Rabu, 13 Julai 2011

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


1,400 pelajar peroleh agihan netbook 1Malaysia

Posted:

1,400 pelajar peroleh agihan netbook 1Malaysia

1,400 pelajar peroleh agihan netbook 1Malaysia

TENOM 13 Julai - Seramai 1,400 pelajar melibatkan tujuh buah sekolah menengah di Parlimen Tenom mendapat agihan komputer 1Malaysia (netbook) yang dibekalkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Pengagihan komputer 1Malaysia berskala besar itu membuktikan keprihatinan kerajaan dalam usaha merapatkan jurang digital terhadap masyarakat luar bandar khususnya pelajar yang masih jauh ketinggalan dalam capaian Internet.

Antara sekolah yang terlibat dalam agihan fasa kedua itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenom, SMK Kemabong, SMK Entabuan, SMK Cinta Mata, SM St. Anthony, SM Chung Hwa dan SM Tshung Tsin.

Pengagihan netbook bagi kawasan Parlimen Tenom itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.

Salang memberitahu, sejumlah 1,400 netbook yang diagihkan itu merupakan sebahagian daripada 49,800 netbook yang diedarkan bagi fasa kedua, iaitu lanjutan daripada 10,000 netbook yang telah diagih-agihkan kepada pelajar luar bandar bagi fasa pertama.

Katanya, pengagihan fasa ketiga akan menyusul dengan jangkaan jumlah netbook yang lebih besar.

Sementara itu, bagi Amat Jalidin Salleh, bapa kepada Norasikin salah seorang pelajar dari SM St. Anthony Tenom yang mendapat komputer 1Malaysia, berkata, pengagihan netbook itu bagaikan satu rahmat kepada pelajar sekolah.

"Sebagai seorang bapa, saya bangga dengan usaha kerajaan yang dapat merungkai dan menyelami keperluan pelajar di luar bandar kepada kemudahan Internet," katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi pencetus kepada pengagihan komputer 1Malaysia berkenaan.

Dalam pada itu, pelajar-pelajar yang menerima netbook itu juga, turut berbangga dan melahirkan rasa gembira dengan keprihatinan dan usaha kerajaan.

Seorang pelajar, Amyzie Raji dari SMK Chinta Mata, Tenom berkongsi pendapat dengan Raphael Sugau dari sekolah yang sama, menganggap pengagihan komputer 1Malaysia sebagai penyuntik semangat untuk mereka belajar lebih bersungguh-sungguh.

Mereka menyifatkan usaha kerajaan itu amat baik dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dalam menerokai ilmu pengetahuan.

Seorang lagi pelajar, Fazwann Dell Ayen Boni berkata, pengagihan komputer 1Malaysia itu amat bertepatan dengan tuntutan zaman teknologi maklumat yang perlu diterokai oleh pelajar.

Pendapatnya itu disokong oleh Puteri Nabilla Johari dan Tanjung Burhan yang menyifatkan pengagihan komputer 1Malaysia itu akan memudahkan pelajar membuat rujukan melalui capaian Internet.

"Saya akan gunakan komputer yang saya dapat ini untuk belajar dengan bimbingan guru dan rakan yang sudah pandai menggunakan komputer," kata Tanjung Burhan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved