Selasa, 25 Mac 2014

Utusan Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Mercedes-Benz lancar S-Class baharu

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 Mac - Mercedes-Benz Malaysia (Mercedes-Benz) meletakkan penanda aras baharu bagi segmen kenderaan mewah melalui pelancaran Mercedes-Benz S-Class serba baharu hari ini.

Menurut Naib Presiden Kereta Penumpang, Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz, Kai Schlickum, S-Class baharu mewakili aspirasi kepimpinan mereka dan menandakan permulaan era baharu dalam kemewahan moden dan keselamatan kereta.

Ujarnya, barisan S-Class baharu itu menampilkan model hibrid dan dua model petrol terdiri daripada S400 Hibrid, S500 dan S63AMG.

"Semua model mempunyai kecekapan penggunaan bahan api sehingga 20 peratus lebih rendah berbanding siri model yang telah dikeluarkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Mercedes-Benz bercita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam setiap aspek dan ini juga bermaksud tiada kereta lain dapat menandingi janji Mercedes-Benz lebih daripada S-Class,

Model S400 pemasangan tempatan (CKD) itu dianggarkan berharga RM900,000 sebuah manakala model S500 yang diimport sepenuhnya (CBU) berharga kira-kira RM1.08 juta dan S63 CBU pada kira-kira RM1.6 juta.

Mercedes-Benz dikeluarkan oleh Kumpulan Daimler yang merupakan antara pengeluar kereta premium dan pembuat kenderaan komersial terbesar di dunia dan turut menawarkan khidmat kewangan melalui Daimler Financial Services.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved