa UTM ke tahap ini tidak terhenti setakat ini sahaja.

''Harapan saya supaya seluruh warga universiti dapat sama-sama berkerja dengan lebih baik sekali gus meletakkan UTM dikenali di peringkat global," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Selain itu, sebanyak 12 kategori anugerah turut dipertandingkan antaranya Anugerah Khidmat Masyarakat, Sukan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Penasihat Akademik Terbaik, Pengajaran, Penyelidikan, Harta Intelek dan Penghargaan Alumni.

Tambahnya, pada penganjuran anugerah kali ini, UTM buat pertama kali memperkenalkan Anugerah Inovasi Naib Canselor (AINC) yang merupakan anugerah paling berprestij diberikan kepada jabatan atau fakulti.

Beliau berkata, AINC diberikan kepada jabatan atau fakulti yang berjaya mencetuskan idea-idea kreatif dalam pelbagai aspek pekerjaan yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

''Tujuannya adalah untuk memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan, memperkenalkan hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah organisasi dan menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan," ujarnya.

Mengulas lanjut, pemenang anugerah tersebut yang akan diipilih daripada beberapa finalis bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000, piala dan sijil penghargaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved