Rabu, 13 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


50 tinggal sehelai sepinggang

Posted:

50 tinggal sehelai sepinggang

50 tinggal sehelai sepinggang

Oleh ANGELINA SINYANG
kota@utusan.com.my


Penduduk cuba menenangkan salah seorang mangsa yang tidak dapat menahan kesedihan apabila rumahnya hangus.


KUALA LUMPUR 12 Julai - Kira-kira 50 penduduk yang tinggal di 12 buah rumah di Kampung Chubadak Jaya, Sentul di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Kebakaran berlaku pukul 5.30 pagi semasa kebanyakan mereka sedang nyenyak tidur menyebabkan ramai yang tidak sempat menyelamatkan harta-benda.

Namun, tiada kecederaan dan kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu kerana semua penduduk sempat menyelamatkan diri.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Haikal Jimmy Ngali Abdul berkata, sebanyak sembilan jentera bersama 48 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, Sentul, Chow Kit, Hang Tuah dan Setapak dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada pukul 5.53 pagi.

Beliau berkata, usaha memadam kebakaran menghadapi masalah kerana tiada pili bomba di tempat kejadian menyebabkan pihaknya terpaksa mengambil air dari sungai di belakang perkampungan tersebut dan pili bomba dari sebuah flat lain yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.

"Setelah bertungkus-lumus, akhirnya api dapat dikawal pada pukul 6.39 pagi dan kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 8.15 pagi," katanya ketika ditemui di tempat kebakaran di sini hari ini.

Sementara itu, seorang mangsa, Norlia Sakrani, 27, yang ditemui di tempat kejadian hari ini berkata, dia yang sedang nyenyak tidur terjaga apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan.

Norlia yang bekerja di sebuah kedai fotostat di Chow Kit berkata, dia kemudian terpandang api sedang marak di sebahagian rumah mereka.

"Tanpa berlengah saya dan ahli keluarga lain segera keluar menyelamatkan diri tanpa sempat mengambil apa-apa untuk dibawa bersama," katanya.

Kebakaran kali pertama di kampung yang sudah berusia 30 tahun itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan apabila mengambil kesempatan melawat mangsa-mangsa kebakaran pada pukul 8.15 pagi ini.

Menurut Saravanan, beliau akan membantu kesemua mangsa terlibat dalam kejadian itu untuk mendapatkan penempatan baru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu dalam tempoh 24 jam.

"Kami juga akan memberikan bantuan uniform, peralatan sekolah dan kewangan kepada anak-anak mangsa yang masih belajar," katanya sambil memberitahu buat sementara, mangsa ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gnanasegaran dicari bantu siasatan kes tipu

Posted:

Gnanasegaran dicari bantu siasatan kes tipu

Gnanasegaran dicari bantu siasatan kes tipu

KUALA LUMPUR 12 Julai - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki, R. Gnanasegaran, 47, yang diperlukan bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan urusan pembelian minyak dan sewaan kapal untuk penghantaran minyak ke Jepun.

Pegawai Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Supritendan Mohamed Shafi Aliyaru Kunju berkata, dalam kes yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu, pengadu yang mewakili Syarikat Maljapa Sdn. Bhd. pada 1999 telah berurusan dengan Syarikat Port North West Sdn. Bhd. (Port West) beralamat di Unit 5-05 Garden Business Centre, No, 3, Jalan Istana, Klang.

"Urus niaga tersebut adalah membabitkan pembelian minyak petroleum dan sewaan kapal untuk penghantaran minyak ke Jepun.

"Pengadu telah membuat beberapa pembayaran bermula 5 November 1999 hingga April 2000 membabitkan jumlah RM411,200 dan AS$628,000 (RM1,905,012)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas pembayaran dibuat, pengadu mendapati syarikat Port West tidak membuat sebarang penghantaran seperti dijanjikan.

Katanya, Port West kemudian memulangkan balik wang yang telah diserahkan oleh pengadu melalui beberapa keping cek bertarikh tahun 2000 berjumlah RM1,548,000.

Bagaimanapun, ujarnya, pengadu mendapati semua cek yang diberi itu adalah cek tendang selepas dimaklumkan oleh pihak bank semasa mahu menunaikan cek terbabit di Bank of Tokyo-Mitsubishi Kuala Lumpur.

"Pengadu yang merasa dirinya ditipu dan mengalami kerugian kemudian membuat laporan polis," katanya.

Sehubungan itu, katanya, polis ingin mengesan Gnanasegaran yang beralamat di No. 14, Jalan Pantai Jerjak, Sungai Nibong, Bayan Lepas, Pulau Pinang kerana dia dipercayai boleh membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Gnanasegaran boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Inspektor Akmal Rabiatun Zaini di talian 019- 654 6007 atau 03-3376 2222 sambungan 2367 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkamah putuskan wanita hamil berhak dilantik guru sandaran

Posted:

Mahkamah putuskan wanita hamil berhak dilantik guru sandaran

Mahkamah putuskan wanita hamil berhak dilantik guru sandaran

SHAH ALAM 12 Julai - Seorang wanita yang kehilangan jawatan guru sandaran tidak terlatih berikutan hamil berjaya dalam tuntutannya hari ini apabila Mahkamah Tinggi memutuskan beliau berhak mendapat jawatan tersebut.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu terhadap saman pemula yang difailkan oleh Noorfadilla Ahmad Saikin, 29, di kamar beliau di sini.

Peguam Edmund Bon yang mewakil Noorfadilla semasa ditemui memberitahu, mahkamah berpuas hati bahawa plaintif berhak dirujuk kepada Konvensyen Untuk Menghapuskan Diskriminasi Dalam Semua Bentuk Terhadap Wanita (Cedaw) yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia.

Katanya, perbuatan menarik balik jawatan guru sandaran tidak terlatih berikutan kehamilan plaintif juga bertentangan dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan tiada diskriminasi berdasarkan jantina.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan tuntutan Noorfadilla bahawa beliau yang hamil (setakat 12 Januari 2009) layak dan berhak dilantik sebagai guru sandaran tidak terlatih.

Mahkamah turut memerintahkan bahawa tindakan menarik balik atau membatalkan pelantikan Noorfadilla sebagai guru sandaran tidak terlatih pada tarikh yang sama adalah tidak mematuhi perlembagaan, tidak sah dan batal.

Turut diperintahkan adalah pembayaran ganti rugi am oleh pihak defendan iaitu tiga Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Menteri Pelajaran Malaysia dan Kerajaan Malaysia kepada Noorfadilla yang akan ditaksirkan kemudian.

Tiga Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat itu ialah Chayed Basirun, Ismail Musa dan Dr. Zahri Aziz.

Pada 7 Mei 2010, Noorfadilla memfailkan saman pemula selepas pelantikannya sebagai guru sandaran tidak terlatih telah ditarik balik apabila beliau mengaku sedang hamil pada 12 Januari 2009.

Berdasarkan afidavit sokongan, plaintif mendakwa menghadiri temu duga untuk jawatan guru sandaran tidak terlatih pada 2 Januari 2009 dan mengisi borang deklarasi yang tidak meminta maklumat peribadi berkenaan status kesihatan.

Pada 11 Januari 2009, wanita itu mendapat tawaran untuk jawatan itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang pegawai pelajaran daerah Hulu Langat yang memintanya hadir ke pejabat untuk mendapatkan memo penempatan sekolah.

Plaintif pada keesokan harinya hadir untuk mendapatkan memo tersebut dan ditugaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Semasa sesi taklimat pada hari yang sama, plaintif dan dua calon jawatan guru itu mengaku sedang hamil selepas seorang pegawai pelajaran meminta mereka mendedahkan status mereka.

Dakwa plaintif, memo penempatan itu kemudiannya ditarik balik dengan alasan wanita mengandung tidak boleh dilantik sebagai guru sandaran tidak terlatih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved